06 February 2009

Pakatan fail saman cabar pelantikan MB Perak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini mengambil keputusan untuk memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Menteri Besar Perak yang baru dari Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum Pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan panel peguam daripada tiga parti komponen Pakatan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan mengkaji tindakan saman tersebut.

Anwar berkata, Pakatan berpendirian bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

"Keputusan Pakatan Rakyat adalah untuk mempertikaikan kesahihan pelantikan Menteri Besar baru dan kami anggap ia tidak sah," katanya.

"Seterusnya sekarang, di Perak ada dua Menteri Besar...seorang yang sah yang dipilih pada pilihan raya umum lalu dan seorang lagi yang tidak sah yang mengangkat sumpah hari ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh hari ini yang berhasrat memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Anwar berkata, hal tersebut turut dipertimbangkan.

"Kita amnbil kira pandangan Karpal. Bagaimanapun, kita minta supaya panel yang kita lantik ini melihat semula setiap cadangan yang dikemukakan," katanya. -- mStar

1 comment:

Anonymous said...

karpal singh patut kena buang negara..kurang ajar!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive