28 October 2008

EUROCOPTER: NAJIB ATAU ABDULLAH YANG KEMPUNAN ATAU KEDUA-DUA NYA? - malaysiakini

Eurocopter permainan siapa - Abdullah atau Najib?

Hari ini, Abdullah umumkan pembelian Eurocopter dibatalkan. Kenyataan pembatalan ini dibuat hanya 32 hari selepas Abdullah yang sama pertama kali mengumumkan mengenai rancangan pembeliannya pada 26 September tahun ini.

Petikan laporan Utusan mengenainya seperti di bawah;

Perdana Menteri berkata, surat hasrat (LOI) telah dihantar kepada Eurocopter untuk membeli helikopter tersebut.‘‘Pada masa ini Kementerian Pertahanan sedang mengadakan rundingan dengan Eurocopter mengenai spesifikasi teknikal helikopter, klausa perjanjian sebelum menandatanganinya secara rasmi dengan syarikat berkenaan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima taklimat khas di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Esok, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dijangka memulakan siasatan mereka ke atas pembelian tersebut. Hari ini, Abdullah mengumumkan pembatalannya. Kata Abdullah, keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Jika benar mesyuarat Majlis Ekonomi membincang dan membuat keputusan itu dua minggu lepas, ada dua persoalan di sini;

a. Mengapa dua minggu kemudian baru keputusan tersebut diumumkan?

b. Mengapa Timbalan Perdana Menteri seakan tak mengetahuinya apabila Najib, pada 21 Oktober atau tujuh hari yang lalu, membuat kenyataan berikut,

seperti laporan Utusan;

Najib ditanya sama ada krisis kewangan global akan menyebabkan kerajaan menilai kembali peruntukan untuk projek pertahanan terutama pembelian helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri.


Jawapan Najib ... DI SINI

Petikan dari : weblog Husam Musa

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive