05 April 2009

Bila umNO BN Tulis Jawi ... Lawak2 ... kah kah kah


Bila UMNO tulis jawi... Kenapa tajuk ini begitu indah untuk didengar. Lihatlah gambar di atas kerana ia boleh menjawabnya. Paling ketara ejaan AMALAN. Ni baru satu belum yang lain lagi. Saya tambah lagi satu MALAYSIA. Buka kamus, betulke ejaantu?

Ni baru dari segi ejaan sudah menunjukkan kedaifan mereka, macamanalah nak mentadbir negara ini?. Dalam hati ini berkata sudah tiadakah ilmuan Islam di dalam UMNO yang boleh mengejanya dengan betul? Inilah padahnya kesan dari penghapusan tulisan jawi yang dilakukan oleh UMNO dulu.

Kesannya sekarang kita nampak jelas betapa Melayu telah hilang JAWINYA. MELAYU TELAH HILANG AKHBAR JAWINYA! Puncanya...UMNO! Perkara inilah yang diperjuangkan oleh cendekiawan bahasa kita melalui perhimpunan 100 ribu PPSMI.

Kita tidak mahu BAHASA MELAYU jadi seperti TULISAN JAWI. Wahai BANGSA MELAYU di BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU renung dan fikir2kanlah.....BILA UMNO belajar TULIS JAWI....?

nukilan : ANAK KOMANDO REJIMEN 1*

p/s - keh keh keh keh...amno amno..pertubuhan kebangsaan melayu bersatu...hmmmm, macam nama sekolah kebangsaan pulak dahh...pelik,pelik hangpa nih...kononnya nak tarik perhatian pengundi melayu la dengan tulisan jawi ala-ala ano tuu..??? boleh melingkup la hangpaaa....reti ka budak-budak petugas hangpa baca tu..?? bunyi apa camtu..??? hahahahahaha...anak menakan aku pi tadika belajaq mengeja jawi dengan qiraati pun tak terok cam hangpaaa....cehhhh...Ahakksss......

2 comments:

Ainur68 said...

Tulah pasal...letih mulut bagi tau sebab dan akibat PPSMI. Ini adalah satu contoh apa UMNO dah buat kat orang Melayu. Belum bab peribahasa Melayu yang ramai budak2 muda hari ni tak pandai gunakan. Hari ni mungkin tak nampak hasil PPSMI, cuba tengok lagi 4,5 tahun....budak2 Melayu gagal bahasa Melayu!

Melayu Jawi said...

Inilah yg di katakan sbagai kosmetik penerapan nilai Islam. Terap macam mana? Jawi pun UMNO tendang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive