Dua pelajar di tahan polis sebab menghantar memo membantah kenaikan harga barang keperluan.
Ia nya dipercayai bermula di masjid Putrajaya selepas solat Jumaat tadi.
Ini berita yang baru aku dapat :
Sumber : Kembara Jr @Blogspot
Protes naik harga, 2 pemimpin siswa ditahan
Dua pemimpin pelajar ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman dan pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak.
Kedua-duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ. Pada mulanya dihalang oleh anggota polis untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid tersebut.
Bagaimanapun, kira-kira laima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.
Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.
Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Dalam memorandum tersebut, mereka menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.
Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.
Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Ridzuan dan Shukri kini ditahan di balai polis Putrajaya.
MS: Adakah tindakan pelajar-pelajar ini mengganggu ketenteraman awam? Adakah tindakan pelajar-pelajar ini telah membuatkan peniaga di Putrajaya telah kehilangan pendapatan yang amat teruk? .... Korang fikir lah sendiri macamana kerajaan sekarang melayan setiap tuntutan rakyat, .... Nak bersuara langsung tak boleh, lebih sikit saja, ha di bawa ke balai.
Sekarang ni Najib nak rakyat semua ikut cakap dia, tak boleh bersuara, tak boleh protes, .....
No comments:
Post a Comment