Showing posts with label sukan bermotor. Show all posts
Showing posts with label sukan bermotor. Show all posts

09 January 2014

Michael Schumacher

Forza Michael Schumacher! 

Kebanyakan dari kita masih lagi terkejut dengan berita bahawa juara 7 kali Formula 1, Michael Schumacher mengalami kecederaan serius di kepala setelah satu kemalangan bermain ski pada 29 Disember tahun lepas. Doktor telah meletakkan beliau di dalam keadaan koma untuk meningkatkan peluang untuk hidup.

Dengan 91 kemenangan di dalam Formula 1, Schumi telah melakar nama sebagai salah satu lagenda bidang lumba permotoran dan menjadi piawaian yang mesti di atasi oleh para pelumba lain. Kini beliau melakar nama sebagai aktivis kemanusiaan dengan memperjuangkan isu-isu kemiskinan, perhambaan kanak-kanak dan keselamatan jalan raya. Malah penglibatan beliau sebagai duta UNICEF telah menggalakkan penyertaan lebih ramai personaliti dan selebriti sekaligus meningkatkan profail usaha-usaha kemanusiaan PBB.

Schumi juga sebenarnya dekat dengan Malaysia dan Asia Tenggara secara amnya. Beliau sememangnya tertarik dengan keindahan dan hospitaliti Langkawi dan kerap bercuti ke sana. Beliau pernah menyumbang sehingga 10 juta dolar untuk tabung tsunami Asia, satu jumlah yang lebih besar dari kebanyakan sumbangan yang dibuat oleh negara-negara penyumbang.

Persona profesional Schumi menampilkan watak yang serius dan kompetitif namun bagi yang mengenali beliau secara dekat, Schumi adalah seorang suami dan ayah yang penyayang yang gemar bergurau dan berkelakar, sifat yang kadangkala dipersaksikan kepada masyarakat awam. Peminat beliau pastinya masih ingat gurauan beliau yang muncul sebagai The Stig, pemandu handalan misterius di dalam rancangan automotif BBC, Top Gear. Beliau juga pernah muncul sebagai watak kereta Ferrari di dalam filem animasi Cars terbitan Disney-Pixar.

Adalah sesuatu yang ironi untuk mendapati Schumi di dalam keadaan parah setelah kemalangan di lapangan ski meskipun beliau saban minggu mempertaruhkan nyawa di sirkit perlumbaan. Mungkin ianya adalah satu peringatan dari Allah swt kepada kita semua bahawa ketentuan ajal maut adalah sesuatu yang tidak dapat dijangka dan menjadi kemestian untuk kita lebih menghargai amanah kehidupan.

Semoga Schumi segera sembuh dan boleh terus berlumba di dalam menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Forza Michael Schumacher!

Dari peminat anda di Malaysia,

Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, 
Naib Ketua Pemuda DPPM

sumber

24 July 2011

YB Dr Hamdan (Exco Kedah) di Cub Prix Petronas Alor Setar

Sam Hogg, Pengarah Urusan Two Wheel Motor Racing, Tn Haji Sobri Abu Bakar Pengurus Besar Bhg Perniagaan Minyak Pelincir Petronas Dagangan Bhd dan YB Dr Hamdan di gerai cenderahati PETRONAS

Exco Belia dan Sukan, Kesenian,Warisan dan Kebudayaan Kedah, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib bersama-sama rakyat sekitar Alor Setar telah meluangkan masa di acara PETRONAS Cub Prix pusingan ke 6 di perkarangan stadium Darulaman, Alor Setar, pada Sabtu

PETRONAS Cub Prix yang di adakan di Kedah adalah pusingan ke 6 dari 10 siri perlumbaan yang telah dan akan diadakan di seluruh semenanjung. Ini adalah tahun ke 3 PETRONAS CubPrix diadakan di Kedah sejak 2009.  Cub Prix TIDAK DIBENARKAN diadakan di sini ketika BN memerintah.

Pusinggan ke 7 akan diadakan di perkarangan stadium Kluang, Johor selepas Hari Raya nanti.

21 March 2010

YB-YB PAS di Cub Prix Alor Setar

YB Dr Haji Hamdan, YB Johari, Sam Hong bersama-sama pegawai-pegawai dari Majlis Sukan Negeri Kedah dan Kelab Motor Kedah bergambar selepas upacara penyampaian hadiah.
Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan Kebudayaan Kedah, YB Dr Haji Hamdan bin Mohamed Khalib, ADUN Tg Dawai sebagai mewakili YAB Menteri Besar Kedah telah sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama di hari terakhir Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang telah diadakan selama 2 hari (Jumaat dan Sabtu) di perkarangan Stadium Alor Setar. Turut bersama YB Dr Haji Hamdan ialah Naib Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah, YB Johari Abdullah yang juga ADUN Kupang.
Sam Hogg sedang memberi penerangan kepada YB Johari mengenai sebuah motosikal lumba dari pasukan PETRONAS Raceline

Ini merupakan tahun kedua Cub Prix PETRONAS dibawa ke negeri Kedah sejak ianya diadakan dibawah tajaan PETRONAS sejak 6 tahun lalu. Acara sukan cub prix ini tidak dibenarkan untuk diadakan di Kedah ketika Kedah di bawah pemerintahan BN dahulu.
YB Johari bersama Pengurus pasukan PETRONAS Ah Hong
Sejak dari awal pagi lagi peminat-peminat cub prix telah berpusu-pusu membanjiri kawasan-kawasan disekitar stadium untuk menaksikan secara dekat aksi pelumba-pelumba tempatan bersaing untuk merebut kejuaraan pusingan pertama ini.
YB Dr Haji Hamdan bersama Sam Hogg dan Pengurus pasukan Shell

Pusingan kedua akan diadakan di perkarangan stadium Kluang pada 17 dan 18 April nanti.
Lagi gambar-gambar aksi menarik Cub Prix Alor Setar di sini

19 March 2010

Kerajaan Negeri terlibat dalam Cub Prix PETRONAS di Alor Setar

Gerai kerajaan negeri
Untuk tahun yang kedua, Cub Prix PETRONAS telah di adakan di negeri Kedah. Acara yang akan berlangsung selama 2 hari, mulai hari ini, Jumaat sehingga esok (Sabtu) mulai jam 10 pagi hingga 6 ptg. Terima kasih kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan.
Promoter PETRONAS

Untuk pengetahun semua, Cub Prix PETRONAS tidak dibenarkan masuk ke Kedah ketika pemerintahan BN dahulu. tetapi syukur alhamdullillah, PETRONAS dapat membawa sukan bermotor yang satu-satu nya di dunia ini (tiada negara lain di dunia yang menganjurkan Cub Prix) dan yang mempunyai pengikut remaja yang paling tinggi ke negeri Kedah setelah PR memerintah.

Promoter MODENAS


Begitu juga dengan sebuah lagi negeri PR iaitu Pulau Pinang. Kalau dulu, Cub Prix Pulau Pinang hanya diadakan di perkarangan tempat letak kereta stadium Batu Kawan, tapi pada tahun lepas (2009). atas permintaan YAB LGE sendiri, satu lagi pusingan Cub Prix selepas Batu Kawan telah diadakan di sekitar Padang Kota Lama pada Dec lalu. Ini bermakna 2 pusingan Cub Prix telah diadakan di Pulau Pinang tahun lalu. Begitu juga pada tahun ini, Cub Prix PETRONAS akan di adakan sebanyak 2 pusingan di Pulau Pinang, di Batu Kawan dan juga Padang Kota Lama.

Sekitar 100 ribu penonton telah membanjiri Padang Kota Lama pada tahun lepas. Sambutan yang cukup2 membanggakan.

Cub Prix PETRONAS juga pernah ke Kelantan pada 2007 dan 2008. Tetapi disebabkan tiada lagi lokasi yang sesuai untuk dijadikan litar, maka terpaksa ianya dihentikan buat sementara.

Dan itu lah pertama kali saya dapat bertemu TGNA secara berhadapan, bersolat magrib diimamkan TGNA seterusnya makan malam bersama di rumah rasmi beliau di KB.

Jadi jangan lupa orang Alor Star dan sekitarnya, mai ramai-ramai esok mulai jam 9.00 pagi hingga 6.00 ptg ... Final. ... Jumpa di sana

22 March 2009

MB Kedah di Cubprix PETRONAS - malaysiakini

Buat pertama kali nya, setelah menunggu selama 6 tahun, akhirnya PETRONAS Cubprix telah memasuki Kedah. Pusingan pertama kejohanan 10 pusingan itu telah diadakan dengan jaya nya di perkarangan stadium negeri pada hari Jumaat dan Sabtu lepas.
Apa yang menarik disini ialah kesudian YAB Ustaz Azizan untuk turut serta menyaksikan perlumbaan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
(Maaf ada masalah teknikal sikit, tak dapat nak upload gambar).
Saya difahamkan, pihak penganjur bersama penaja utama PETRONAS telah beberapa kali memohon kepada kerajaan negeri sebelum ini untuk menganjurkan acara cubprix ini tapi di tolak mentah-mentah. Tapi apabila kerajaan negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PAS), siri kejohanan 10 pusingan ini telah dapat di adakan begitu baik sekali.
Kini Kedah menyertai kesemua 4 negeri Pakatan Rakyat yang menganjurkan kejohanan Cubprix PETRONAS 2009, selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Saya juga di fahamkan KM Pulau Pinang, YAB LGE telah meminta agar pihak penganjur cubprix Malaysia (SAM) memikirkan untuk menukar litar cubprix di Pulau Pinang dari Stadium Negeri Batu Kawan ke Padang Kota (Esplanade). Keputusan nya belum dapat di pastikan lagi.
Terima Kasih YAB Ustaz Azizan/kerajaan negeri Kedah dan kesemua negeri Pakatan Rakyat yang telah dapat sama-sama memahami kehendak anak-anak muda kini dalam menganjurkan lumba "halal" ini.
(Insyaallah gambar-gambar akan diuploadkan kemudian ....)
Nota: Muzium Negeri Kedah kini sedang mengadakan Pameran Sejarah Pemotoran di Malaysia selama 3 bulan bermula 17hb Mac yang lalu)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive