KUALA LUMPUR: Kim Quek atau nama sebenarnya Yong Thye Chong, pengarang buku "The March to Putrajaya" mendakwa pihak berkuasa tidak mempunyai alasan untuk merampas penjualan bukunya di kedai-kedai buku di beberapa tempat di negara ini.
"Pada 19 Ogos lalu, beberapa anggota polis bertindak merampas buku saya tanpa alasan atau peringatan awal sebelum melancarkan operasi ini," katanya dalam satu sidang media di sini semalam.
Menurut beliau, setelah disiasat dengan Bahagian Teks Al Quran dan Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), setiausahanya Zaitun Said berkata, kementeriannya tidak bertanggungjawab dengan rampasan buku itu.
"Mungkin pihak polis yang mengambil buku-buku itu, bukan kami," kata Zaitun, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini pada 21 Ogos lalu.
Kim Quek berkata, beliau tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Zaitun kerana Polis Diraja Malaysia termasuk di bawah bidang kuasa KDN dan menterinya bertanggungjawab kepada kabinet, parlimen dan rakyat atas apa-apa tindakan polis.
Justeru itu, beliau menggesa menteri berkenaan Hishammuddin Tun Hussein memberi penjelasan mengenai siapakah sebenarnya yang terlibat dalam rampasan buku tersebut dan kenapa.
Buku itu merupakan koleksi artikel-artikelnya yang telah pun diterbitkan oleh akhbar Suara Keadilan, portal berita Malaysiakini, Malaysia Today dan beberapa portal berita yang lain.
Menurut beliau, buku-bukunya telah dirampas di beberapa buah kedai buku di Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Selangor dan Johor bulan ini tanpa sebab. - FMT

No comments:
Post a Comment