Showing posts with label ladang babi. Show all posts
Showing posts with label ladang babi. Show all posts

04 July 2009

BABI DI KEDAH - Sudah 14 tahun diarah pindah

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun. Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari.
Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.Keadaan pusat penyembelihan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.
Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran. Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.
Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram. Jika ada pejuang kaum memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!
Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.
Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.
Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor dilihat. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya. Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.
ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.
Selepas habis tempoh sebulan seperti yang diminta oleh pengusaha maka tindakan merobohkan dilakukan pada 1 Julai 2009.
STONE: Untuk ADUN Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik, jangan lah isu BABI ini nak dijadikan isu perkauman. Janganlah cuba untuk menyalahkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan bersabit dengan kes sekecil ini.
Kenapa begitu lama diperlukan untuk mencari tempat baru? 14 tahun. Kenapa tempat penyembelihan lembu kerbau boleh berpindah dan tidak untuk tempat penyebelihan babi?
Sudah 2 hari terpampang gambar YB dalam setiap berita TV3 dengan bangga YB cuba menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan PAS yang kononnya tidak ada sebarang perubahan dalam memperjuangkan rakyat.
Sebagai wakil rakyat PR, YB tak sepatutnya mewakili satu-satu kaum sahaja. Sebagai wakil rakyat juga YB sepatutnya membuka ruang minda pemikiran YB dengan lebih luas.
Jadilah wakil rakyat untuk semua. Bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Dan buka lah minda pemikiran YB seluas-luasnya, bukan pemikiran sempit macam apa yang berlaku sekarang.

Antara Bulan dan Roket di Kedah

Kegagalan UMNO/BN menyelesaikan masalah BABI di Kedah telah menyebabkan berlakunya sedikit "ketegangan" didalam Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS Kedah...

Saya melihat isu ini sebagai satu "PROSES KEMANTAPAN" Pakatan Rakyat utk mengambil alih teraju pemerintahan Malaysia yg semakin hari semakin dirindui..

Begitu juga isu Kampung Buah Pala...kegagalan UMNO/BN menanganinya yg sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya membuka peluang Pakatan Rakyat menunjukan kebolehan yg dimiliki utk tatapan dan penilaian oleh rakyat...

Dua isu yg diwar-warkan dan digah-gahkan oleh "keldai-keldai" UMNO/BN ini lebih menjuruskan utk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat sudah keluar dari titik pertemuan dan gagal memenuhi janji-janji mereka sebelum PRU ke 12 yg lalu..

Apa yg berlegar difikiran saya yg "pekak" ini...saya ingin meminjam satu kata hikmat dan perangsang...

"SETIAP MASALAH YANG TIMBUL AKAN MEMBERIKAN SATU PELUANG"

Oleh itu masalah yg sedang dihadapi oleh PAS di Kedah dan juga DAP di Pulau Pinang sebenarnya memberika "peluang" yg amat besar utk kemantapan Pakatan Rakyat..

Saya amat yakin pemimipin kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat ini memiliki pemimpin yg berkualiti utk menyelesaikan masalah yg sedang dihadapi dan sekaligus dapat
"memperlihatkan" keberkesanan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat dengan pantas dan berkesan..berbanding dengan UMNO/BN lebih gemar "buat duit utk poket sendiri" dari settelkan masalah rakyat yg memakan masa bertahun-tahun lamanya..

Mengenai DAP Kedah ...kepala hotak saya berkata "mereka" ini mangsa keadaan...keadaan dimana "masalah yg bertahun-tahun ini hendak diselesaikan oleh mereka dengan cepat "...dan apabila isu ini dapat diselesaikan maka jadilah mereka ini "HERO"..dikalangan masyarakat cina..

Sudah lama DAP Kedah cuba nak selesaikan masalah ini...namun niat mereka terhalang oleh kerana dengan adanya MCA dan Gerakan..dan oleh kerana UMNO/BN yg memerintah diketika itu...siapalah depa nie nk "dilayani" oleh UMNO/BN..

Maka dengan pemerintahan PAS ke atas Kedah kini memperlihatkan peluang DAP Kedah utk menjadi HERO...tidak salah utk menjadi HERO..namun kegopohan mereka menyebabkan peluang mereka ini sedikit terjejas..agaknya "kegopohan" DAP Perak turut menjangkiti DAP Kedah...

Pergeseran DAP dan PAS diKedah menimbulkan sedikit keraguan ..adakah benar-benar DAP Kedah akan keluar Pakatan...?...bagaimana pula PAS dan DAP Melaka dapat "bersatu" dalam menghadapi provokasi UMNO..sehingga pecah meja ..pecah lutut..

Dengan dua situasi ini yg melibatkan PAS dan DAP maka benarlah dikatakan org..

"ramai-ramai anak...mesti ada seorang dua yg bermasalah.."

Oleh itu situasi yg dialami oleh Pakatan Rakyat tidaklah menunjukanakan berlaku "perceraian" seperti mana yg dikhabarkan oleh keldai-keldai UMNO/BN..-apadianie.blogspot.com.

03 July 2009

Masalah Babi di Kedah - Janganlah sampai bercerai berai

oleh Aris Awang

Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).

Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Sepatutnya tempoh 30 tahun dan ditambah sebulan lagi yang diberikan oleh MBAS sudah cukup untuk 28 orang peniaga mencadangkan tempat baru operasi Pemotongan Babi secara yang lebih bersih, tersusun dan selesa. Malangnya tiada tindakan dibuat seolah-olah ingin terus kekal disitu walaupun mendapat bantahan bukan sahaja dari masyarakat Islam bahkan dari bukan Islam sendiri yang tidak selesa dengan kekotoran dan pencemaran bau yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Selsema Babi sekarang ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bertanggung jawab kepada sekitaran dan masyarakat kita tanpa mementingkan diri sendiri. Janganlah isu-isu tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi arahan, dilihat oleh rakyat terbanyak kita sebagai parti yang memerintah pula yang melanggarinya. Apakah DAP Kedah jika diizinkan memerintah Kedah atau Negara Malaysia akan mempopularkan pendekatan negeri atau negara tanpa undang-undang? Dengan slogan "Buatlah Apa Sahaja Asal Bahagia".
Sudah tentu tidak dan tidak pernah terlintas pun begitu difikiran DAP Kedah, tetapi jika tindakan untuk keluar Pakatan di Negeri Kedah terus juga dilakukan maka rakyat akan menafsirkan DAP Kedah hanya mahu orang lain yang patuh kepada undang-undang, tetapi tidak kepada dirinya sendiri.Walau bagaimanapun, dalam isu penguatkuasaan selepas ini, pihak berwajib yang mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah mestilah bertindak dari awal, janganlah membiarkan sesuatu yang melanggar undang sehingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun bahkan mungkin berdekad-dekad untuk diambil tindakan.
Contoh mudah: Pembinaan Gerai Haram - Hari pertama gerai haram dibina, petugas MBAS lalu, Ketua Kampung lalu, Penghulu lalu, Exco lalu, Aris Awang lalu, YB Hj Nan lalu.... singgah pulak tu....... tiada apa-apa teguran, tegahan atau notis dikeluarkan. Gerai Haram teruskan operasi masuk seminggu tiada apa-apa juga, diteruskan lagi sehingga sebulan, tiada apa tindakan lagi, masuk tiga bulan perniagaan makin maju, pelanggang makin ramai, tuan punya gerai haram tambah simen, bulan keempat, buat bumbong zink yang asalnya tikar plastik biru/orange. bulan kelima bina dinding bata. Bulan keenam MBAS keluar notis saman gerai haram akan diroboh dalam tempoh 3 hari dari tarikh tertera. Tuan punya telah mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, walaupun pada mulanya mengetahui tempat yang dibina adalah bukan tapak yang dimilikinya, tetapi akibat tidak ada tindakan pencegahan lebih awal maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang terlalu lewat oleh Ketua Kampung, Penghulu, MBAS, YB dan EXCO serta Aris Awang (saya turut terlibat kerana saya PAS, begitu juga ahli PAS yang lain-lain) dilihat sebagai menzalimi rakyat.
Semoga pihak penguatkuasa MBAS, khususnya Setiausaha MBAS tiada mempunyai sebarang niat merosakkan imej kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, dengan sengaja menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan sentimen perkauman agar sedikit demi sedikit kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin terhakis. Amat malang jika tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan bukan untuk mendisplinkan rakyat tetapi untuk memuaskan hasrat dan cita-cita tersembunnyi.
Perbetulkanlah niat kita, kerana manusia sentiasa alpa, marilah bersama-sama kita mendisplinkan diri sendiri dalam sumpah etika kerja sebagai penjawat awam dan seterusnya mendisplinkan rakyat kita dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan mengambil Islam sebagai rujukan utama.Islam menuntut ketegasan - Islam juga menuntut bertimbang rasa.Islam menuntut kesucian persekitaran - Islam juga menuntut kesucian jiwa.
Islam menuntut penghakiman - Islam juga menuntut kebajikan.Islam menuntut kebersihan - Islam juga menuntut nasihat menasihatiRakyat kita mempunyai berbagai pemikiran, layanilah mereka seadanya sebagai rakyat, tegurlah mereka ketika salah, belailah mereka ketika berurusan, dendalah mereka jika tetap degil......Semoga Isu-Isu Islam sebagai rujukan utama yang dinanti-nantikan akan mendominasi Pemerintahan Kita.
Didoakan
Selamat Memerintah Sepenggal Lagi.

23 November 2008

TGNA enggan campur tangan isu ladang babi di Kedah - malaysiakini

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.
"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara kecil-kecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.
"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.
Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.
"Tentera berhak bersuara dalam Parlimen berhubung sesuatu isu berkaitan dan saya rasa atas faktor itulah wakil daripada kalangan mereka diperlukan dalam Parlimen," katanya. BERNAMA

20 November 2008

Kedah Sedia Buka Ladang Babi - malaysiakini

Oleh ZAID MOHD. NOOR

ALOR STAR – Kerajaan Kedah memberi kebenaran membuka ladang ternakan babi secara moden secara berpusat di Bukit Selambau, Sungai Petani.
Bagaimanapun, menurut kertas jawapan bertulis di Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah itu semalam, ia hanya menjadi realiti sekiranya cadangan itu tidak mendapat bantahan penduduk tempatan.
“Sekiranya ladang ternakan babi tersebut dibuka, kerajaan negeri akan memastikan ia beroperasi mengikut Enakmen Pengawalan Ternakan Babi 1991 seperti dibina 300 meter dari kawasan penempatan penduduk.
“Selain itu, ladang ternakan babi itu juga perlu beroperasi menerusi sistem kadang tertutup dan lengkap dengan rumah penyembelihan,” kata kenyataan yang sama.
Menurutnya lagi, kawasan ladang babi seluas 162 hektar itu sebenarnya diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.
Secara prosedurnya, cadangan itu sudah diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini dan boleh diteruskan oleh kerajaan negeri sedia ada.
Ia juga boleh ditarik semula oleh kerajaan sedia ada sekarang.
Jawapan bertulis itu dikeluarkan sebagai menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini semalam.
Jawapan itu diedarkan kepada wakil rakyat dan ia tidak dibahaskan semalam.
Sebelum itu, dalam soalan bertulis, Ahmad Bashah bertanya sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan membuka ladang ternakan babi bagi menampung keperluan penduduk bukan Islam di negeri ini dan Pulau Pinang. -- Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive