21 February 2012

PAS Terengganu gesa ahli turun ke demo Lynas Kuantan


Kepimpinan PAS Terengganu akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini, kata setiausahanya.


Yahya Ali berkata, pemimpin tertinggi PAS negeri, termasuk pesuruhjaya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu akan turun memberikan komitmen.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara
.

"Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.

Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi program serentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.

Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive