20 November 2008

Pak Lah Akan Rombak Kabinet - malaysiakini

Daripada Jamaluddin Muhammad

ASHGABAT (Turkmenistan), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan rombakan kabinet dilakukan dalam masa terdekat jika jawatan yang dipegang menteri MCA kosong.Bagaimanapun, beliau berkata rombakan kecil kabinet bukan semestinya bermakna untuk mengisi kekosongan sahaja tetapi ia boleh juga melibatkan pertukaran portfolio dan sedikit penyesuaian pada jawatan sekarang."Kemungkinan rombakan kabinet memang ada," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari Rabu.
Abdullah berada di negara ini untuk lawatan rasmi dua hari bermula Rabu.Perdana Menteri diminta mengulas laporan Bernama bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai menteri berkenaan kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan sama ada ia akan membawa kepada satu rombakan kabinet.
Abdullah berkata beliau akan mengikuti tindakan MCA seterusnya sebelum memutuskan mengenai perkara itu.
Ka Chuan tewas kepada bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi merebut jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti itu bulan lepas.Abdullah yang kini dalam lawatan rasmi enam hari ke negara-negara Asia Tengah berakhir Khamis berkata beliau setakat ini belum menerima surat peletakan jawatan Ka Chuan.
Bagaimanapun, Abdullah berkata beliau menghormati keputusan Ka Chuan untuk meletakkan jawatan jika beliau ada alasan munasabah mengenai tindakannya itu."Kemungkinan beliau membuat tindakan itu supaya memudahkan Ong Tee Keat membuat cadangan (mengenai menteri-menteri MCA)," kata beliau.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive