27 April 2010

Pimpinan Pakatan : Jangan ambil mudah kenyataan KJ

Pimpinan Pakatan Rakyat, jangan ambil mudah kenyataan KJ ni. Sesuatu harus dilakukan . . .

Khairy: Undi golongan muda mula beralih kepada BN
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 27 April — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, golongan muda yang didapati memihak Pakatan Rakyat dua tahun lalu mula mengalihkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

“Berdasarkan data pengundian mengikut pecahan saluran, terdapat satu perkembangan di mana undi golongan muda secara keseluruhannya mula berpindah kepada BN.

“Selaku Pengerusi Pemuda BN, saya cukup gembira dengan perkembangan ini, apatah lagi peningkatan undi muda kepada BN menjadi KPI kepada Pemuda,” kata beliau dalam tulisan blognya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata, pihaknya mendapati satu perkembangan yang positif ekoran peralihan bersih pengundi muda menyokong BN di Hulu Selangor kelmarin.

Kata beliau, BN hanya mampu menang di 11 saluran pengundi muda dua tahun lalu tetapi ia meningkat kepada 34 pada pilihan raya kecil ini.

Daripada 64,500 pengundi di Hulu Selangor kira-kira 40 peratus merupakan golongan muda.

“Tetapi pada pilihan raya kecil kali ini, BN menang di 30 saluran pengundi muda dan PKR, 23,” kata beliau.

“Apapun, yang menarik — dan barangkali juga merisaukan — mengenai pola pengundian di kalangan golongan muda Hulu Selangor adalah ia banyak mencerminkan corak pengundian umum tanpa mengira faktor umur, di mana wujud trend pengundian berlandaskan kaum,” katanya.

Jamaluddin juga menambah, BN berjaya memperoleh kejayaan di saluran muda di kawasan majoriti Melayu dan India.

“Tetapi di kawasan majoriti Cina, kita melihat undi golongan muda tidak berpihak kepada BN, malah lebih merosot.

“Contohnya, di Kampung Baharu Kalumpang perbezaan undi saluran muda untuk PKR dan BN bertambah sebanyak 130 undi berpihak kepada PKR berbanding PRU-12, manakala di Kampung Baru Rasa pula sebanyak 241 undi,” katanya.

Jelas beliau ia menggambarkan satu kemerosotan dalam tahap sokongan golongan muda kaum Cina terhadap BN — mungkin lebih ketara dari pengundi Cina yang lebih berumur.

“Sebagai seorang yang meletakkan Pemuda BN serta pendekatan progresif sebagai keutamaan, perkembangan ini menjadi peringatan betapa kita masih perlu berusaha keras bagi menghadapi isu segmen khusus pengundi ini,” kata beliau

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive