20 November 2008

Kedah Sedia Buka Ladang Babi - malaysiakini

Oleh ZAID MOHD. NOOR

ALOR STAR – Kerajaan Kedah memberi kebenaran membuka ladang ternakan babi secara moden secara berpusat di Bukit Selambau, Sungai Petani.
Bagaimanapun, menurut kertas jawapan bertulis di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah itu semalam, ia hanya menjadi realiti sekiranya cadangan itu tidak mendapat bantahan penduduk tempatan.
“Sekiranya ladang ternakan babi tersebut dibuka, kerajaan negeri akan memastikan ia beroperasi mengikut Enakmen Pengawalan Ternakan Babi 1991 seperti dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.
“Selain itu, ladang ternakan babi itu juga perlu beroperasi menerusi sistem kadang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan,” kata kenyataan yang sama.
Menurutnya lagi, kawasan ladang babi seluas 162 hektar itu sebenarnya diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.
Secara prosedurnya, cadangan itu sudah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan boleh diteruskan oleh kerajaan negeri sedia ada.
Ia juga boleh ditarik semula oleh kerajaan sedia ada sekarang.
Jawapan bertulis itu dikeluarkan sebagai menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini semalam.
Jawapan itu diedarkan kepada wakil rakyat dan ia tidak dibahaskan semalam.
Sebelum itu, dalam soalan bertulis, Ahmad Bashah bertanya sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan membuka ladang ternakan babi bagi menampung keperluan penduduk bukan Islam di negeri ini dan Pulau Pinang. -- Kosmo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive