01 November 2008

URUSAN DENGAN KERAJAAN KEDAH HANYA 'ATAS MEJA' - malaysiakini

Ditulis oleh Wartawan Buletin
Saturday, 01 November 2008
Kemaman – Semua urusan dengan kerajaan negeri Kedah sekarang hanya dijalankan ‘atas meja’ tidak dilaksanakan secara ‘bawah meja’ sebagaimana yang diamalkan kejaan UMNO/BN.
Menteri Besar Negeri Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak menyatakan ketika berucap dalam majlis Ceramah Perdana Sempenan Ijtima’ Kepimpinan PAS yang diadakan di Mak Chili, dekat sini malam ini.Beliau berkata kerajaan Kedah sudah mengambil tindakan menjalankan penyiasatab keatas dua syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) begeri Kedah yang melakukan tindakan menyalahgunakan kuasa.
Dengan merujuk kepada lapran akhbar perdana hari ini, beliau berkata sebuah syarikat telah membayar sebanyak RM1.825 juta untuk sebuah skrin video yang apabila disemak harga sebenarnya adalah RM1.035 juta Menurutnya kerajaan Kedah telah melaksanakan tender terbuka dalam pengeluaran balak, dimana baru-baru ini, kerajaan memperolehi hasil sebanyak RM16.3 juta dari kawasan balak seluas 1000 hektar.
Katanya sebelum itu, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan, kawasan balak seluas itu hanya memberi hasil sebanyak RM3 juta kepada kerajaan negeri akibat amalan pemberian ‘anugerah’ oleh kerajaan UMNO/BN.Mengulas lanjut tentang dasar-dasar baru kerajaan PAS negeri Kedah, beliau berkata kerajaan Kedah memberhentikan semua projek pembangunan yang dijalankan diatas tanah ‘bendang’. Beliau berkata demikian adalah untuk menjamin kecukupan pengeluaran makanan kepada rakyat negeri Kedah.
Ustaz Azizan juga berterima kasih kepada PAS Terengganu keana banyak memberikan sumbangan kepada PAS negeri Kedah yang membawa kepada kemenangan negeri Kedah pada pilihanraya umum yang lalu.
Beliau berkata kemenangan yang diperolehi oleh kerajaan Kedah bukan hanya usaha orang Kedah, tetapi sumbangan berterusan dari PAS negeri Terengganu.“Daripada tahun 1999 hingga kepada tahun 2008, Terengganu terus memberi sumbangan kepada negeri Kedah,“Presiden PAS, Pesuruhjaya dan Pemimpin Terengganu datang ke negeri Kedah untuk membantu Kedah mencapai kemenangan,”katanya.Beliau berharap PAS Terengganu akan mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Dipetik dari Buletin Online

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive