03 October 2008

PENGUATKUASAAN BERMUSIM

KES 1 - KLANG: Jabatan Imigresen menempatkan lebih 800 anggota penguat kuasa di 125 pintu keluar masuk yang sudah diwartakan negara ini bagi cegah penyeludupan manusia sejak Rabu lalu. ... Ketua Pengarah Penguat Kuasanya, Datuk Ishak Mohamad

KES 2 - PUTRAJAYA: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) tidak akan berkompromi dengan syarikat bas ekspres yang didapati menggajikan pemandu terbabit dalam penyalahgunaan dadah. ... Pengerusinya, Datuk Markiman Kobiran
Suka MS baca kenyataan Datuk-Datuk di atas. Cubalah korang baca kedua-dua kenyataan penuh di atas [DISINI] dan [DISINI].
Kenyataan-kenyataan ini dikeluarkan setelah berlakunya insiden-insiden yang melibatkan tanggungjawab di jabatan masing-masing.
Sekali ada insiden, sekali mahu bertindak. Kenapa perlu jadi begini. Tidak kah tugas penguatkuasaan ini perlu berterusan, bukan bermusim. Hanya Datuk Ishak dan Datuk Markiman saja yang ada jawapan nya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive