Terlebih dulu takziah saya ucapkan buat keluarga Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.30 mlm tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya ... Amin
Dr Zainal, telah memenangi PRU 12 yang lalu atas tiket PKR dengan mengalahkan calon BN (MIC), P Palanivel dengan majoriti tipis dengan hanya 198 undi. Baik Najib maupun SPR tidak dapat mengelak lagi. PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Kalau 3-4 hari lalu, ADUN Titi Tinggi Perlis Yip Sun Onn yang kononnya telah meletak jawatan telah membuatkan Najib dan kerabatnya dalam BN telah kecut teloq, sehingga membuatkan mereka terpaksa merayu agar Yip menarik balik perletakan jawatan tersebut. Dan dikhabarkan, ADUN tersebut telah pun menarik balik hasrat perletakan jawatannya, dengan hanya menghantar SMS kepada Speaker DUN Perlis Yazid Mat. ... boleh ka macam tu?
Yang pastinya, ianya sudah pastilah dapat diterima kerana Yip adalah wakil rakyat dari kaum kerabat BN. Dan Speaker pun telah menyatakan “Beliau masih merupakan Adun Titi Tinggi. Anda tidak perlu risau mengenainya,” kata nya ...
Sebab apa? Sebab puak-puak ni memang seboleh-bolehnya cuba untuk mengelak dari menghadapai sebarang PRK dalam suasana politik sekarang ini yang tidak lagi memihak kepada mereka.
Tapi kini Najib BN tak dapat mengelak lagi. PRK mesti diadakan. Speaker mahupun SPR tidak punya sebarang alasan untuk tidak mengadakan PRK di Parlimen Ulu Selangor ini.
Najib tak dapat tidor lena malam ini ... kah kah kah
1 comment:
Looks like a good opportunity to test Zaid and PKR's acceptance by the rakyat. Even though the voter profile by race appears intimidating, it is actually more of an advantage to a Malay PKR candidate than to an UMNO candidate. While the UMNO candidate can reasonably expectt the majority of malays to provide its backing plus the indian vote (MIC has been working hard in this area ever since the late MP was sick), Zaid in PKR need only secure 40% of the malay and Indian votes in order to romp home victorious. The reason is simply that PKR can expect 80%+ support from the chinese which constitute 26.7% of the voters (with MCA too busy infighting and Gerakan redundant). See the Bukit Gantang or more precisely the Kuala Sepetang voting results. PKR should not put an Indian candidate since the Indian voting pattern is now dicey, uncertain, and unpredictable.
Post a Comment