09 April 2009

Kenapa Mukhriz, Kenapa Tidak KJ?

Ramai dah tahu susunan kabinet baru Najib, samada melaui siaran langsung TV pada jam 3.00ptg tadi atau melalui blog-blog. Ramai juga tertanya-tanya kenapa orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri padahal ketua nya langsung tidak diambil kira?
Begitu juga dengan anak mahathir yang kalah berjuang di tangan KJ untuk jawatan no 1 Pemuda telah dilantik juga ke jawatan timbalan menteri. Kemana Ketua Pemuda nya, KJ? Kenapa tiada sebarang jawatang untuk KJ?
Walau pun saya bukan lah pengikut KJ, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan KJ dan saya juga bukan ahli parti KJ tapi sekadar ingin menyatakan isi hati saya bahawa susunan kabinet najib adalah dari telunjuk mahathir. Apakah kita boleh percaya pada kata-kata mahathir ketika sidang akhbar semalam bahawa dia tak terlibat dengan susunan ahli kabinet najib?.
Hishamuddin Hussein ketika menjadi Ketua Pemuda Umno telah dilantik ke jawatan menteri. Noraini ketika menjadi Ketua Puteri Umno juga telah dilantik ke jawatan timbalan menteri. Ketua Wanita sekarang Shahrizat diberikan semula jawatan menteri, Ketua Puteri, Rosnah Rasyid juga di lantik ke jawatan timbalan menteri, tetapi kenapa tidak untuk KJ, jangan katakan menteri, timbalan menteri pun tiada untuk nya.
Sebenarnya bukan jawatan untuk KJ yang ingin di persoal tetapi apakah telor najib dalam gengaman mahathir? Kalau betul lah anggapan saya ini, maka zaman pemerintahan mahathir akan kembali menguasai tanah air kita yang tercinta ini melalui badutnya si Najib ... Malaysia Oh Malaysia.

Kiriman : Pak Teh

7 comments:

Anonymous said...

Najib janji nak dengar suara Parti dan suara Rakyat

Sekarang belum pun sebulan jadi presiden dah lupa janji2 sendiri

luah fikiran said...

Kalau apa yang sdr perkatakan itu benar, saya cukup kecewa. Tidak sewajarnya seseorang pemimpin negara itu mengikut telunjuk orang lain. Saya kategorikan orang seperti ini sebagai insan yang tidak ada tulang belakang. Apapun,
setakat ini saya belum lihat bukti kukuh yang menyokong andaian ini. Oleh itu, saya beranggapan sebagai persepsi sahaja. Sehingga kebenaran terlahir, saya akan terus memerhati dan menganalisis.

panakz said...

pendapat saya, asalkan aman negara ni cukup laaa... yang penting orang rumah saya cukup pakai, makan, minum. nak cakap apa pun tak guna. pak ISA datang nak cekup. he he he

Basuh Baju said...

kenapa tak KJ tp mukriz? kerana Madey!

jap, sapo dia madey ni? hahaha

orang kedah said...

lagu tu la melayu ..asalkan boleh cukup pakai bini boleh dapat makan sudah ..ini dinamakan melayu haprak

orang penang said...

aku sokong hang orang kedah. puak-puak macam tu macam katak bawah tempurung, tak kisah pasai dunia luaq, janji dlm rumah dia ok semua dah cukup... memang haprak

Bteh said...

takpelah,jangan marah2 org TUU,
tp kita doakan saja minta pd Allah agar dia mndapat Hidayah utk sama2
ngan kita dlm saf jihad memperjuangkan
KEBENARAN insyaallah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive