Showing posts with label kabinet. Show all posts
Showing posts with label kabinet. Show all posts

23 January 2013

Proiek IC kepada pendatang Sabah oleh Mahathir tanpa pengetahuan Kabinet - DSAI


KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
“Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
“Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung,” katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.

07 July 2011

Kabinet tolak, Bersih tetap mahu himpun di Stadium Merdeka Sabtu ini

Oleh G. ManimaranJuly 07, 2011
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Bersih 2.0 bertekad untuk berhimpun di Stadium Negara Sabtu ini meskipun Kabinet sudah memutuskan tidak akan membenarkan gabungan itu menggunakan stadium di ibu negara atas alasan ia bukan sebuah pertubuhan sah.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Bersih 2.0 berkata ia tidak akan berganjak daripada keputusannya mahu berhimpun di stadium yang bersejarah itu untuk menyatakan pendirian mengadakan pilihan raya bebas dan adil.

25 May 2011

PRU 13 dah dekat la tu ... Kabinet tangguh kenaikan RON95, letrik dan gas

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.

Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin,” katanya ketika dihubungi. - TMI

17 November 2010

"Jangan dok perabih duit rakyat lah Shabery ai ....!"

MS: Sukan Asia 2023 ... Menteri kata kabinet memang dah tak nak buat Sukan Asia 2023, tapi katanya nak tanya rakyat dulu samaada rakyat nak atau tidak .... Jawapan nya TIDAK ...
Shabery ai jangan la nak dok perabih duit rakyat tu, bukan sikit pula tu ... katanya kosnya melebihi RM1.6 bilion, tapi katanya lagi kos akan meningkat 3 atau 4 kali ganda ... dah jadi RM6.4bilion dah ... alahai yang kaya siapa? ... Kroni juga la kan.
Ingat lah SUKOM98 Shabery oi, sapa yang kaya? Bukan kroni Mahathir ker? Sampai hari ni akaunnya tak dapat ditutup lagi ... sebab apa?" Sebab kroni sapa pun tak boleh kata apa ... Ni la yang dikatakan "mentekedarah" ...
Jadi untuk Sukan ASIA 2023 ni hangpa jangan nak dok mengarut lah ya ... Lupakan. Lebih baik gunakan duit tu untuk rakyat. Kalau dengan rakyat hangpa "kemut" sangat, kalau nak perabih macam tu (perabih ada makna tu) hangpa pandai lah nooo ....

GUANGZHOU, 16 Nov — Kementerian Belia dan Sukan sedia untuk mendapatkan kelulusan Kabinet bagi membida penganjuran Sukan Asia 2023 jika terdapat desakan daripada rakyat Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata walaupun Kabinet pada September lepas membuat keputusan untuk tidak meneruskan bidaan terhadap penganjuran Sukan Asia 2019, kementerian sedia untuk meyakinkan jemaah menteri bagi tujuan bidaan edisi 2023 pula.

“Bagi bidaan Sukan Asia 2019, KBS menganggarkan kos penganjuran sukan kedua terbesar dunia itu melebihi RM1.6 bilion.

“Jika kita mahu membida temasya pada 2023, kosnya mungkin naik sehingga tiga atau empat kali ganda tetapi apa yang lebih penting ialah kemahuan rakyat Malaysia sendiri.

“Jika mereka mahu Malaysia membida temasya tahun 2023, mereka perlu bersuara. Saya percaya kerajaan akan menilai kemahuan rakyat,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Beliau kini berada di sini di mana semalam Malaysia mengutip emas pertama.

Laporan sebelum ini menyebut Sukan Asia Ke-18 sepatutnya berlangsung 2018 tetapi Jawatankuasa Olimpik Asia pada 3 Julai 2009 memutuskan untuk mengalihkan temasya itu setahun sebelum Olimpik 2020.

Berbanding kejohanan semasa, bidaan untuk Sukan Asia 2019 dan 2023 disatukan sebagaimana bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.

Jawatankuasa Olimpik Asia meminta negara-negara yang berminat agar menghantar surat hasrat manakala bidaan rasmi mesti dikemukakan sebelum akhir 2010 dan negara penganjur akan diumumkan April depan.

Ahmad Shabery dan anggota kontinjen Malaysia yang beragama Islam sebelum itu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Pusat Agama yang terletak di Perkampungan Atlet di sini.

Kata beliau, kos penganjuran akan meningkat setiap tahun dan perkara itu tidak dapat dielakkan tetapi tuan rumah boleh mendapat pulangan daripada pelbagai bentuk lain.

Guangzhou sendiri dilaoprkan membelanjakan lebih RM7 bilion untuk menganjurkan Sukan Asia yang sedang berlangsung di sini manakala New Delhi membelanjakan lebih RM18 bilion untuk menganjurkan temasya Sukan Komanwel ke-19 bulan lepas.

Malaysia sebelum ini hampir menjadi tuan rumah kepada dua edisi Sukan Asia.

Qatar menewaskan Malaysia bagi menganjurkan Sukan Asia di Doha pada 2006 dan edisi tahun ini pula diberikan kepada Guangzhou selepas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak peluang penganjuran itu dengan alasan ia membabitkan kos RM1.3 bilion.

Hasrat untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Asia 2019 pula ditolak Kabinet kerana kos penganjurannya dianggarkan melebihi RM1.6 bilion.

Bandar raya Incheon di Korea Selatan akan menjadi tuan rumah edisi ke-17 pada 2014 manakala tuan rumah bagi edisi 2019 pula menjadi rebutan antara Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan India.

Hong Kong juga dilaporkan berminat untuk membida penganjuran temasya pada 2023 jika gagal dalam bidaan bagi edisi tahun 2019.

Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Asia bahawa tuan rumah yang mahu menganjurkan temasya itu mesti mempunyai kumpulan besar atlet yang bertaraf Asia, Ahmad Shabery berkata memandangkan bidaan akan datang adalah bagi 2023, Malaysia mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan kumpulan atlet seperti yang dimaksudkan.

“Jika kita serius mahu menganjurkannya, Malaysia mempunyai tempoh 12 tahun lagi untuk menyediakan kumpulan besar atlet yang bertaraf dunia,” katanya.

Ahmad Shaberu berkata bahawa ketika Doha menganjurkan Sukan Asia 2006, Qatar yang mempunyai penduduk sekitar 200,000 orang, tidak mempunyai kumpulan besar atlet bertaraf dunia.

“Penganjuran Sukan Asia bukan melibatkan atlet dan pegawai sahaja tetapi membabitkan semua rakyat, sama ada secara langsung atau tidak,” katanya - TMI

16 November 2010

Yen Yen, Shaziman, Shabery Cheek dan Ismail Sabri bakal digugur minggu depan?

PETALING JAYA: Khabar angin dan spekulasi tercetus mengenai rombakan kabinet yang dijangka diumumkan minggu depan atau awal bulan Disember, kata sumber-sumber hari ini.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan. Mereka ialah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Mansur (Kerjaraya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dikatakan akan dibawa masuk ke kabinet menjadi timbalan menteri.

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menteri dalam negeri dipindahkan ke kementerian pertahanan.

Dua bekas menteri – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur yang kini setiausaha agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh.

Ini merupakan rombakan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sejak mengambilalih jawatan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, April tahun lalu.

Dalam rombakan pertama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Azalina digugurkan.

"Terdengar khabar Najib akan mengumumkan rombakan tersebut selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya Rabu depan," kata sumber itu.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka akan menjadi ketua penerangan Umno yang baru.

Beliau menggantikan Ahmad yang mula memegang jawatan itu, April tahun lalu.

Idris merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan wakil rakyat Jerteh di Terengganu - FMT

01 June 2010

Najib rombak kabinet


KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan dari Kabinet hari ini.

Beliau digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan baru yang sebelum ini merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan-palantikan lain iaitu:

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- mStar

06 December 2009

Bukit Antarabangsa: Kabinet benar laporan tragedi didedahkan

KUALA LUMPUR, Dis 5 — Selepas “pertikaian” selama dua minggu antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Selangor, Kabinet membenarkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendedahkan kepada umum laporan siasatan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan perkara itu ketika penduduk Bukit Antarabangsa bersiap sedia untuk mengadakan ulang tahun pertama peringatan tragedi tanah runtuh di sini esok.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengumumkan laporan itu kepada umum dua minggu lalu tetapi dilarang oleh Kementerian Kerja Raya atas faktor keselamatan dan memerlukan kebenaran pusat terlebih dahulu.

Shaziman berkata kerajaan meluluskan permohonan MPAJ untuk mendedahkan kepada umum laporan siasatan itu dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Keputusan itu bertujuan memastikan kepentingan dan keselamatan penduduk di kawasan itu terjamin.

“Saya berharap MPAJ tidak hanya mendedahkan laporan ini semata-mata tetapi perlu memahami dan melakukan perkara yang dicadangkan untuk memperbaiki keadaan di kawasan itu supaya kemungkinan kejadian sama berulang dapat dikurangkan,” kata beliau di Tampin hari ini.

Shaziman berkata pada 25 November lepas, MPAJ menulis surat kepada beliau bagi memohon laporan mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak lagi diklafikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Beliau berkata permohonan itu dibuat MPAJ selepas Jabatan Kerja Raya (JKR) menyerahkan laporan teknikal berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, yang kemudian mahu ia didedahkan kepada orang ramai. Dalam kejadian 6 Disember 2008 itu di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, lima nyawa terkorban manakala 14 banglo musnah.

Dipetik Bernama, Shaziman yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata tindakan kerajaan meluluskan permohonan itu bukan kerana ia sudah tersebar dalam internet, sebaliknya keputusan itu diputuskan mengikut prosedur yang ditetapkan. “Kita membuat laporan ini untuk MPAJ dan kita tidak boleh mendedahkan kepada umum tanpa kebenaran mereka. Jadi, selepas mereka menulis surat memohon laporan itu didedahkan kepada umum, saya tidak boleh membuat keputusan serta merta kerana perlu mengikut prosedur, termasuk memaklumkan terlebih dulu kepada Kabinet.
“Ini adalah antara cara kita bekerja dengan mengikut prosedur yang ditetapkan dan kita tidak mahu menjadi seperti Kerajaan Selangor yang membuat keputusan melompat-lompat. Kita tidak menyorok apa-apa mengenai laporan ini,” katanya.

Mengenai kebocoran laporan itu di internet, beliau berkata pihaknya sudah membuat laporan polis pada 2 Disember lepas. “Laporan itu sebenarnya sudah siap agak lama dan berada dalam simpanan kementerian dan JKR tetapi tidak pernah tersiar dalam internet tetapi apabila laporan itu diserahkan kepada MPAJ, kita dapati tersebar kepada orang ramai.
“Oleh itu, kita mengambil keputusan membuat laporan polis kerana ketika diserahkan kepada MPAJ, laporan berkenaan masih lagi di bawah Akta OSA 1972. “Jadi, kita perlu menyiasat bagaimana ia boleh tersebar,” katanya - The Malaysian Insider

01 September 2009

Kabinet Najib Altantuya: Perlantikan Idris Jala tidak disenangi pemimpin UMNO

Perlantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Datuk Seri Idris Jala sebagai salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Mereka mempertikaikan kenapa perlu orang luar dilantik sebagai Menteri. Umno mempunyai 79 Ahli Parlimen manakala BN mempunyai 139 ahli.
Idris Jala pagi ini telah mengangkat sumpah sebagai Senator, untuk memulakan tugas sebagai Menteri Tak Berfotfolio di Jabatan Perdana Menteri bagi mengawasi KPI yang dilancarkan Najib baru-baru ini. Idris akan melapur kepada Senator Dr Koh Tsu Koon.
STONE: semakin hari UMNO semakin bermasalah. mungkin berkat doa rakyat yang teramat benci terhadap umno sekarang ... moga umno terus bermasalah ... dan cepat berkubur ... InsyaAllah

22 July 2009

NAJIB ALTANTUYA : Kakitangan SPRM digantung ...

KUALA LUMPUR 22 JULAI - Kabinet yang bermesyuarat pagi ini telah mengambil keputusan untuk menggantung tugas semua kakitangan SPRM yang terlibat dalam kes penyiasatan ahli-ahli Exco DAP dan Pakatan Rakyat di Selangor.
Penggantungan akan berterusan sehingga selesai siasatan pihak polis berhubung kematian Teoh
Sehingga kini belum dapat dipastikan samada Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan atau tidak. Ahli-ahli politik dari BN dan juga PR telah menggesa kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat kematian Teoh.
Najib Razak dijangka akan mengadakan sidang akhbar petang ini mengenai keputusan kabinet tersebut.
Berita lanjut menyusul

09 April 2009

Kenapa Mukhriz, Kenapa Tidak KJ?

Ramai dah tahu susunan kabinet baru Najib, samada melaui siaran langsung TV pada jam 3.00ptg tadi atau melalui blog-blog. Ramai juga tertanya-tanya kenapa orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno boleh dilantik menjadi Timbalan Menteri padahal ketua nya langsung tidak diambil kira?
Begitu juga dengan anak mahathir yang kalah berjuang di tangan KJ untuk jawatan no 1 Pemuda telah dilantik juga ke jawatan timbalan menteri. Kemana Ketua Pemuda nya, KJ? Kenapa tiada sebarang jawatang untuk KJ?
Walau pun saya bukan lah pengikut KJ, saya tidak ada apa-apa hubungan dengan KJ dan saya juga bukan ahli parti KJ tapi sekadar ingin menyatakan isi hati saya bahawa susunan kabinet najib adalah dari telunjuk mahathir. Apakah kita boleh percaya pada kata-kata mahathir ketika sidang akhbar semalam bahawa dia tak terlibat dengan susunan ahli kabinet najib?.
Hishamuddin Hussein ketika menjadi Ketua Pemuda Umno telah dilantik ke jawatan menteri. Noraini ketika menjadi Ketua Puteri Umno juga telah dilantik ke jawatan timbalan menteri. Ketua Wanita sekarang Shahrizat diberikan semula jawatan menteri, Ketua Puteri, Rosnah Rasyid juga di lantik ke jawatan timbalan menteri, tetapi kenapa tidak untuk KJ, jangan katakan menteri, timbalan menteri pun tiada untuk nya.
Sebenarnya bukan jawatan untuk KJ yang ingin di persoal tetapi apakah telor najib dalam gengaman mahathir? Kalau betul lah anggapan saya ini, maka zaman pemerintahan mahathir akan kembali menguasai tanah air kita yang tercinta ini melalui badutnya si Najib ... Malaysia Oh Malaysia.

Kiriman : Pak Teh

20 November 2008

Pak Lah Akan Rombak Kabinet - malaysiakini

Daripada Jamaluddin Muhammad

ASHGABAT (Turkmenistan), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan rombakan kabinet dilakukan dalam masa terdekat jika jawatan yang dipegang menteri MCA kosong.Bagaimanapun, beliau berkata rombakan kecil kabinet bukan semestinya bermakna untuk mengisi kekosongan sahaja tetapi ia boleh juga melibatkan pertukaran portfolio dan sedikit penyesuaian pada jawatan sekarang."Kemungkinan rombakan kabinet memang ada," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari Rabu.
Abdullah berada di negara ini untuk lawatan rasmi dua hari bermula Rabu.Perdana Menteri diminta mengulas laporan Bernama bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri berkenaan kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan sama ada ia akan membawa kepada satu rombakan kabinet.
Abdullah berkata beliau akan mengikuti tindakan MCA seterusnya sebelum memutuskan mengenai perkara itu.
Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi merebut jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti itu bulan lepas.Abdullah yang kini dalam lawatan rasmi enam hari ke negara-negara Asia Tengah berakhir Khamis berkata beliau setakat ini belum menerima surat peletakan jawatan Ka Chuan.
Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau menghormati keputusan Ka Chuan untuk meletakkan jawatan jika beliau ada alasan munasabah mengenai tindakannya itu."Kemungkinan beliau membuat tindakan itu supaya memudahkan Ong Tee Keat membuat cadangan (mengenai menteri-menteri MCA)," kata beliau.-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive