18 May 2010

Judi Bolasepak terus dibantah


JIM P.Pinang kesal pemberian lessen perjudian bola sepak piala dunia

May 18, 2010PULAU PINANG, 18 Mei — Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya Mohd Taufek Abdul Rahman berkata JIM bimbang aktiviti perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang telah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

“Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti ah long akan berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan judi bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. — Bernama


STONE: Bapa Judi terus berdiam diri walau sana sini rakyat terus mempertikaikan pengeluaran lesen tersebut. Pada Haramjadah ni, "apa korang boleh buat pada aku, aku berkuasa 1Malaysia ... Aku ada Ketua Polis, Ketua Hakim, bla bla bla........semua bekerja untuk aku. Korang boleh buat bising saja la ... demo sana demo sini ... itu saja ..."

Bukan rakyat yang diutamakan tapi Vincent Tan yang diutamakan ... Haramjadah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive