Jika berlaku nyanyian dan tarian melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program serta-merta. Terus-terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk Islam pun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu agama membenarkan hiburan melampau.
Showing posts with label kerajaan kedah.. Show all posts
Showing posts with label kerajaan kedah.. Show all posts
24 January 2013
Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Kedah
Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis panduan hiburan bagi sambutan program ‘1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013’, yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah, pada 15 Februari depan.
Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan dan tidak mencolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.
10 February 2012
Janji Pakatan nak mansuh AUKU sia-sia, mengarut
Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".
Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.
"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.
"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka."Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.
"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
30 August 2011
Siapa yang patut di salahkan, Zul Kulim atau kerajaan Negeri?
LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.
Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.
Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.
29 May 2011
KUIN : PR sama saja dengan BN
oleh : Prof Abdul Aziz Bari
Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.
Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.
Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.
28 May 2011
KUIN bukan hak PAS, Hadi tak boleh campur - MB
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya."Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.
Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.
09 May 2011
Mengapa rebat cukai tanah UUM ditolak kerajaan Kedah?
Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.
Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta.
28 August 2010
Kerajaan Kedah umum duit raya untuk kakitangannya
Kerajaan negeri Kedah hari ini turut mengumumkan pemberian bayaran khas RM500 kepada kakitangan awam negeri itu sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bayaran RM500 setiap orang itu diberikan kepada semua kakitangan sehingga kumpulan Gred 54 dan membabitkan dana sebanyak RM3 juta.
Beliau yang dpetik HarakahDaily berkata semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh seminggu sebelum hari raya.
"Dengan sumbangan ini, ia dapat menampung keperluan keluarga dan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
"Walaupun sumber kewangan kerajaan negeri adalah terhad, berkat daripada tindakan kerajaan negeri melaksanakan penjimatan dalam pentadbiran, maka hasil tersebut dapat dikongsi bersama sebagai satu penghargaan kepada semua kakitangan," katanya.
Beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kedah berkata, apa yang diberikan oleh kerajaan negeri kali ini adalah kadar yang termampu.
Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian wang khas sebanyak RM400 sempena Aidilfitri kepada 3,577 kakitangan awamnya.
Ini disusuli oleh kerajaan pusat yang mengumumkan pemberian RM500 manakala Selangor, Pahang, Terengganu dan Melaka juga tidak ketinggalan dalam pemberian wang itu menjelang Aidilfitri - malaysiakini
STONE : Kelantan bila lagi? Harap TGNA dapat umumkan bila-bila masa terdekat ni ...
23 May 2010
ADUN PKR Kulim kecewa
ALOR SETAR, 23 Mei — Meskipun perhimpunan solidariti di sini malam tadi menyaksikan kehadiran kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR), kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dengan kerajaan negeri Kedah.Adun Kulim Lim Soo Nee, salah seorang daripada tiga wakil rakyat PKR Kedah yang disebut-sebut akan keluar parti dan akan membawa kepada kerajaan tumbangnya kerajaan negeri, melahirkan kesangsian terhadap kestabilan kerajaan negeri.
Beliau secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan partinya dan juga kepimpinan negeri.
Dalam ucapannya tanpa rasa gentar, Lim melahirkan rasa kecewa secara terbuka dan kegagalan kerajaan negeri mengkaji kelemahan-kelemahan yang wujud.
Lim berkata beliau tiada rancangan untuk keluar parti tetapi membayangkan ada yang tidak kena dalam PKR khususnya di Kedah.
“Saya akan bersikap terbuka di sini malam ini. Kemungkinan apa yang saya berkata ini boleh mengecewakan Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tetapi saya tidak akan biarkan ia menghalang saya,” kata beliau di hadapan hadirin yang dilihat tersentak sedikit mendengar kata-katanya.
Lim menambah fenomena keluar PKR kebelakangan ini disebabkan oleh faktor menarik dan menolak.
“Faktor menarik adalah berdasarkan gangguan yang datang dari parti pembangkang kita di Barisan Nasional. Kita tahu bahawa tujuan mereka ialah untuk menggulingkan kerajaan.
“Faktor menolak adalah lebih buruk — ia datang dari kitaran dalaman kita sendiri, menyebarkan pembohongan berniat jahat dan maklumat yang boleh menyebabkan kita semua tumbang,” katanya lagi.
Lim juga memberitahu, beliau tidak dapat menafikan bahawa adanya dalang dalam PKR sendiri yang bertindak bertentangan dengan parti dan ahli-ahlinya menyebarkan khabar angin ini.
“Saya sedih apabila kita di Kedah terpaksa kehilangan dua Adun kita yang keluar parti,” katanya.
Malah katanya, apa yang menyedihakan ialah “sehingga kini kita tidak usaha untuk mengadakan bedah siasat untuk mencari sebab mereka bertindak keluar parti.”
Adun Lunas Radzhi Salleh dan rakannya dari Bakar Arang Tan Wei Shu merupakan dua wakil rakyat PKR bertindak keluar untuk berperanan sebagai anggota Bebas mesra BN.
PR kini mempunyai 20 kerusi di DUN yang menawarkan 36 tempat dengan PAS memiliki 16, PKR tiga manakala DAP satu.
“Adalah salah bagi orang kita untuk hanya bertindak keluar kerana mereka tidak gembira, tidak kira apa juga perasaan tidak puas hati, kita masih boleh duduk dan berbincang.
“Tetapi kita masih tidak boleh mengetepikan (hakikat) bahawa hanya mereka sahaja telah meninggalkan parti,” katanya.
Lim juga menekankan jika seorang berhadapan dengan masalah dengan sembilan yang lain, dia harus berfikir bahawa tidak mungkin dia seorang sahaja yang betul manakala yang lain salah.
“Jika hanya seorang yang keluar tidak kisah. Tetapi kita bercakap mengenai ramai yang keluar parti selepas pilihan raya umum 2008. Sudah pasti ada sebab yang munasabah,” katanya.
Jelas beliau, walaupun PKR sudah kehilangan ramai wakil rakyat, kepimpinannya dan kerajaan negeri Kedah telah gagal untuk memikul tanggungjawab dan mencari kelemahan dan kesilapannya.
“Dan, jika pemergian mereka disebabkan kesilapan yang kita telah lakukan, maka kita kena berubah.
“Kita tidak mahu duduk berbincang dan menuding jaring ke atas orang lain,” katanya yang turut meminta kerajaan negeri PR belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu.
“Tidak benar saya tidak gembira dengan parti dan dengan kerajaan tetapi sekali lagi adalah lebih baik saya bercakap di sini daripada simpan dalam hati,” katanya.
“Kemungkinan dua rakan saya (dari PKR) tidak berani untuk bercakap kebenaran ini tetapi adalah benar kita semua tidak berpuas hati dengan parti dan kerajaan. Kami kadangkala merasakan kami tidak dihargai,” katanya lagi.
Ketika ini beberapa hadirin mula bersuara dengan menyindir ke arah Lim sambil bertanya apa yang beliau mahukan.
“Apakah anda mahukan? Bercakap? Apa anda kata?” kata seorang lelaki yang kelihatan marah.
Melihat suasana ini, Lim dengan segera mengakhiri ucapannya sambil berkata, beliau tiada rancangan untuk meninggalkan parti.
“Kita perlu menyuarakan rasa tidak puas hati kita, jika kita gagal untuk melakukan ini dan kita hanya duduk dan diam, kita tidak berbeza daripada BN,” katanya.
Sehubungan itu, Lim menambah bahawa kehadirannya dalam perhimpunan cukup bukti yang kerajaan PR tidak akan ditumbang.
Dua rakannya, Adun Sidam Tan Show Kang dan Adun Bukit Selambau S. Manikumar juga menyatakan kesetiaan mereka kerajaan PR.
Pada sidang media tengah malam tadi, Azizan menekankan perhimpunan malam tadi membuktikan kekuatan dan perpaduan dalam kerajaan.
“Pastikan bilangannya betul, OK? Kami ada 20 Adun. Kami ada kestabilan dan majoriti,” katanya.
“Saya ingin mengatakan di sini bahawa kami tidak akan membubarkan DUN, saya tidak melihat keperluan,” katanya.
Mengenai gesaan Lim supaya diadakan bedah siasat, Azizan berkata:
“Ya, kami tidak mengadakan bedah siasat. Bagaimanapun kerajaan negeri akan mengkaji cadangan beliau.” - TMI
14 May 2010
Kedah Bubar DUN?
KUALA LUMPUR, May 14 — The Kedah Pakatan Rakyat government has ignored independent MP Zulkifli Noordin’s warning of a “second Perak” and will not seek to dissolve its state assembly.Its leaders, however, are “extremely on guard” and will keep a close watch on all its 20 PR assemblymen to ensure they remain loyal to the coalition, unlike in Perak where three lawmakers turned independent and caused the collapse of the pact’s government in February 2009.
Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak confirmed with The Malaysian Insider that he had no immediate plans to seek a dissolution of the state assembly since none in his team of lawmakers had indicated plans to defect.
“I just had a discussion with them last night and I am very confident of their loyalty.
“There is no problem in the PR. The only problems are the assemblymen from Barisan Nasional,” he said when contacted.
The PAS leader scoffed at Zulkifli’s prediction that “a certain PR government” would soon fall like Perak had because of the closeness in the seat distribution between PR and BN in the state assembly.
“If he said that the Kedah majority is small, then how did the Kelantan (PAS) government manage to stay in power with only a one seat-majority?
“If other PKR members think like Zulkifli, then not only a few will jump — he cannot declare that a few will jump like him because we are all on good terms in PR,” he claimed.
Azizan believes his assemblymen will be steadfast. — file picAzizan also went further to challenge Zulkifli to step down as an MP and re-contest his Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat if he felt he was influential enough.
“The people no longer support him... he is no longer credible in Kedah. If he is brave then he should resign and stand for re-election.
“If he really thinks that he has influence then he should resign and we will let our branch leader to go against him,” he said.
Zulkfili, who was sacked from PKR, issued the purported warning on Wednesday and advised a “certain PR state government” to quickly seek for a dissolution.
“It will be a shocker,” he warned, but did not name which state government he was referring to.
He also claimed that two PKR MPs and one assemblyman would soon leave the party.
Kedah PKR chief Johari Abdul admitted that all PR leaders in the state were presently “extremely on guard,” and at the slightest indication of another defection, the state assembly would be dissolved.
“I am an ex-Umno guy myself and I have plenty of friends still in Umno. We are keeping our eyes and ears open, but for now, there is still not indication of anything.
“One thing is for certain, there is no way that any one of the PAS assemblymen will jump. They are bound by the bai’ah (pledge) that they have taken,” he said.
He pointed out that even if all three of PKR’s remaining assemblymen left, the BN would still not have enough assemblymen to form a government.
“Do not forget that the validity of the Kota Siputeh seat is still in question in court. They cannot use that for now,” he said.
PR holds 20 seats in the 36-seat assembly with PAS holding 16, PKR three and DAP one, while the BN has 14. The assembly’s two independents — Radzhi Salleh (Lunas) and Tan Wei Shu (Bakar Arang) — are, however, said to be pro-BN.
The High Court had ordered the Election Commission to call a by-election for the Kota Siputeh state seat in Kedah after the assemblyman Datuk Abu Hasan Sarif twice went absent without leave from the state legislative assembly meetings.
The decision is currently being appealed by the EC.
Meanwhile when contacted, PKR’s assemblymen Tan Show Kang (Sidam) and S. Manikumar (Bukit Selambau) both denied there was any rift in the PR and assured The Malaysian Insider that they were loyal to their party.
“That Zulkifli is a bad man. His job is merely to spread lies and rumours in order to shake the foundation of Kedah’s government.
“We are not going to fall — you have nothing to worry about. If we wanted to leave, we would have left a long time ago. All those who wanted to defect have already left and those remaining will never leave,” he claimed.
Manikar said that Zulkifli was “heading towards insanity” for his predictions.
“Kedah is stable and there will be no negative action. It’s a blatant lie, nothing to worry about,” he said in an SMS.
DAP’s sole assemblyman, Lee Guan Aik (Kota Darul Aman), agreed with his colleagues and insisted that the Kedah PR government was very strong.
“There may be some problems in the PKR but I do not think it will come to that level.
“I believe this is just the work of our opponents who are plotting to create this sense of uneasiness in hopes of destroying us,” he said.
He agreed that he, along with many other PR assemblymen in Kedah, had been offered bribes to defect to BN after Election 2008 but denied the offers had been renewed recently.
“In any case, we will reject the offers outright,” he said confidently.
The third PKR assemblyman, Kulim’s Lim Soon Nee, could not be reached for comment.
A PKR source told The Malaysian Insider that of the three remaining PKR assemblymen in Kedah, Lim was the likeliest to leave.
“He was good friends with Tan Wei Shu (Bakar Arang),” claimed the source, an assemblyman from another state.
Tan resigned from PKR last month, citing his dissatisfaction with the party leadership and his removal from the state executive council.- TMI
21 March 2010
YB-YB PAS di Cub Prix Alor Setar
YB Dr Haji Hamdan, YB Johari, Sam Hong bersama-sama pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negeri Kedah dan Kelab Motor Kedah bergambar selepas upacara penyampaian hadiah.Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan Kedah, YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, ADUN Tg Dawai sebagai mewakili YAB Menteri Besar Kedah telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama di hari terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang telah diadakan selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu) di perkarangan Stadium Alor Setar. Turut bersama YB Dr Haji Hamdan ialah Naib Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, YB Johari Abdullah yang juga ADUN Kupang.
Sam Hogg sedang memberi penerangan kepada YB Johari mengenai sebuah motosikal lumba dari pasukan PETRONAS RacelineIni merupakan tahun kedua Cub Prix PETRONAS dibawa ke negeri Kedah sejak ianya diadakan dibawah tajaan PETRONAS sejak 6 tahun lalu. Acara sukan cub prix ini tidak dibenarkan untuk diadakan di Kedah ketika Kedah di bawah pemerintahan BN dahulu.
YB Johari bersama Pengurus pasukan PETRONAS Ah HongSejak dari awal pagi lagi peminat-peminat cub prix telah berpusu-pusu membanjiri kawasan-kawasan disekitar stadium untuk menaksikan secara dekat aksi pelumba-pelumba tempatan bersaing untuk merebut kejuaraan pusingan pertama ini.

YB Dr Haji Hamdan bersama Sam Hogg dan Pengurus pasukan Shell
Pusingan kedua akan diadakan di perkarangan stadium Kluang pada 17 dan 18 April nanti.
Lagi gambar-gambar aksi menarik Cub Prix Alor Setar di sini
30 August 2009
Deklarasi Danok - Konspirasi menjatuhkan Kedah oleh Mahadhir Khalid
Maaf kerana lambat menjawab isu Deklarasi Danork....
Disini saya huraikan kronologi deklarasi episod pengkhianatan untuk tatapan saudara dan bagi menjawap penanya tersebut secara rengkas dan bukan untuk siaran.
Pengkianatan tersebut adalah dengan idea dari si elias songkok tinggi dengan disokong sepenuhnya oleh mantan ketua bahagian cabang Pdg Serai dan direstui oleh Adun Lunas.
Seramai 6 Ketua cabang PKR yang dikumpulkan untuk bermesyuarat di Dusun Resort,Hosba yang dipengerusikan cabang Pdg Serai bersama elias dan di hadiri oleh kerua cabang Baling, Jerlun, Pendang, Merbuk dan Sik. Dalam mesyuarat ini dipersetujui 13 resolusi bersama untuk dihantar kononnya pada Dato Seri Mahadhir Khalid dan Pimpinan PKR negeri dan Pusat..
Antaranya:
1. Mendesak PKR Kedah keluar dari Pakatan Rakyat untuk bergabung dengan UMNO untuk membentuk Kerajaan Negeri dan Adun Lunas ditabalkan menjadi Timbalan Menteri Besar Kedah.
2. Setiap Ketua cabang diberikan imbohan RM 1 Juta dan Cabang yang bersetuju juga diberikan RM1 juta berserta projek Mega.
3. Setiap ahli majlis dari PKR di kekalkan.
4. Dan yang hebatnya menjamin keselamatan DSAI. 9 resolosi lain yang tak perlu saya jelaskan.
Setelah mesyuarat di Hosba mereka ini iaitu ketua2 cabang ini berserta dengan pengkianat ini di kumpulkan semula untuk menandatangani rosolusi yang telah siap di Pekan Danork dengan diuruskan oleh setiausaha Majlis Hi tek Kulim iaitu Sdr Ghani dengan berbekalkan RM30 ribu yang diperolehi dari Mahadir Khalid untuk diagihkan kepada semua pengkianat untuk duit poket dan menurut informer tak gamak nak di ceritakan bagaimana mereka berhibur sakan disana. Kejadian berlaku semasa PRK Permatang Pauh....
Begitu lah teruknya episod pengkianatan ini terutamanya kepada Pakatan Rakyat Kedah. Mahadir Khalid sudah memberi persetujuan kepada resolusi ini.Semua ketua cabang dan para pengkianat telah dipecat keahlian mereka.
Sekian....
Jin Brabus@KedahLanie
04 July 2009
BABI DI KEDAH - Sudah 14 tahun diarah pindah
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Kewujudan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar di atas tanah milik kerajaan negeri sebenarnya sudah lebih dari 30 tahun. Hanya kira-kira 100 meter dari pusat tersebut, letaknya pasar awam yang secara umumnya didatangi oleh majoriti orang Melayu/Islam setiap hari.
Berhampiran pusat penyembelihan tersebut juga terletak sebuah kampung Melayu, Telok Yan, yang mengandungi kira-kira 200 buah rumah.Keadaan pusat penyembelihan tersebut amatlah dhaif, kotor, tidak terurus serta sistem pembuangan yang tidak sempurna. Ia wujud bagi membekalkan keperluan daging untuk kawasan utara Kedah. Keperluan sebenar hanya antara 50 sehingga 80 ekor, tetapi dilaporkan secara harian 120 ekor disembelih. Tidak dipastikan ke mana lebihan tersebut dibawa.
Oleh kerana pusat tersebut tidak diselia dengan sempurna, di samping mencemarkan persekitaran, ia juga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Jika hari hujan, orang ramai yang lalu lalang terpaksa menutup hidung walau dari jarak yang jauh. Ia merimaskan orang ramai termasuk, kesemua peniaga Cina yang berniaga di deretan kedai berhampiran. Sisa-sisa babi juga dibuang sewenang-wenangnya ke dalam tong sampah milik MBAS.
Pada tahun 1995, MBAS (ketika itu masih Majlis Perbandaran) telah membatalkan lesen perniagaan pusat penyembelihan tersebut serta memberi notis untuk keluar dari tapak tersebut. Bermakna sejak 14 tahun yang lalu, pusat tersebut beroperasi secara haram. Jika ada pejuang kaum memberitahu bahawa kerajaan negeri hanya memberi tempoh selama sebulan untuk mencari tapak baru, ternyata tidak betul. Sebenarnya tempoh melebihi 168 bulan telah diberikan!
Pada tahun 80-an, berhampiran pusat penyembelihan itu juga terdapat pusat penyembelihan lembu dan kerbau. Apabila diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa tempatan setelah tempat tersebut dianggap tidak sesuai, mereka berpindah tanpa banyak soal. Tiada pihak pun yang melakukan provokasi perkauman.
Isu pusat penyembelihan babi itu dibincangkan secara serius apabila ahli-ahli MBAS dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Semua tahu dalam apa isu pun, ahli majlis kerajaan tempatan dari Pakatan Rakyat menanganinya secara serius dan professional.
Dalam mesyuarat Ahli MBAS yang diadakan mereka bersetuju dengan sebulat suara supaya tindakan meroboh pusat tersebut dilakukan segera setelah pelbagai faktor dilihat. Sekalipun kewujudan pusat itu telah tidak disenangi oleh kesemua orang Melayu/Islam yang tinggal berhampiran, tetapi ia bukan faktor yang diambilkira oleh MBAS dalam membuat keputusan merobohnya. Ertinya langsung tidak bersabit dengan isu perkauman, tetapi soal perundangan dan peraturan yang tidak dipatuhi oleh pengusaha haram tersebut. Jauh sekali dari bermaksud menafikan hak-hak orang bukan Islam seperti yang ditohmahkan.
ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dan pengusaha haram tersebut telah bertemu Menteri Besar untuk memohon ehsan beliau bagi mengarah penangguhan kerja meroboh. Mereka meminta tempoh sebulan untuk mencari tapak baru (setelah 14 tahun mencari tak jumpa?). Menteri Besar bersetuju.
Selepas habis tempoh sebulan seperti yang diminta oleh pengusaha maka tindakan merobohkan dilakukan pada 1 Julai 2009.
STONE: Untuk ADUN Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik, jangan lah isu BABI ini nak dijadikan isu perkauman. Janganlah cuba untuk menyalahkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ustaz Azizan bersabit dengan kes sekecil ini.
Kenapa begitu lama diperlukan untuk mencari tempat baru? 14 tahun. Kenapa tempat penyembelihan lembu kerbau boleh berpindah dan tidak untuk tempat penyebelihan babi?
Sudah 2 hari terpampang gambar YB dalam setiap berita TV3 dengan bangga YB cuba menyalahkan kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan PAS yang kononnya tidak ada sebarang perubahan dalam memperjuangkan rakyat.
Sebagai wakil rakyat PR, YB tak sepatutnya mewakili satu-satu kaum sahaja. Sebagai wakil rakyat juga YB sepatutnya membuka ruang minda pemikiran YB dengan lebih luas.
Jadilah wakil rakyat untuk semua. Bukan untuk satu-satu kaum sahaja. Dan buka lah minda pemikiran YB seluas-luasnya, bukan pemikiran sempit macam apa yang berlaku sekarang.
03 July 2009
Masalah Babi di Kedah - Janganlah sampai bercerai berai
oleh Aris Awang
Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Secara dasarnya saya menyokong tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar, mengambil tindakan meroboh Pusat Pemotongan Babi tanpa lesen yang beroperasi sejak 30 tahun lalu. (28 tahun 7 bulan di bawah UMNO/BN).
Saya juga menyeru kepada pimpinan DAP Kedah supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Sepatutnya tempoh 30 tahun dan ditambah sebulan lagi yang diberikan oleh MBAS sudah cukup untuk 28 orang peniaga mencadangkan tempat baru operasi Pemotongan Babi secara yang lebih bersih, tersusun dan selesa. Malangnya tiada tindakan dibuat seolah-olah ingin terus kekal disitu walaupun mendapat bantahan bukan sahaja dari masyarakat Islam bahkan dari bukan Islam sendiri yang tidak selesa dengan kekotoran dan pencemaran bau yang berlaku, lebih-lebih lagi dalam situasi wabak Selsema Babi sekarang ini.
Kita sebagai rakyat Malaysia, perlu bertanggung jawab kepada sekitaran dan masyarakat kita tanpa mementingkan diri sendiri. Janganlah isu-isu tidak mengikut peraturan, tidak mematuhi arahan, dilihat oleh rakyat terbanyak kita sebagai parti yang memerintah pula yang melanggarinya. Apakah DAP Kedah jika diizinkan memerintah Kedah atau Negara Malaysia akan mempopularkan pendekatan negeri atau negara tanpa undang-undang? Dengan slogan "Buatlah Apa Sahaja Asal Bahagia".
Sudah tentu tidak dan tidak pernah terlintas pun begitu difikiran DAP Kedah, tetapi jika tindakan untuk keluar Pakatan di Negeri Kedah terus juga dilakukan maka rakyat akan menafsirkan DAP Kedah hanya mahu orang lain yang patuh kepada undang-undang, tetapi tidak kepada dirinya sendiri.Walau bagaimanapun, dalam isu penguatkuasaan selepas ini, pihak berwajib yang mewakili Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah mestilah bertindak dari awal, janganlah membiarkan sesuatu yang melanggar undang sehingga berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun bahkan mungkin berdekad-dekad untuk diambil tindakan.
Contoh mudah: Pembinaan Gerai Haram - Hari pertama gerai haram dibina, petugas MBAS lalu, Ketua Kampung lalu, Penghulu lalu, Exco lalu, Aris Awang lalu, YB Hj Nan lalu.... singgah pulak tu....... tiada apa-apa teguran, tegahan atau notis dikeluarkan. Gerai Haram teruskan operasi masuk seminggu tiada apa-apa juga, diteruskan lagi sehingga sebulan, tiada apa tindakan lagi, masuk tiga bulan perniagaan makin maju, pelanggang makin ramai, tuan punya gerai haram tambah simen, bulan keempat, buat bumbong zink yang asalnya tikar plastik biru/orange. bulan kelima bina dinding bata. Bulan keenam MBAS keluar notis saman gerai haram akan diroboh dalam tempoh 3 hari dari tarikh tertera. Tuan punya telah mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit, walaupun pada mulanya mengetahui tempat yang dibina adalah bukan tapak yang dimilikinya, tetapi akibat tidak ada tindakan pencegahan lebih awal maka tindakan mengikut undang-undang dan peraturan yang terlalu lewat oleh Ketua Kampung, Penghulu, MBAS, YB dan EXCO serta Aris Awang (saya turut terlibat kerana saya PAS, begitu juga ahli PAS yang lain-lain) dilihat sebagai menzalimi rakyat.
Semoga pihak penguatkuasa MBAS, khususnya Setiausaha MBAS tiada mempunyai sebarang niat merosakkan imej kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, dengan sengaja menumpukan kepada kes-kes yang melibatkan sentimen perkauman agar sedikit demi sedikit kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semakin terhakis. Amat malang jika tindakan penguatkuasaan yang kita lakukan bukan untuk mendisplinkan rakyat tetapi untuk memuaskan hasrat dan cita-cita tersembunnyi.
Perbetulkanlah niat kita, kerana manusia sentiasa alpa, marilah bersama-sama kita mendisplinkan diri sendiri dalam sumpah etika kerja sebagai penjawat awam dan seterusnya mendisplinkan rakyat kita dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan masyarakat berbilang kaum dengan mengambil Islam sebagai rujukan utama.Islam menuntut ketegasan - Islam juga menuntut bertimbang rasa.Islam menuntut kesucian persekitaran - Islam juga menuntut kesucian jiwa.
Islam menuntut penghakiman - Islam juga menuntut kebajikan.Islam menuntut kebersihan - Islam juga menuntut nasihat menasihatiRakyat kita mempunyai berbagai pemikiran, layanilah mereka seadanya sebagai rakyat, tegurlah mereka ketika salah, belailah mereka ketika berurusan, dendalah mereka jika tetap degil......Semoga Isu-Isu Islam sebagai rujukan utama yang dinanti-nantikan akan mendominasi Pemerintahan Kita.
Didoakan
Selamat Memerintah Sepenggal Lagi.
01 November 2008
URUSAN DENGAN KERAJAAN KEDAH HANYA 'ATAS MEJA' - malaysiakini
Ditulis oleh Wartawan Buletin
Saturd
ay, 01 November 2008
Kemaman – Semua urusan dengan kerajaan negeri Kedah sekarang hanya dijalankan ‘atas meja’ tidak dilaksanakan secara ‘bawah meja’ sebagaimana yang diamalkan kejaan UMNO/BN.
Saturd
ay, 01 November 2008Kemaman – Semua urusan dengan kerajaan negeri Kedah sekarang hanya dijalankan ‘atas meja’ tidak dilaksanakan secara ‘bawah meja’ sebagaimana yang diamalkan kejaan UMNO/BN.
Menteri Besar Negeri Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak menyatakan ketika berucap dalam majlis Ceramah Perdana Sempenan Ijtima’ Kepimpinan PAS yang diadakan di Mak Chili, dekat sini malam ini.Beliau berkata kerajaan Kedah sudah mengambil tindakan menjalankan penyiasatab keatas dua syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) begeri Kedah yang melakukan tindakan menyalahgunakan kuasa.
Dengan merujuk kepada lapran akhbar perdana hari ini, beliau berkata sebuah syarikat telah membayar sebanyak RM1.825 juta untuk sebuah skrin video yang apabila disemak harga sebenarnya adalah RM1.035 juta Menurutnya kerajaan Kedah telah melaksanakan tender terbuka dalam pengeluaran balak, dimana baru-baru ini, kerajaan memperolehi hasil sebanyak RM16.3 juta dari kawasan balak seluas 1000 hektar.
Katanya sebelum itu, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan, kawasan balak seluas itu hanya memberi hasil sebanyak RM3 juta kepada kerajaan negeri akibat amalan pemberian ‘anugerah’ oleh kerajaan UMNO/BN.Mengulas lanjut tentang dasar-dasar baru kerajaan PAS negeri Kedah, beliau berkata kerajaan Kedah memberhentikan semua projek pembangunan yang dijalankan diatas tanah ‘bendang’. Beliau berkata demikian adalah untuk menjamin kecukupan pengeluaran makanan kepada rakyat negeri Kedah.
Ustaz Azizan juga berterima kasih kepada PAS Terengganu keana banyak memberikan sumbangan kepada PAS negeri Kedah yang membawa kepada kemenangan negeri Kedah pada pilihanraya umum yang lalu.
Beliau berkata kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan Kedah bukan hanya usaha orang Kedah, tetapi sumbangan berterusan dari PAS negeri Terengganu.“Daripada tahun 1999 hingga kepada tahun 2008, Terengganu terus memberi sumbangan kepada negeri Kedah,“Presiden PAS, Pesuruhjaya dan Pemimpin Terengganu datang ke negeri Kedah untuk membantu Kedah mencapai kemenangan,”katanya.Beliau berharap PAS Terengganu akan mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.
Dipetik dari Buletin Online
12 October 2008
ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI KEDAH BELI 70% SAHAM MAS INCORPORATED (PNG) LTD
ALOR ST
AR, 12 Okt (Bernama) -- Kedah Corporation Berhad (KedahCorp), syarikat milik kerajaan Kedah (GLC), menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama mengembangkan pelaburan ke luar negara dengan pembelian 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS).
AR, 12 Okt (Bernama) -- Kedah Corporation Berhad (KedahCorp), syarikat milik kerajaan Kedah (GLC), menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang pertama mengembangkan pelaburan ke luar negara dengan pembelian 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS).Perjanjian pembelian saham itu ditandatangani hari ini oleh Pengarah Urusan Kumpulan KedahCorp Kapt(U)(B) Akashah Ismail dan Pengerusi Eksekutif MAS Incorporated (PNG) Datuk Abdul Manaf Hamid yang juga pemilik syarikat itu.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyaksikan majlis tersebut yang berlangsung di pejabat Menteri Besar di Wisma Darulaman, pusat pentadbiran kerajaan negeri.MAS bertapak dan beribu pejabat di Papua New Guinea (PNG) sejak 15 tahun lepas adalah syarikat milik penuh Bumiputera, berkecimpung dalam bidang pembalakan, perikanan, perladangan, perlombongan dan penternakan.
Azizan bagaimanapun tidak menyatakan nilai pembelian kepentingan dalam MAS tetapi berkata persetujuan dicapai selepas tiga bulan berunding."Kerajaan yakin pelaburan ini menguntungkan dan berharap pembelian ini akan merintis jalan kepada lebih banyak GLC Kedah mengembangkan pelaburan ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Katanya KedahCorp juga masih dalam proses menandatangani memorandum persefahaman bagi menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat dan ladang ternakan di Australia bagi membekalkan lembu dan kambing biri-biri hidup serta daging.
Abdul Manaf berkata industri pertanian khususnya perikanan dan perladangan di PNG berpotensi dimajukan kerana sokongan kerajaan negara itu yang berusaha menarik pelaburan asing.Katanya MAS mendapat hak menebang 200,000 hektar kawasan balak dan membangunkannya semula dengan kelapa sawit, koko atau tanaman lain yang sesuai dengan keadaan tanah.
MAS juga telah menandatangani perjanjian dengan pemilik tanah di satu daerah di PNG bagi memajukan sejumlah tanah mereka menjadi ladang pertanian termasuk 30,000 hektar untuk ditanam dengan padi, katanya.Dalam bidang perikanan, MAS akan terbabit dalam industri itu bagi menangkap ikan tuna di laut di Bunua Magarida di negara itu, katanya.
Beliau menambah syarikatnya juga akan melombong emas di satu kawasan perlombongan di Baina di bahagian tengah PNG seluas kira-kira 15,000 hektar.-- BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)