10 December 2014

Dari Kawan Biasa, Idris Koh Jadi Tunangan Najwa Mahiaddin @ anak Muhyiddin

dari kawan biasa idris koh jadi tunangan najwa mahiaddin


PUTRAJAYA, 9 DIS 2014: 
Sebaik saja Portal Murai memuatnaik artikel mengenai berita pertunangan Najwa Mahiaddin dengan Idris Koh Keng Hui pada malam tadi, rata-rata pembaca telah memohon portal Murai untuk berkongsi gambar tunangan kepada anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.


Bagi memenuhi hasrat pembaca semua, inilah wajah tunang Najwa, Idris Koh Keng Hui. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Idris Koh Keng Hui yang berjaya mencuri hati penyanyi soul yang hits dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing ini.

Well, Idris Koh Keng Hui adalah salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringan Najwa. Selain bermain bass, dia juga adalah orang yang bertanggungjawab merencana, menyusun serta melakukan koordinasi muzik di dalam repertoire Najwa, setiap kali penyanyi kelahiran Johor ini membuat mana-mana persembahan.
Najwa yang kelihatan cantik dan berseri-seri mengenakan busana berwana biru lembut disempurnakan dengan solekan Najeeb Azami kelihatan menawan apabila menyarungkan cincin solitaire emas putih bertatah berlian pemberian Idris Koh yang menjadi simbolik kepada pertunangan mereka itu.

Kedua-dua mereka tersipu-sipu malu apabila menerima uacapan tahniah yang tidak hent-henti daripada tetamu yang hadir pada malam itu.

Kata Najwa kepada Portal Murai, dia sudah lama mengenali Idris Koh dan mereka seringkali bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan kerja-kerja muzik mereka.

"Kami sudah kenal lama. Tapi, hanya sebagai kawan-kawan saja. Saya pun tak sangka, dia yang saya anggap sebagai kawan akhirnya menjadi tunang saya. Mula-mula rasa pelik juga, tapi saya terima dia kerana dia memahami diri saya dan seorang yang senang diajak berbicara," kata Najwa kepada murai.com.my.

Majlis pertunangan Najwa Mahiaddin dengan Idris Koh telah dilangsungkan di kediaman rasmi keluarga Najwa di Sri Satria, Putrajaya. Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.

Kepada Najwa dengan Idris, Portal Murai mengucapkan Selamat Bertunang! 

1 comment:

Anonymous said...

dah kawin ke belum?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive