29 November 2010

Isu TV berbayar YTL : Kelihatan janggal apabila Najib ingin bertemu telco

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan ketua-ketua syarikat telekomunikasi hari ini berhubung isu dakwaan YTL Communications Sdn Bhd mendapat spektrum 700MHz akan turut dihadiri Datuk Seri Dr Rais Yatim dan ketua pengawal selia Tan Sri Khalid Ramli.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang diketuai Khalid muncul dengan kenyataan lewat petang semalam untuk menjelaskan YTL Communications hanya memperoleh lesen individu penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan (CASP) untuk menyediakan langganan berasaskan perkhidmatan Televisyen Protokol Internet (IPTV) yang menggunakan rangkaian WiMax 2.3GHz mereka untuk tempoh lima tahun.

Pengarah Eksekutif YTL Communications Datuk Yeoh Seok Hong memberitahu The Malaysian Insider minggu lalu, ia akan mengendalikan perkhidmatan pada jalur 700MHz, yang menurut laporan The Straits Times, ia menggemparkan kalangan ketua-ketua syarikat telekomunikasi tempatan.

“Menteri (Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dan pengerusi SKMM akan menyertai mesyuarat (hari) ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider beberapa jam sebelum SKMM mengeluarkan kenyataannya.

Difahamkan pegawai-pegawai syarikat telekomunikasi yang akan menghadiri mesyuarat hari ini menyediakan hujah masing-masing mengenai peruntukan spektrum dan bagaimana mereka harus menilainya, bukannya oleh SKMM sendiri.

Pemerhati-pemerhati industri berkata penafian SKMM semalam bermakna perdana menteri tidak perlu menemui ketua-ketua telekomunikasi mengenai isu berkenaan.

“(Oleh itu) kelihatan janggal bagi mereka apabila perdana menteri bertemu dengan mereka (syarikat-syarikat telekomunikasi) dan melahirkan bantahan berhubung spektrum YTL selepas SKMM mengatakan ia tidak pernah memberikan tugasan spektrum (yang dimaksudkan) itu,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, SKMM menjelaskan bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL Communications untuk menawarkan siaran televisyen berbayar menggunakan 700MHz sebagaimana yang dilaporkan beberapa media.

SKMM berkata lesen operasi yang diberikan kepada YTL pada 30 Ogos lepas adalah lesen individu bagi CASP untuk membekalkan perkhidmatan langganan IPTV menggunakan 2.3GHz WiMax milik syarikat berkenaan.

“SKMM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada tugasan spektrum diberi kepada YTL dalam jalur spektrum 700MHz bagi siaran TV berbayar, jadi beberapa

Rais Yatim.laporan dan komen berhubung pemberian spektrum itu adalah tidak tepat,” kata kenyataan itu.

Menurutnya beberapa media membuat laporan serta komen sejak beberapa bulan lepas kononnya spektrum 700MHz akan diberikan kepada YTL bagi melaksanakan perkhidmatan televisyen hibrid yang dirancang hujung tahun depan, dan ia juga

boleh digunakan untuk meluaskan perkhidmatan jalur lebarnya.

“SKMM juga ingin menjelaskan bahawa ia sedang mengkaji satu pelan perniagaan terperinci yang dikemukakan oleh YTL untuk pelaksanaan siaran tv digital

berbayar, dan bukan perkhidmatan mudah alih 4G sebagaimana yang dilaporkan sesetengah media,” menurutnya.

SKMM berkata di bawah Rancangan Spektrum Nasional Malaysia, jalur spektrum 700MHz hanya khusus kepada perkhidmatan penyiaran, dan bukannya bagi “Long-Term

Evolution” (LTE) atau perkhidmatan mudah alih 4G.

“Pemilikan semua jalur spektrum masih kekal dengan kerajaan Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Yeoh berkata, YTL Communications, yang melancarkan perkhidmatan YES 4G WiMAX seminggu lalu telah memohon untuk mendapatkan spektrum 700MHz daripada SKMM bagi mengadakan perkhidmatan televisyen berbayar dengan kerjasama Sezmi Corporation dari Amerika Syarikat.

“Kami memperoleh spektrum ini sebab kami mahu memperkenalkannya dengan cepat berbanding rancangan pendigitalan perkhidmatan televisyen oleh SKMM menjelang Disember 2015,” katanya.

“Tetapi mereka boleh mengeluarkan kami daripada spektrum kemudian sebaik sahaja pendigitalan penuh, yang percuma sehingga 300MHz antara spektrum 400MHz dan 700MHz,” kata Yeoh.

Bagaimanapun kenyataan terbaru SKMM semalam bercanggah dengan versi pengarah eksekutif YTL Communications, yang mana spektrum itu akan digunakan bagi perkhidmatan televisyen hibrid.

Katanya, spektrum yang diberikan akan membolehkan syarikatnya menawarkan lebih banyak saluran dan bersaing dengan Astro yang kini menawarkan 119 saluran termasuk saluran definisi tinggi. Astro yang memulakan perkhidmatan pada 1996 mempunyai lesen eksklusif selama 17 tahun.

“Persaingan seharusnya digalakkan dan kami membawa satu alternatif kepada pasaran,” kata Yeoh sambil menambah, YES sudah pun memulakan operasi 4G WiMAX menerusi spektrum jalur lebar tanpa wayar 2.3GHz.

Sebelum ini, SKMM pernah mengatakan bahawa Malaysia telah memutuskan untuk memperuntukkan gelombang 700MHz iaitu 710 hingga 790MHz untuk tujuan siaran digital.

Satu lagi penyedia WiMAX ialah P1 tetapi spektrum baru yang diberikan kepada YTL akan memberikannya kawalan penuh ke atas jalur generasi akan datang di bawah teknologi baru dalam sektor telekomunikasi seperti LTE.

LTE menjadi asas kepada pasaran 4G yang mana kedua-dua YTL dan P1 mendakwa menyediakan perkhidmatan itu. Bagaimanapun perkhidmatan mereka tidak memenuhi kriteria Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa untuk 4G.

Dua lagi pemain utama ialah Maxis Broadband dan Digi Telecommunications. Sebelum ini ada sembilan syarikat telekomunikasi di Malaysia tetapi krisis kewangan 1997 telah membawa kepada penggabungan sektor tersebut. - TMI
MS : Hahaha, PM kena settlekan kes macam ni? Besar sangat ker kes ni? Atau ada apa-apa disebaliknya ?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive