Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Showing posts with label AirAsia. Show all posts

03 January 2015

Air Asia... Menteri Indonesia jadi sasaran kemarahan juruterbang

Ini kisah Menteri Perhubungan (pengangkutan) Indonesia Ignasius Jonan (gambar) yang 'menyerang' pegawai-pegawai Air Asia dan mendakwa syarikat penerbangan itu tidak tidak mengambil data cuaca dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofsika (BMKG) pada hari terhempasnya pesawat QZ8501.
Kisah itu menjadi 'side story' popular di republik itu berikutan ketegasan beliau ketika meeting dengan bos-bos Air Asia Indonesia.
Malangnya... beliau nampaknya tidak popular dikalangan juruterbang, bukan saja dari Air Asia bahkan dari syarikat-syarikat penerbangan lain.
Khabarnya kenyataan beliau semasa memarahi pihak pengurusan Air Asia memperlihatkan sikap 'bodoh sombong' menyebabkan pilot-pilot naik angin.
Sehingg ada yang berani menulis surat terbuka.
Salah satunya dari juruterbang Qatar Airways bernama Fadjar Nugroho yang sampai membuat surat terbuka untuk Jonan. Ini isinya sebagaimana dikutip dari laman web media berpengaruh Tempo.
"Bapak Menteri yang terhormat, perkenalkan nama saya Fadjar Nugroho. Pekerjaan saya penerbang. Mungkin di mata orang lain ini adalah sebuah pekerjaan hanya sebagai supir. Tapi saya bangga karena katanya pekerjaan saya membutuhkan (memerlukan) kemampuan otak dan fisik yang tinggi.
Saya baru saja membaca berita bahwa bapak datang ke Air Asia dan marah besar kepada manejemen perusahaan tersebut karena laporan cuaca yang tidak diambil di briefing office tapi malah mengambil dari internet.
Sama dengan penerbang Air Asia dan penerbangan lainnya, pada waktu saya terbang di Indonesia menggunakan pesawat beregistrasi Indonesia, saya harus mengambil laporan cuaca dari BMKG.
Kenapa BMKG? Karena sudah bertahun-tahun tertulis bahwa sebuah penerbangan komersial berbasis PKPS (Peraturan Keselamatan Penerbangan Sipil) nomor 121 ayat 101 memberikan petunjuk seperti di bawah ini.

QZ8501 terbang tanpa kebenaran pada hari kejadian

Tragedi yang menimpa pesawat QZ8501 bakal mencetuskan isu baru kerana AirAsia Indonesia menggunakan laluan dari Surabaya ke Singapura tanpa kebenaran pada hari kejadian.
Syarikat penerbangan itu hanya dibenarkan untuk berulang alik menggunakan laluan itu pada hari Isnin, Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Kompas.com pada Sabtu melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu telah melanggar surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam bertarikh 28 Oktober 2014.
AirAsia Indonesia telah didapati melanggar permit dengan menggunakan laluan itu pada 28 Disember hari di mana penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dengan pesawat telah hilang.
Ekoran kejadian itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia telah menggantung laluan AirAsia Surabaya-Singapura, berkuat kuasa Jumaat, kerana melanggar waktu operasi laluan yang dibenarkan.
“Oleh itu, laluan itu digantung sementara,” kata Ketua Komunikasi Awam kementerian JA Batara dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, katanya larangan itu boleh dipertimbangkan semula selepas selesai penyiasatan oleh Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.
Penumpang yang telah membeli tiket bagi laluan Surabaya-Singapura telah dinasihatkan untuk menukar jadual penerbangan mereka.
Sementara itu, Pengarah Keselamatan dan Keselamatan Air Asia Indonesia Kapten Ahmad Sadikin berkata pada Jumaat bahawa beliau masih belum maklum mengenai penggantungan itu dan mengulangi bahawa syarikat penerbangan itu tidak pernah mengendalikan laluan tanpa permit
“Saya tidak boleh menjawab secara terperinci, kerana saya tidak pernah mendengar mengenai penggantungan itu lagi. Tetapi jika kita tidak mempunyai kebenaran, maka pasti kita tidak akan terbang,” katanya.-3/1/2015

01 January 2015

QZ8501 : 2 lagi mayat ditemui hari ini



Berikut perkembangan operasi mencari dan menyelamat unttuk hari kelima:



12:15pm: Pasukan pencari dan penyelamat Indonesia menemui dua mayat dipercayai daripada AirAsia QZ8501 di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Tempo Indonesia melaporkan pegawai kanan operasi itu Tatang Zainudin sebagai berkata, mayat itu dibawa pada 8.42 pagi ke Pangkalan Bun menggunakan helikopter.

Dengan penemuan terbaru, sebanyak sembilan mayat telah ditemui. Bagaimanapun, sebelum itu terdapat laporan menyebutnya sebagai sepuluh orang.

Ketua polis Kalimantan Tengah Hermanu (satu nama) berkata dua mayat itu kini di hospital dan akan diterbangkan ke Surabaya, bersama mayat-mayat lain yang masih ditunggu.

Pegawai kanan daripada ibu pejabat polis Indonesia Anton Castilani berkata mayat ditemui dalam keadaan baik.

11.40am: Satu lagi mayat dilapor ditemu daripada tapak pencarian pesawat AirAsia QZ8501.

“Kami tidak dapat sahkan mayat ini lelaki atau perempuan tetapi yang saya boleh kata, ia dalam perjalanan ke sini,” Komander Lapangan Terbang Iskandar, Jhonson Henrico Simatpang, dipetik sebagai berkata.

New Straits Times melaporkan, mayat itu diterbangkan ke lapangan terbang itu di Pengkalan Bun, Kalimantan Tengah, pangkalan tentera laut terdekat dengan tapak pencarian.- malaysiakini

31 December 2014

‘I Love You dari 38,000 kaki’ Viral Di Laman Sosial

alt
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Gambar 'I Love You dari 38,000 kaki' yang dimuat naik di Instagram oleh salah seorang pramugari dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa menjadi viral di laman sosial.
Detiknews melaporkan, Khairunisa Haidar Fauzi atau lebih dikenali sebagai Nisa, 22, sememangnya seorang yang cukup aktif di laman sosial dan pramugari itu sebelum ini sering memuat naik fotonya ketika bertugas di Instagram.
Dua minggu sebelum tragedi pesawat itu, Nisa dilihat memuat naik gambar sekeping kertas berwarna coklat tertera "I Love You From 38,000ft" dipercayai tulisan tangan beliau sendiri yang ditampalkan di cermin tingkap dengan pemandangan sayap pesawat berada di atas awan.

QZ8501: Tiga Mayat Ditemui Berpegangan Tangan - Juruterbang Tentera



Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 9:13 AM

Barangan pertama milik pesawat QZ8501 yang ditemui untuk dibuat pengesahan bahawa penerbangan berkenaan telah terhempas di lautan Jawa.

TIGA mayat mangsa QZ8501 yang ditemui dilaporkan saling berpegang tangan ketika terapung di lautan Jawa, dakwa juruterbang yang terlibat dalam pencarian pesawat milik AirAsia Indonesia itu.
Dalam laporan Dalymail Online yang memetik akhbar Kompas memberitahu, Airman Tri Wibowa yang merupakan pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 mendakwa demikian selepas mereka berjaya menemui serpihan pesawat berkenaan pada Selasa.
"Di situ ada tujuh hingga lapan mayat, tiga daripadanya saling berpegang tangan," katanya kepada Kompas.

30 December 2014

QZ8501: Hanya sentuh... gagal bawa mayat naik helikopter kerana cuaca buruk

Pengarah operasi SAR Indonesia Kalimantan Tengah S.B. Supriyadi, menyatakan telah menemui tiga jasad yang dipercayai korban Air Asia QZ8501 di perairan Pangkalan Bun.

"Penemuan tadi pukul 14.30, (pukul 3.30 petang waktu Malaysia) pada jarak 105 batu nautika dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah" kata dia.
Supriyadi yang menaiki helikopter Dauphin milik Badan SAR Nasional terbang menuju lokasi penemuan.
Lokasi tersebut dikesan setelah tentera Indonesia Selasa pagi menemui objek mencurigakan di wilayah perairan tersebut.
Awalnya Supriyadi ditugaskan untuk mengambil objek yang dilihat pesawat tentera Indonesia. "Tapi setelah di lokasi rupanya ada tiga jenazah."

Serpihan Dijumpai Sah Pesawat QZ8501 AirAsia


PILU... Salah seorang ahli keluarga mangsa ketika kelihatan sedih ketika berdoa bersama-sama di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada Selasa. - fotoBERNAMA


PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo dan pasukan mencari dan menyelamat turut dilaporkan melihat objek dipercayai mayat.
Seorang jurucakap tentera laut memberitahu pemberita bahawa "pada masa ini, ia boleh disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia".
"Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne.

Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian



Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 8:32 AM
TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.
Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).

29 December 2014

Perbualan Akhir Juruterbang AirAsia QZ8501 Didedah Esok


Gambar : RakyatnewsGambar : RakyatnewsJAKARTA - Perbualan akhir antara juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan Pihak kawalan trafik udara (ATC) Surabaya akan didedahkan esok.
Perkara itu dimaklumkan jurucakap ATC Surabaya pada sidang media hari ini yang disiarkan secara langsung menerusi MetroTV, sebentar tadi.
"Perbualan dan komunikasi akhir juruterbang dan ATC akan kita umumkan esok," katanya.
Sementara itu, jurucakap AirAsia Indonesia yang turut berada dalam sidang media itu menjelaskan, pihaknya sudah bersetuju mengubah penerbangan pesawat berkenaan.
"Namun kita memerlukan sedikit waktu (untuk ubah penerbangan), perlu autoriti di Indonesia dan Singapura," katanya.

28 December 2014

Pesawat AirAsia pula hilang

AirAsia: Terima kasih atas sokongan, doa


Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive