KUALA LUMPUR, 11 Mei (SK) : Keputusan Mahkamah hari ini telah mengesahkan bahawa Mohammed Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sah Perak.
Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim juga mengarahkan supaya beliau membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak serta mengarahkan Dr Zambry Abdul Kadir, enam exco beliau mengosongkan jawatan mereka.
Dalam sidang akhabr beliau sejurus selepas keputusan mahkamah petang tadi, Nizar mengumumkan bahawa hari ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat Perak.
Hakim Abdul Azizi disifatkan sebagai hakim yang berani dan bersemangat yang membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya hari ini.
Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.
“Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahtraan negeri dan rakyat Perak,” kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.
Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-
1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.
2) Mohon Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperi yang diarahkan mahkamah hari ini.
3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.
4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.
5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009.
No comments:
Post a Comment