22 October 2010

"Tunang tidak hiraukan saya lagi - Rozaliya

KEMAMAN – Bakal pengantin yang ditemui semula selepas hilang pada 13 Oktober lalu, Rozaliya Mat Lazim mendakwa beliau melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana tertekan dengan sikap tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor, yang tidak mengendahkannya.

Menurut beliau, pada pertemuan terakhirnya dengan Mohd. Helmi, 24, pada 13 Oktober lalu, dia dan tunangnya itu bertengkar di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke Kuantan untuk membeli barang keperluan perkahwinan.

Cerita Rozaliya, 20, punca mereka bergaduh adalah kerana mereka tidak dapat memutuskan siapa yang harus membeli barangan keperluan perkahwinan.

“Tiba di Kuantan, dia tinggalkan saya bersendirian di sebuah kedai dan kemudian saya mengeluarkan wang daripada mesin ATM sebuah bank berjumlah RM1,300 untuk membeli barang kahwin.

“Tiba-tiba ada dua lelaki mengekori saya dan sebab takut, saya terus hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Helmi meminta bantuan,” cerita Rozaliya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Ceneh Baru di sini semalam.

Rozaliya mendakwa, walaupun dia menghantar SMS, Helmi langsung tidak mengambil berat tentang keselamatannya.

Beberapa minit kemudian, dakwa Rozaliya, dua lelaki yang mengekorinya telah merampas wang yang baru dikeluarkannya itu sebelum dia sempat memasukkannya ke dalam beg. - Kosmo

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive