31 January 2011

Himpunan besar-besaran 4 Feb di Masjid KLCC


Himpunan desak Mubarak letak jawatan 4 Feb
Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Februari ini oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik khususnya pembangkang bagi terus mendesak Presiden Mesir Hosni Mubarak meletak jawatan.

Namun menurut Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad, perhimpunan hanya akan diadakan dan ia bergantung dengan keadaan semasa negara itu.

“Jika Mubarak masih memerintah sehingga Jumaat ni maka kita akan adakan perhimpunan besar-besaran bagi mendesak beliau segera meletak jawatan.

“Kita akan adakan 4 Februari (Jumaat) ini dan berkumpul di Masjid KLCC dan bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat,” katanya ketika ditemui media di hadapan kedutaan Mesir di sini pagi ini.

Kumpulan terbabit juga hari ini turut mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum mendesak pengunduran Mubarak.

Namun mereka gagal bertemu dengan pegawai kedutaan terbabit dan hanya menyerahkan memo tersebut di dalam peti surat.

Kumpulan yang terdiri daripada NGO seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jerit, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta parti PAS dan PKR.

Antara pemimpin yang turut serta dalam demonstrasi ini termasuklah Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.

Mereka mula berarak jam 11.05 pagi dan kira-kira 50 anggota polis turut mengawasi keadaan di hadapan kedutaan terbabit.

Sementara itu, di Kaherah para penunjuk perasaan berhimpun di tengah bandaraya itu hari ini dan berikrar untuk terus berhimpun sehingga mereka dapat menggulingkan Mubarak, lapor Reuters.

“Tentera perlu memilih di antara Mesir dan Mubarak,” tertulis sebuah sepanduk di Dataran Tahrir Kaherah, di mana para penunjuk perasaan berkongsi makanan dengan pasukan tentera yang dihantar untuk memulihkan keadaan setelah keganasan sampai di kemuncak dalam tempoh 30 tahun pemerintahan Mubarak.

Keadaan kacau bilau selama enam hari itu telah mengorbankan 100 nyawa dan kedua-dua pihak menemui jalan buntu. Para penunjuk perasaan enggan berundur manakala pasukan tentera tidak dapat mengarahkan mereka supaya beredar.
MS : Ingatkan tadi demo nak minta Najib umnoapco 1mesia letak jawatan ... ahahahahahaha ...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive