25 January 2011

PRK Tenang : Antara kegagalan calon BN

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya.

Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.

Salahuddin (tanpa ketayap) berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong.

Katanya, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.

Salahuddin mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk.

Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka.

Manakala Azhar (bertopi) pula, ketika ditanya mengenai dakwaan PAS itu berkata: "Ini keputusan mahkamah, ia telah dimanipulasikan".

Ditanya mengenai dakwaan PAS yang beliau merupakan calon yang tidak sesuai, Azhar menjawab: "Itu satu provokasi". - mkini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive