Saudara YB Mujahid
Saya amat terharu membaca tulisan saudara (DISINI) malah tanpa saya sedari air mata menitis keriba. Air mata tanda kesyukuran dan bukan kerana kesedihan semata-mata. Air mata kerana gembira yang teramat sekali bahawa the vast majority of our Chinese and Indian brethrens kini sudah menginsafi dan menyedari betapa ikhlasnya PAS.
Air mata juga kerana kesedihan apabila mengimbas kembali the abuse of trust oleh parti-parti BN yang sekian lama memesongkan fikiran orang bukan Melayu dan mengiakan secara bisu dan tuli keperluan dan hak asas kaum India dan Cina yang diabaikan serta dibelakangkan oleh parti-parti komponen BN seperti MIC, MCA, Gerakan, PPP yang hanya mementing diri dan keluarga masing-masing.
Bagi saya sendiri yang dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan, saya tidak pernah sangsi terhadap keikhlasan PAS kerana saya di antara orang India yang telah melihat dengan mata dan hati sendiri betapa adil PAS terhadap semua kaum di Kelantan. Malah, hari ini kuil Hindu yang dulunya terletak dipinggir Kota Baru sudah dipindahkan dan berdiri segar dan tersergam ditengah-tengah ibu kota Kelantan Darul Naim.
Orang lain roboh kuil, PAS memudahkan pembinaan kuil!!! Itu diantara bukti yang ketara. Saya ingin mencadangkan agar PAS terus menggalak penubuhan Kelab Penyokong PAS secara besar-besaran dan laman web rasmi PAS harus memaklumkan bagaimana hendak menyertai/menubuhkan kelab tersebut di kawasan masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat YB dan untuk semua Rakyat Malaysia yang insaf lagi bersyukur pada "PAS for ALL."
Komen dari Ipohfolk
YB, kolongan Cina sering ditakuti oleh MCA bahawa Pas tu anti Cina, saya sendiri shj sebelum PRU 2008 sangat takut pada Pas, tetapi bukan sekarang lagi. Umno folks telah memburukan Islam sampai org bukan Islam takut pada Islam/Pas. MB Niza telah mencipta sejarah dan bisa memutarkan suasana sampai kita mencintai PAS. HIDUP PAS !! HIDUP MB NIZA!! HIDUP PR!!
Komen dari Suresh
YB, Sokongan orang India dan Cina terhadap PAS pada mulanya adalah kerana mereka kecewa dengan MIC, MCA dan parti-parti lain BN yang gagal memperjuangkan hak pelbagai kaum malah pemimpin parti-parti komponen BN hanya memperjuangkan kepentingan mereka sendiri dan sanak saudara mereka sahaja.
Namun demikian, hari ini, sokongan yang pada mulanya terbit dari perasaan kecewa terhadap parti-parti komponen BN, kini sudah menjadi satu sokongan yang padu lagi mengegarkan.
Pada PRU 2008, seorang gadis India bertanding atas tiket PAS!!!! That speaks volumes!!!! Makin hari makin kuat dan padu sokongan orang Cina dan India terhadap PAS dan juga PR kerana mereka begitu dahagakan kejujuran, keihklasan, keadilan serta hak asasi yang telah dicabul oleh MIC, MCA, Gerakan dll parti komponen BN.
Nasi sudah menjadi bubur!!!! Tiada langkah kebelakang lagi......jom kita melangkah kehadapan berpaksikan bendera PAS dan PR bukan sahaja di tangan tapi dihati, dinaluri, disanubari, dijiwa ....secara seiring sejiwa....hidup PAS!!! hidup PAS!!! hidup PAS!!! Hidup PR!!! Hidup PR!!! Hidup PR!!!
No comments:
Post a Comment