25 January 2011

‘Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?’

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata beliau hormat dan kagum dengan Normala Sudirman, calon PAS di Tenang yang teguh kepada kepercayaan dan pendiriannya dalam menghadapi serangan dan kritikan yang dilempar pihak tertentu kepadanya.

Malahan, kata Teresa, kritikan tidak kena tempat yang dilempar terhadap kepercayaan agama Normala oleh pemimpin MCA dan Gerakan mendedahkan sifat melampau mereka serta kepura-puraan konsep 1Malaysia yang dibawa Barisan Nasional (BN).

“Hakikatnya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan adalah golongan pelampau dan semua sokongan untuk 1Malaysia yang dinyatakan kepada Najib hanya merupakan kepura-puraan,” kata Teresa.

Beliau merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn yang mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.

“Dengan kenyataan-kenyataan mereka, pemimpin MCA dan Gerakan ini mendedahkan ketiadaan toleransi dan terhadap amalan agama yang berlainan daripada agama mereka. Mereka bersikap begitu tidak menghormati orang lain apabila berterusan mahu Normala mengabaikan kepercayaannya, membuka sarung tangan dan bersalam dengan semua orang,” kata Teresa.

Menurut Teresa, jika pemimpin MCA dan Gerakan benar-benar percaya kepada konsep 1Malaysia, mereka pastinya menghargai amalan agama setiap orang yang merupakan perkara yang sangat peribadi dan tidak tergamak membuat kenyataan berikut:

1. Chua Soi Lek- ‘(Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS’
2. Ng Yen Yen- ‘..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?’
3. Chua Tee Yong (cicipan Twitter)- ‘Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas
alasan kesihatan dan kebersihan.’
4. Fong Chan Onn (cicipan Twitter)- ‘Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?’
5. Tan Lian Hoe (yang menuduh Normala bersikap angkuh)- ‘Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?’

Jesteru, kata Teresa, cubaan pemimpin MCA dan Gerakan menakutkan orang ramai terutama bukan Islam merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan pengundi di Tenang serta semua rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau percaya rakyat Malaysia tidak mengendahkan perkara luaran seperti isu bersalam sebagai kayu ukur memilih pemimpin sebaliknya pengundi mahukan pemimpin yang ikhlas, jujur, bersih dan tidak rasuah.

“Saya ingin menyatakan penghormatan dan kekaguman saya kepada Normala Sudirman kerana mempertahankan kepercayaannya dan memelihara maruahnya dalam berhadapan dengan serangan berfikiran sempit sedemikian,” katanya lagi. - KeadilanDaily

3 comments:

Anonymous said...

Dah tak ada lelaki ke? Suruh normala angkat..kalau nak tolong pun ada cara lain,masih ada banyak cara kalau nak tolong.bagi saya kalau calun bn tentu angkat sama, untuk menunjukkan baik tapi tak kena tempat.gadai perinsip islam

Anonymous said...

Dah tak ada lelaki ke? Suruh normala angkat.ada banyak lagi cara kalau nak tolong.bagi saya kalau calun bn perempuan tentu dah angkat untuk nak menunjukkan baik tapi tak kena tempat.

Anonymous said...

Salam.. dalam keadaan darurat babi pun boleh makan..islam agama yang mesra manusia...belajar tak tinggi tapi nak tunjuk pandai...layak kah pelakon porno jadi pemimpin bangsa cina...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive