Showing posts with label AUKU. Show all posts
Showing posts with label AUKU. Show all posts

10 February 2012

Janji Pakatan nak mansuh AUKU sia-sia, mengarut

Dua pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - yang digantung pengajian April tahun lalu - menyifatkan janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya hanyalah "sia-sia dan mengarut".

NONESambil menyatakan kekecewaan terhadap tindakan itu, pelajar Fakulti Usuluddin Mohd Faiz Mohd Arsyad berkata janji yang dinyatakan itu "tidak selaras" dengan tindakan kolej - yang dimiliki kerajaan Pakatan Kedah - menggantung pengajian mereka.

"Pada kami, janji Buku Jingga sia-sia sahaja. Ia tidak selaras dengan Buku Jingga yang hendak hapuskan AUKU dan akta mirip dengannya.

"Tindakan dilihat lebih bersifat mencantas, apabila mereka (mahasiswa) yang ke hadapan, dilarang bersuara dan dinafikan hak itu. Bukan untuk memimpin, rundingan di meja bulat (pun) tidak dibuat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

21 December 2011

Turunkan bendera tindakan tak beradab .... Hantar kek taik beradab sangat kah? ... otak orang UMporNO yang dah lunyai, tak boleh fikir lagi

SAMM PERTAHAN ADAM ADLI

Kenyataan Terbuka
21 Disember 2011

SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.

Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.


Adakah PM beradab?

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli

Lim Hong Siang | Dec 20, 2011 01:50:58 pm

 
Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu?  Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

20 December 2011

"Nak guna akta apa dakwa pelajar turunkan banting (bendera Najib)" - tanya Prof Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan ‘bendera’ berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

17 December 2011

Demo mahasiswa protes AUKU dibantu polis

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Selepas insiden penahanan 15 mahasiswa yang menyertai ‘flash mob’ di KL Sentral Rabu lalu, polis ibu negara hari ini mempamerkan ‘kelainan’ apabila bukan sahaja tidak mengambil tindakan keras, malah membantu kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Anggota polis yang diketuai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, ASP W. Karthik mengawal kelancaran lalu lintas dan kumpulan pelajar tersebut sepanjang demonstrasi mereka. The Malaysian Insider difahamkan, kumpulan mahasiswa itu dibenarkan untuk meneruskan demonstrasi mereka selagi kumpulan itu tidak melibatkan penyertaan mana-mana parti politik dalam demonstrasi hari ini.

05 November 2011

AUKU - UKM4 : Tindakan BN adalah sangat tidak bertanggungjawab. Siapa kerajaan? BN atau Peguam Negara?

Lau Weng San
11:28AM Nov 5, 2011

ULASAN:  Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.

Sekiranya kerajaan BN di bawah Najib menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ia perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.

29 May 2011

KUIN : PR sama saja dengan BN

oleh : Prof Abdul Aziz Bari

Saya mendapat perspektif yang berbeza tentang kes enam pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang diambil tindakan selepas bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin.

Saya tidak tahu kes ini secara terperinci. Apa yang dilaporkan ialah para pelajar itu digantung pengajian dan didenda kerana berdemonstrasi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebut soal-soal teknikal seperti Institusi Pengajian Tinggi ada peraturan dan sebagainya. Ini soal teknikal, soal kecil. Ada gambar besar yang perlu diambilkira; yakni hasrat Pakatan Rakyat yang hendak memperkasa dan membebaskan rakyat.

Kita tidak mahu peraturan digunakan untuk menutup gambar besar tadi. Yakni falsafah pentadbiran secara keseluruhan oleh Pakatan Rakyat.

28 May 2011

KUIN bukan hak PAS, Hadi tak boleh campur - MB

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

24 May 2010

Petisyen bantahan tindakan AUKU terhadap empat mahasiswa

May 24, 2010 — FAKTA KES

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM; Sdr Hilman Idham (Presiden), Sdr Ismail Aminuddin (Naib Presiden), Sdri Azlin Shafina Adzha (Setiausaha Agung) dan Sdr Woon King Chai (Exco) telah ditahan oleh pihak polis pada 22 April 2010, di Pekan Rasa dan Ampang Pecah semasa berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor.

Turut ditahan bersama mereka adalah 3 orang aktivis parti yang turut menaiki kenderaan yang sama (sebuah kereta dan van). Dalam penahanan itu, polis telah merampas beberapa bungkusan risalah kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga CD kempen. Kemudian pada 23hb April 2010, sekitar jam 10 malam, Sdr Hilman Idham telah ditahan sekali lagi oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya. Bersama-sama beliau adalah 4 orang aktivis yang lain. Dalam penahanan ini, polis hanya menjumpai sekeping VCD ceramah parti politik.

Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha untuk membunuh kebebasan mahasiswa. Tindakan ini harus ditentang kerana dengan jelas ianya telah melanggar hak mereka untuk bebas bergerak dan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kepada yang ingin membantah tindakan yang bakal diambil ini, sila klik DI SINI untuk menandatangani petisyen bantahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive