01 February 2011

Masjid KLCC. Masjid Tabung Haji. lepas Jumaat 4hb ini kita berkumpul ...

Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain

1 comment:

joecharlie said...

Solat Hajat dan jugak munajat ni dorang buat untuk memohon Allah bagi kemenangan kepada pihak yang benar semasa pengundian PRK Tenang. So, sekarang ni keputusan semua dah tahu..., BN menang bergaya dengan majoriti undi lebih dari yang dulu.

Gua taknak lah cakap lebih-lebih.., takut nanti riak baii... Tapi gua nak tanya sikitlah pada puak-puak PAS, Tuhan dah makbulkan doa korang dan jugak Tok Guru korang di Tenang. Tuhan dah menangkan pihak yang benar... Hehehehe..

Jadi, sepatutnya puak-puak PAS ni percaya segala takdir dan jugak ketentuan Allah. Tak patutlah dorang meroyan tuduh macam-macam bila dorang kalah kat sini. Bukankah dorang dah mohon dan berdoa minta pertolongan Tuhan?

Puak-puak UMNO/BN pun mintak benda yang sama jugak baii.., Allah itu maha mendengar dan maha berkuasa menentukan segalanya. Qada dan Qadar ni semua kerja Allah baii...

Takkan puak-pauk PAS tak nak percaya kepada Rukun Iman yang enam tuu.. Kan dorang lebih "tulen" islam dari pauk BN. Sepatutnya dorang lah lebih cool... Tak gitu ke?

So, terima kasihlah buat Nik Aziz yang mintak doa untuk kemenangan pihak yang benar di Tenang ni. Sekarang ni terbuktilah BN dipihak yang benar. Redha lah dengan apa yang terjadi yee... Hehehehe...



Labels: PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive