KUANTAN, 15 Sept — Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.
Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.
Beliau berkata Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dahulu.
“Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.
Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.
Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.
Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terlibat dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua,” katanya.
Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.
Ramlah berkata ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.
“Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini,” katanya.
Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya.
Kamaruddin bersama jutawan kosmetik Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas selepas pergi ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Ahad lepas, polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting. — Bernama

No comments:
Post a Comment