SEMALAMAN saya tidak dapat tidur. Fikiran terganggu. Saya tiba-tiba berasa curiga sama ada diri saya ini boleh dikira lelaki sejati.
Persoalan ini bukan kerana ada perubahan drastik berlaku ke atas fizikal saya. Satu-satunya harta persendirian yang saya ada itu tidak pernah berubah rupa. Ia masih kekal begitu sama seperti ketika saya dilahirkan 43 tahun dahulu.
Satu lagi, jangan menyangka apa yang berlaku ini ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan bahawa tidak salah bagi lelaki untuk berpakaian perempuan.
Hakikatnya, saya tidak pernah ada keinginan untuk memakai pakaian perempuan, malah membayangkan sahaja pun boleh buat saya pitam!
Sebenarnya, perasaan berbolak-balik yang saya alami berpunca daripada pembacaan. Saya baru terbaca satu artikel mengenai siapa sebenarnya lelaki sejati?
Apakah kelelakian semata-mata ditunjukkan oleh ciri-ciri fizikal bahawa penandanya itu harus berbentuk silinder dan yang rupanya bukan silinder itu adalah perempuan?
Merujuk pada hal itu, saya sememangnya lelaki. Tidak ada keraguan. Ditanya lagi dalam artikel itu, apakah kelelakian seseorang diukur dengan keupayaannya menghamilkan wanita?
Jawapannya, tidak. Dikatakan remaja 16 atau 17 tahun pun boleh menghamilkan orang, dan itu masih belum cukup untuk mengiktiraf dirinya sebagai lelaki sejati.
Turut dijelaskan, lelaki sejati bukan semestinya hebat di ranjang sebagaimana yang selalu dianggap. Lelaki yang bodoh atau tidak sempurna akal pun sesetengahnya boleh beraksi dengan cukup hebat.
Lalu siapa yang sebenarnya layak digelar lelaki sejati di dunia ini?
Takrifan tidak, tidak dan tidak yang diberikan oleh penulis artikel itu seolah-olahnya mahu semua lelaki, termasuk saya memeriksa semula ‘kelelakian’ mereka. Dan itulah yang sedang berlaku pada diri saya.
Sebenarnya, tidaklah susah mana pun untuk kita menilai diri apa kita ini sebenarnya lelaki sejati.
Apa yang perlu cuma muhasabah diri masing-masing, apakah kita tergolong dalam jenis kaki pukul pasangan?
Lelaki yang memukul wanita, tunjuk kuat dengan wanita, bahawasanya itu bukanlah jenis lelaki sejati.
Wanita yang selalunya dianggap lemah fizikal sudah tentu bukan tandingan seorang lelaki yang gagah perkasa. Maka apa perlu tunjuk kuat dengan mereka?
Yang panas baran juga tidak dianggap lelaki sejati kerana lelaki sejati, menurut penulis artikel itu adalah mereka yang tahu bertolak ansur dan mampu menahan sabar, lebih-lebih lagi dengan wanita terutama yang jadi pasangan mereka.
Lelaki sejati seharusnya bijak mengawal kemarahan dan sama sekali tidak akan menggunakan kekerasan.
Walaupun penulis itu tidak menyatakan tetapi pada pandangan saya, apa yang dikatakan itu selari dengan pesanan agama, baik dalam hadis mahupun kitab suci al-Quran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW mengingatkan:
“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah.” (HR Bukhari & Muslim).
Bersifat sabar dan tenang adalah jalan mudah untuk meningkatkan keyakinan orang di sekeliling termasuk pasangan.
Seseorang wanita akan berasa lebih selamat dengan lelaki yang seperti ini, walaupun dia mungkin tidak punya banyak kelebihan lain.
Lelaki yang sejati akan selalu ambil berat dan menunjukkan kasih sayangnya terhadap pasangan.
Dia juga akan menunjukkan kematangan dan kewibawaan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi jauh sekali mahu menuding jari menyalahkan pasangan.
Saya percaya, ini kelemahan paling ketara kebanyakan kita (lelaki).
Lelaki sejati juga dikatakan tidak kisah akan kekurangan pasangannya. Apa yang penting baginya ialah membetulkan atau memperbaiki kekurangan itu dengan kasih sayang.
Membuatkan mereka (pasangan) menyedari kesilapan tanpa sebarang rasa tersinggung atau berkecil hati, itu tanda kelebihan dan kekuatan seorang lelaki sejati.
Lantaran itu, jika anda sedang memilih pasangan, carilah lelaki sejati. Hanya lelaki sejati akan memberikan cinta yang sejati.
Saya akui daripada ciri-ciri ini, banyak yang tidak saya miliki. Dalam usia 43 tahun, baru hari ini saya tersedar apa yang sebenarnya sangat penting bagi saya, juga isteri.
Kasihan dia kerana selama ini, suaminya bukanlah lelaki sejati.

No comments:
Post a Comment