24 August 2009

PAS dahului UMNO Najib Altantuya di Pmtg Pasir

PERMATANG PASIR: Dalam permainan simbol kempen pilihanraya kecil DUN Pmtg Pasir, PAS dilihat sudah pun jauh mengatasi Umno dari segi calon yang dikemukakan.
Calon PAS seorang yang berpendidikan agama dan tidak memiliki bagasi peribadi yang boleh dipertikaikan. Calon BN pula menjadi perhatian sejak hari pertama penamaan calon ekoran rekod peribadi melibatkan kerjayanya sebagai peguam.
Isu masalah peribadi Rohaizat Othman mendominasi tiga sidang media harian pertama PAS, dengan sebuah lagi sidang media dadakan di sebuah tempat lain oleh bekas rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak, untuk menafikan tuduhan-tuduhan pemimpin BN terhadap beliau.
Daripada apa yang muncul dalam media proparti pemerintah pada hari hari awal kempen, BN kelihatan terpaksa menjadi defensif dan tidak mampu mengalih perhatian daripada peribadi calon mereka. Dalam hal ini, UMNO dilihat terpaksa mengikut rentak kempen PAS.
Masalah peribadi calon yang besar itu juga telah mengundang spekulasi sabotaj dalaman parti Umno, sebagai usaha menjejaskan kempen dan pemimpin-pemimpin tertentu. Umno dijangka berdepan pergeseran dalaman ekoran tindakan meletak calon bermasalah ini.
Media pro Umno juga cuba menjadikan kempen PAS itu sebagai sesuatu yang negatif apabila mengaitkan dengan bulan Ramadan, dengan menunjukkan bahawa PAS akan terus menyerang peribadi calon dalam bulan yang mulia bagi umat Islam itu.
Apa pun yang cuba dikemukakan oleh Umno hakikat bahawa parti itu telah memilih seorang yang bermasalah dalam pilihan raya ini mengundang persoalan besar dan berpotensi membawa masalah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zahid Hamidi dan TPM Muhyiddin Yassin.
Zahid yang juga Menteri Pertahanan pada masa yang sama terpalit dengan kontroversi pertemuannya dengan seorang pemimpin Zionis Israel, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak. Muhyiddin pula menjadi sasaran pembangkang dalam isu PPSMI.
Satu demonstratasi telah diadakan di sebuah masjid di Tanah Liat di sini sebagai menyatakan bantahan pertemuan Zahid dengan menteri Zionis itu.
PAS walau bagaimanapun telah menyedari tumpuan yang banyak diberikan pada peribadi calon BN dan mula menerangkan program=program yang bakal dibawa oleh Mohd Salleh Man sekiranya memenangi DUN Permatang Pasir dalam undian pada 25 Ogos nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive