10 April 2009

Bacaan Al-Quran Nga Betul - YB Zul

Zulkifli bin Noordin Ahli Parlimen Kulim, Bandar Bharu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobil

Salam 2 all. Nampak riuh dalam media isu YB Nga Kor Meng ADUN Pantai Remis & MP Taiping membaca ayat Al Quran dalam ceramah beliau di dalam kempen pilihanraya kecil Bkt Gantang/ Bkt Selambau.
Beliau dikatakan membaca petikan ayat daripada Surah Al A'raf memperkatakan tentang keadilan.
Ucapan sulung Datuk Seri Najib semasa menerima perlantikan sebagai Perdana Menteri Ke 6 tidak ada langsung memetik ayat Al Quran! Titah YDP Agong semasa merasmi sidang Parlimen pun tidak ada membaca ayat Al Quran.
Maka riuhlah juak-juak ameno menghunus keris karat menghentam YB Nga Kor Meng, kononnya menghina Islam. Saya mahu bertanya kepada puak-puak ni, adakah ayat Al Quran yang dibaca oleh YB nga itu salah atau diputar belit.
Saya dapati apa yang beliau baca itu betul belaka (dalam bahasa arabnya dan terjemahannya betul, walaupun bahasa arabnya ada kelemahan sedikit).
Malahan juak-juak keris karat ni pun tidak menyatakan bacaan itu tidak betul.
Kalaulah YB Nga menukar ayat Al Quran atau memutarbelitkan ayat itu, saya akan jadi orang pertama menegur beliau.
Tetapi apa yang beliau baca itu betul! Dimana salahnya.
Apakah juak-juak keris karat nak bagitahu kita orang bukan Islam tidak boleh baca ayat Al Quran?
Ini berbeza dengan isu bukan Islam mahu memakai perkataan ALLAH-ini kerana dalam nak menggunakan perkataan ALLAH mereka mencemarnya dengan mempersekutukan atau mensyirikkan ALLAH dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus dan lain-lain!
Kalu YB Nga menukar ayat tersebut, atau memalsukan maknanya, atau menghinanya barulah boleh kita menyatakan ianya salah.
Yang peliknya ada salah seorang keris karat ni kata YB Nga baca Al Quran tanpa wuduk, dan mungkin berhadas besar. Apalah punya jahil mamat ni.
Hukum mesti berwuduk ataupun sudah di angkat hadas besar hanya terpakai untuk Muslim yang mukallaf. YB Nga bukan Islam, hukum tu tak terpakai kepada dia. Lagipun YB Nga tak pegang nashkah Al Quran pun..dia cuma baca ayat yang betul.
Cuma kesilapan YB Nga bila dia menyebut surah Al Aurah, sepatutnya Surah Al A'raf. Itu saja.
Dimana hukum yang kata orang bukan Isam tidak boleh baca ayat Al Quran?
Saidina 'Umar ibnul Khattab membaca Surah Toha semasa masih kafir, yang akhirnya membawa beliau memeluk Islam.
Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah.
Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam sirah Nabawi yang menunjukkan ramai golongan bukan Islam yang beriman dan memeluk Islam hanya setelah membaca atau mendengar ayat Al Quran dalam keadaan mereka masih kafir!
Sepatutnya kita mengambil langkah memuji YB Nga yang berani membaca ayat Al Quran secara terbuka dalam cermah umum. Ramai dikalangan kita dalam ceramah atau ucapan tidak memetik pun sepatah ayat Al Quran.
Mungkin juga ramai keris karat diluar sana sepatutnya berasa malu dan insaf akan ketidakmampuan mereka membaca dan menyampaikan ayat Al Quran. Atau mungkin mereka berasa malu dan terhina kerana diperingatkan oleh golongan bukan Islam kepada ayat Al Quran.
Malahan apa yang dibuat oleh YB Nga sepatutnya menyedarkan golongan keris karat ini betapa jauhnya mereka dengan Al Quran.
Apakah kamu hanya pandai memusabaqahkan Al Quran, tetapi tidak melaksana dan mengamalkkannya, sehingga terpaksa ALLAH hina kamu dengan menghantar orang kafir memperingatkan kamu dengan ayat Al Quran?
Mengapa kamu menjadi saperti masyarakat jahiliyah, yang melenting bila ayat Al Quran dibaca walaupun kamu tahu kebenaranya? Tolong buktikan dimana ayat yang dibaca oleh YB nga itu salah, atau diputarbelitkan?!
Kamu sepatutnya bukan sahaja memuji keberanian YB Nga memperingatkan kamu dengan memetik ayat Al Quran, malahan kamu sepatutnya menyiarkan secara langsung dan diberi liputan meluas di kaca televisyen dan media elektronik/ cetak yang lain supaya rakyat pelbagai agama & kaum dapat melihat betapa Islam boleh diterima hatta oleh bukan Islam.
Daripada kamu menyiarkan secara langsung selama 40minit ucapan seorang tua yang patut dah pencen tapi dok tak mau pencen, merepek tak tentu arah menghina, memfitnah dan mencerca orang lain.
Saya khuatir bila ada segelintir dikalangan kita yang mengambil tindakan melulu memaki YB Nga hanya kerana beliau membaca ayat Al Quran atas alasan dia kafir, kamu sebenarnya menjauhkan manusia daripada seruan kebenaran.
Apalah salahnya kamu memberi ruang lagi kepada beliau.
Malahan saya bercadang nak menghadiahkan rakan saya YB Nga senaskhah Al Quran dengan terjemahan bahasa Tionghua, dengan doa moga-moga apabila beliau sering membaca dan memetik ayat Al Quran, maka ALLAH akan berikan hidayah Nya kepada beliau insyalllah.
Kepada YB Nga, YB Gobala, YB Tian Chua dan ramai lagi rakan-rakan bukan Islam yang lain, teruskanlah membaca dan memetik serta merujuk kepada ayat-ayat Al Quran. Kiranya kalian perlu bantuan, saya dan sahabat-sahabat bersedia membantu saudara untuk mendapatkan bacaan yang betul dari segi tajwid dan makhraj hurufnya insyallah.

Syukran.
Zulkifli bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu

2 comments:

Mat said...

Untuk YB Zul, saya menyokong tindakan YB untuk menghadiahkan senaskah Al Quran kepada YB Nga, untuk beliau terus menghayati isi kandungan nya.
Untuk puak2 keris karat (pinjam dr YB Zul) bila lagi?

Anonymous said...

Faham-faham aje lah YB, puak-puak ini mengaji tapi tidak mengkaji. Bila dah jadi anggota keris berkarat kepala otak pun sama juga karatnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive