Showing posts with label demo.. Show all posts
Showing posts with label demo.. Show all posts

04 March 2015

PKR nafi bayar ahli hadiri demo


PKR menafikan yang ia membayar anggotanya untuk turun menyertai himpunan setiakawan Dengan Datuk Seri Anwar pada 7 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata satu surat yang menjanjikan elaun untuk menghadiri himpunan itu dan didakwa ditandatangani Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, adalah palsu.

Menurut Fahmi (kanan), kepala surat palsu itu juga salah kerana ia turut ada pada halaman kedua surat tersebut.

Tambahnya, penggunaan kepala surat pada halaman kedua bukan amalan biasa PKR.

"Tiada surat sebegini diedarkan dan ini berniat jahat," kata Fahmi kepada wartawan pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Surat palsu itu yang dilihat Malaysiakini, menawarkan setiap anggota PKR yang akan menghadiri himpunan pada 7 Mac ini bayaran RM150.

Di samping itu, surat palsu itu juga mendakwa akan membayar elaun penginapan sebanyak RM500. - malaysiakini

11 June 2014

Penyokong Azmin Berdemo Depan Ibu Pejabat PKR

alt

PETALING JAYA 11 Jun - Kira-kira 30 orang Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali lewat malam tadi.

Ketika mereka hadir Azmin dan sedang bermesyuarat bersama pemimpin tertinggi PKR, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kebanyakan mereka yang hadir adalah dari seluruh Selangor dikatakan kecewa dengan cara pemilihan parti yang tidak memuaskan.

20 February 2014

2000 penoreh getah berdemo di Padang Terap


Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Hampir 2,000 penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka, Padang Terap, Kedah semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak, himpunan ketiga yang dicatatkan sehingga kini.
Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.

21 February 2012

PAS Terengganu gesa ahli turun ke demo Lynas Kuantan


Kepimpinan PAS Terengganu akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini, kata setiausahanya.


Yahya Ali berkata, pemimpin tertinggi PAS negeri, termasuk pesuruhjaya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu akan turun memberikan komitmen.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara

03 January 2012

Insiden UPSI : Mahasiswa buat laporan polis

Kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) hari ini membuat laporan polis berhubung cara pasukan keselamatan itu menangani perhimpunan anjuran sekumpulan mahasiswa di Tanjung Malim kelmarin.

Kumpulan tersebut mendakwa pihak polis kerana bertindak ganas dan mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara pada perhimpunan itu.

NONELaporan polis itu dibuat oleh jurucakap BEBAS Haziq Abdullah Abdul Aziz di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang ini.

Laporan polis itu mewakili 17 mahasiswa yang ditahan pada hari tersebut termasuk pengerusi BEBAS Muhammad Safwan Anang yang turut hadir dalam sewaktu membuat laporan polis tersebut.

Muhammad Safwan yang berkerusi roda ditemani isterinya Masturah Abu Bakar dan ibu mertuanya Mariam Abdul Rashid. Kira-kira 30 mahasiswa dan NGO hadir memberi sokongan kepada mereka.

Dalam laporan polis itu Haziq mendakwa pihak polis telah mencabuli hak mereka untuk berhimpun dan bersuara, antaranya penangkapan mereka didakwa dibuat secara ganas dan kasar dan aktivis serta peserta ditahan dan diheret secara kasar. - Malaysiakini

01 January 2012

Insiden UPSI : Semua 17 yang ditahan dibebaskan, Safwan semakin pulih

Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi.  Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepadaMerdekaReview, bahawa 17 orang ahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi.  Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i.  Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.

Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.

MPMUM kutuk tindakan polis


25 November 2011

Protes jalanan jika PRU 13 tak adil : Angkatan Muda PKR

JOHOR BARU, 25 Nov ― Angkatan Muda PKR memberi Barisan Nasional (BN) amaran bahawa pihaknya akan turun ke jalan jika pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam waktu terdekat, tidak dikendalikan dengan adil.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Amin memberitahu perwakilannya bahawa sebarang tindakan mengekang Pakatan Rakyat (PR) akan berhadapan dengan demonstrasi jalanan meskipun perhimpunan sedemikian tidak dibenarkan oleh undang-undang baru perhimpunan aman.

“Mereka tahu Bersih 3.0 akan berlaku, itu sebabnya mereka mahukan undang-undang ini,” katanya.

09 October 2011

Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas

Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan.

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara.

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”.

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21522

02 May 2011

Jumaat 6 Mei - Masjid Negara - 'Hari Marah' - Diminta semua turun

Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.

"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.
"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

01 May 2011

Demo Hari Pekerja di Maju Junction KL - TERBARU 20 Telah ditangkap

Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.
Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.

Free Malaysia TodayMay Day Rally: some 300 protesters staging a peaceful sit in at Maju Junction, monitored by police

May Day Rally: About 17 protesters, including Sg Siput MP Jayakumar and PSM sec-gen Arutchelvan arrested.

Dr jeyakumar just got arrested at maju juction . Thousands under attack by police

dari Keadilan Daily :

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang yang bersama-sama kira0kira 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum ditahan polis dalam perhimpunan aman bermula di monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.

Mereka yang ditahan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Arul.

Ketika ini, kira-kira 300 orang masih berhimpun.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12567

Media Rakyat melaporkan ---  20 arrested at Labor Day rally demanding minimum wage. Back to Dr M days of police occupation#fb

BERITA LANJUT MENYUSUL

30 March 2011

Demo bantah loji sisa radioaktif di Parlimen


KUALA LUMPUR: Lebih 100 aktivis berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan Parlimen pagi ini bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang menghasilkan sisa radioaktif.

Perhimpunan itu diadakan berikutan kebimbangan mereka berhubung penyebaran sisa radioaktif yang mungkin dihasilkan sebaik projek terbesar di dunia itu yang bernilai RM700 juta beroperasi pada bila-bila masa.

Mereka yang terdiri daripada aktivis termasuk NGO, Save Malaysia, menaiki empat buah bas tiba di bangunan Parlimen kira-kira jam 9.20 pagi.

Mereka membantah pusat penapisan yang sedang dibina syarikat Australia Lynas Corp dan dilihat mengibarkan poster dan kain rentang tertera tulisan “Stop Lynas” dan “Hentikan Lynas”.

Bagaimanapun, sekumpulan anggota polis yang berkawal di sekitar kawasan berkenaan menghalang tindakan mereka dan hanya membenarkan 10 daripadanya masuk ke Parlimen, manakala selebihnya dibenar berbaris di luar tanpa menganggu lalu lintas.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilihat keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan menyarankan penyokong terbabit berkumpul di atas pembahagi jalan masuk menuju Parlimen, berikutan tempat mereka berkumpul tidak selamat disebabkan kenderaan lalu lintas di jalan tersebut.

Polis akur lalu membenarkan penyokong menukar tempat berkumpul dengan syarat mereka tidak dibenar mengibarkan kain rentang dan poster.

Hadir sama bagi memantau perhimpunan itu beberapa anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) diketuai pesuruhjayanya, Mohamad Shaani Abdullah dan perwakilan daripada Majlis Peguam. Perhimpunan aman tersebut bersurai pada jam 10.00 pagi.

Sebelum ini, Fuziah bersama penduduk di sekitar Gebeng pada 20 Mac lalu mengadakan bantahan pembinaan kilang tersebut dengan mengumpulkan 1,000 tandatangan penduduk yang tidak senang dengan kelulusan pembinaan kilang tersebut yang dijangka menghasilkan sisa radioaktif.

Isu kebocoran radioaktif semakin membimbangkan berikutan kejadian tsunami di jepun yang menyebabkan reaktor nuklear di Fukushima musnah dan menyebabkan puluhan ribu penduduk di kawasan berhampiran terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi - KeadilanDaily

28 March 2011

Anti politik kotor, lucah - SMM sahut seruan Dr Asri - Anjur himpunan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan melancarkan kempen ‘Rakyat Selamatkan Malaysia yang akan berlangsung selama dua minggu bermula 28 Mac hingga 8 April ini bagi membantah amalan politik lucah dan kotor yang semakin membimbangkan.

Menurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab, SMM meletakkan sasaran untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran dengan tema “Himpunan Rakyat untuk Politik Bersih Dan Adil pada kemuncak kempen tersebut.

“Kempen ini antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai situasi semasa dan langkah yang perlu dimainkan oleh semua pihak untuk merawati keparahan kondisi politik Malaysia,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sekaligus menyambut saranan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengajak semua pihak menganjurkan perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.

Dalam kenyataannya, Ahmad Syukri mengulas isu rakaman video seks oleh individu yang menggelar diri mereka sebagai ‘Datuk T’, menyifatkan perbuatan itu sudah melampaui norma politik yang seharusnya diamalkan secara bersih dan adil.

Menurut beliau, mahasiswa menilai isu yang berlaku itu merupakan hasil daripada permainan ‘politik kotor’ dan budaya pemerintahan yang bobrok. “SMM beranggapan tidak perlu diragui lagi betapa rosaknya integriti seorang pemimpin yang sanggup mendendangkan politik murah demi menjatuhkan pesaing politik.

“Sudah pasti sistem pemerintahan negara akan semakin tempang jika pemimpin yang tidak berintegriti ini terus dibenarkan untuk menduduki kerusi pentadbiran. “Oleh itu SMM menyarankan agar pihak kerajaan segera melakukan pemutihan dalam kerusi pentadbiran negara agar suasana politik Malaysia kembali berteraskan nilai dan peradaban,” katanya. Justeru itu, katanya, SMM juga mendesak agar pelaku utama yang mendedahkan video seks tersebut segera diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya.

“Hal ini penting bagi memberi mesej kepada rakyat bahawa budaya ini adalah sangat tidak sihat untuk masa depan demokrasi negara. “SMM dengan tegas menyatakan bahawa mahasiswa menggesa agar permainan isu ini dihentikan segera oleh semua pihak yang berkaitan.

Menurutnya lagi, jika di peringkat nasional, masyarakat dihantui dengan isu politik lucah, di kampus pula mahasiswa dibebani salah guna kuasa pentadbiran seperti yang berlaku di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.

“Oleh itu, dengan keadaan politik Malaysia yang bercelaru ditambah dengan suasana pendidikan politik dalam universiti yang turut tercemar dengan pencabulan demokrasi, Maka SMM melihat menjadi satu keperluan segera untuk menggerakkan kuasa rakyat dalam mengubah suasana politik Malaysia yang semakin parah.

“SMM juga tidak menolak kemungkinan untuk mengheret kondisi ini ke medan PRU 13 sebagai puncak untuk membina semula Malaysia dengan pengamalan politik yang lebih baik.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9997

27 March 2011

Jom Demo anti-politik lucah - Dr Asri

Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. "Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. "Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya. Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.

"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. "Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.

Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. "Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya. Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah. "Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.

"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. "Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.

Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. "Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi - mkini

25 March 2011

Di Masjid Jamek KL selepas solat


KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 orang termasuk ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berhimpun di Masjid Jamek Kuala Lumpur hari ini bagi membantah penayangan video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka diketuai Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang turut menyampaikan ucapan kata-kata semangat.

Pasukan polis dilihat berkawal di kawasan sekitar tetapi tiada tangkapan atau gangguan dibuat setakat ini.

Mereka kini sedang bergerak ke pejabat Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik – antara dalang tayangan video seks di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ada kemungkinan mereka menukar haluan berikutan AMK menerima maklumat pejabat Risda kini dikawal ketat sepasukan polis.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9801

01 February 2011

Masjid KLCC. Masjid Tabung Haji. lepas Jumaat 4hb ini kita berkumpul ...

Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain

31 January 2011

Himpunan besar-besaran 4 Feb di Masjid KLCC


Himpunan desak Mubarak letak jawatan 4 Feb
Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Perhimpunan besar-besaran akan diadakan pada 4 Februari ini oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik khususnya pembangkang bagi terus mendesak Presiden Mesir Hosni Mubarak meletak jawatan.

Namun menurut Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad, perhimpunan hanya akan diadakan dan ia bergantung dengan keadaan semasa negara itu.

“Jika Mubarak masih memerintah sehingga Jumaat ni maka kita akan adakan perhimpunan besar-besaran bagi mendesak beliau segera meletak jawatan.

“Kita akan adakan 4 Februari (Jumaat) ini dan berkumpul di Masjid KLCC dan bergerak ke kedutaan Amerika Syarikat,” katanya ketika ditemui media di hadapan kedutaan Mesir di sini pagi ini.

Kumpulan terbabit juga hari ini turut mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Mesir bagi menyerahkan memorandum mendesak pengunduran Mubarak.

Namun mereka gagal bertemu dengan pegawai kedutaan terbabit dan hanya menyerahkan memo tersebut di dalam peti surat.

Kumpulan yang terdiri daripada NGO seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Jerit, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta parti PAS dan PKR.

Antara pemimpin yang turut serta dalam demonstrasi ini termasuklah Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff dan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan.

Mereka mula berarak jam 11.05 pagi dan kira-kira 50 anggota polis turut mengawasi keadaan di hadapan kedutaan terbabit.

Sementara itu, di Kaherah para penunjuk perasaan berhimpun di tengah bandaraya itu hari ini dan berikrar untuk terus berhimpun sehingga mereka dapat menggulingkan Mubarak, lapor Reuters.

“Tentera perlu memilih di antara Mesir dan Mubarak,” tertulis sebuah sepanduk di Dataran Tahrir Kaherah, di mana para penunjuk perasaan berkongsi makanan dengan pasukan tentera yang dihantar untuk memulihkan keadaan setelah keganasan sampai di kemuncak dalam tempoh 30 tahun pemerintahan Mubarak.

Keadaan kacau bilau selama enam hari itu telah mengorbankan 100 nyawa dan kedua-dua pihak menemui jalan buntu. Para penunjuk perasaan enggan berundur manakala pasukan tentera tidak dapat mengarahkan mereka supaya beredar.
MS : Ingatkan tadi demo nak minta Najib umnoapco 1mesia letak jawatan ... ahahahahahaha ...

05 June 2010

Polis, ambillah iktibar dari demo semalam


OLEH: Pak Awang KB

Salam dan selamat pagi semua.

Ni pak awang nak cerita sikit pasai Demonstrasi semalam ni yang depa buat di KL ni. Kebetulan pak awang ada di KL pi rumah anak, jadi pak awang pun pi la sama. Awal nya pak awang pi solat jumaat di masjid kg baru - ramai sangat sampai kena sembahyang di luar - yang tengok saja pun ramai juga. Tapi pak awang dapat sembahyang di dalam sebab pi awal.

Selesai solat lebih kurang jam 2.10 perarakan pun bermula. Pak awang tengok ada ramai polis, polis biasa ni saja dengan polis trafik mengawal lalulintas. Pak awang takut-takut juga sebab polis dah bagi amaran jangan sertai perhimpunan ni, jadi pak awang dok belakang-belakang la, tak mau dok depan takut kena tangkap, nanya saja.

Pak awang tak dapat nak kata berapa orang, tapi ramai lah .. Tapi bila dekat nak sampai simpang jalan sultan ismail tu tengok-tengok polis kepala merah dah dah dok tunggu - dalam hati pak awang setakat ni saja lah perarakan hari ni, pasti kepala merah ni halang ... pak awang lagi kebelakang. Ya la pak awang mana pernah join benda-benda macam ni sebelum ni ... takut kena pancut air dan tembakan gas ...

Tapi pak awang tengok puak2 yang di depan selamba saja berarak lalu depan polis kepala merah, dan akhir nya termasuk lah pak awang ... polis kepala merah tak kacau pun, depa mai tengok saja ... syukur.

Polis-polis biasa terus mengiringi perarakan. Polis trafik terus mengawal lalulintas kerana semua jalan-jalan yang kami lalu tidak ditutup : jln kg baru, jln sultan ismail, jalan ampang dan akhir nya jalan tun razak tidak ditutup ....

Perarakan selamat sampai di hadapan kedutaan amerika dengan selamat ... jalan mesti la sesak dipenuhi dengan orang ramai, tapi polis trafik dapat mengawal dengan baik ... tahniah

Jadi ... untuk Polis pak awang nak bagitau la sikit ... hangpa nak pakai atau tak mau pakai itu hak hangpa la ... Ambil lah iktibar dari perhimpunana semalam ... semua selamat gara-gara tak diganggu polis ... Betul kan apa pak awang kata ni ... cuba di kg baru sana FRU kacau, tahan, tembak gas, tembak air ... apa akan jadi? mesti haru biru jadinya ...

Pak awang ingat2 lupa, satu perarakan dari masjid negara ke Istana negara dulu ... nak hantar memo kepada agong pasai bahasa kalau tak silap pak awang ... sama dengan yang semalam ... tapi bila polis buat hal ... halang perarakan ... keadaan dah bertukar jadi lain macam ... haru biru ... keadaan jadi macam tu bila peserta di ganggu dan ada yang di tangkap kerana ingkar arahan polis kononnya.

Pokoknya kenapa polis halang? Peserta mana-mana perarakan keluar berkumpul bukan nak bergaduh atau cari pasai dengan polis, depa sekadar nak luahkan perasaan, habis tu depa balik. Polis boleh menempatkan anggotanya, tapi hanya untuk mengawal keadaan, bukan nak buat provokasi ...

Pak awang ada di masjid kg baru masa demo anti judi bolasepak baru-baru ni. Lepas lebih kurang 1o minit ketua pemuda pas berucap polis naik pentas ambil pembesar suara ... jadi sedikit kekecohan .... Kalau polis tak naik pentas, hanya kawal saja, kekecohan pasti tak berlaku. Bukan dia nak bercakap lama pun lebih-lebih paling lama setengah jam ... biarkan la .. bukan ganggu lalulintas pun, dia berucap kat dalam kawasan masjid pula tu

Jadi pak awang nak pesan la kat polis kita ni, ambil lah iktibar dari perarakan semalam ... tidak ada yang tak baik terjadi, semua berjalan lancar selama lebih 2 jam semalam ni. semua nya gara-gara TAK DIGANGGU POLIS ... Musa Hassan pelajari lah dari demo semalam, jangan asal demo saja TAK BOLEH ...

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive