Berikut perkembangan operasi mencari dan menyelamat unttuk hari kelima:
12:15pm: Pasukan pencari dan penyelamat Indonesia menemui dua mayat dipercayai daripada AirAsia QZ8501 di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Tempo Indonesia melaporkan pegawai kanan operasi itu Tatang Zainudin sebagai berkata, mayat itu dibawa pada 8.42 pagi ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter.
Dengan penemuan terbaru, sebanyak sembilan mayat telah ditemui. Bagaimanapun, sebelum itu terdapat laporan menyebutnya sebagai sepuluh orang.
Ketua polis Kalimantan Tengah Hermanu (satu nama) berkata dua mayat itu kini di hospital dan akan diterbangkan ke Surabaya, bersama mayat-mayat lain yang masih ditunggu.
Pegawai kanan daripada ibu pejabat polis Indonesia Anton Castilani berkata mayat ditemui dalam keadaan baik.
11.40am: Satu lagi mayat dilapor ditemu daripada tapak pencarian pesawat AirAsia QZ8501.
“Kami tidak dapat sahkan mayat ini lelaki atau perempuan tetapi yang saya boleh kata, ia dalam perjalanan ke sini,” Komander Lapangan Terbang Iskandar, Jhonson Henrico Simatpang, dipetik sebagai berkata.
New Straits Times melaporkan, mayat itu diterbangkan ke lapangan terbang itu di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah, pangkalan tentera laut terdekat dengan tapak pencarian.- malaysiakini

No comments:
Post a Comment