21 February 2012

Artis : SAH - Misha Omar bertunang hari ini (21/2)

Sah! Misha Omar Bertunang Hari Ini!
Kongsi Article Ini:
 1 Share2 
 
 
Rentetan pengakuan Misha Omar tentang perancangannya untuk bertunang dalam waktu terdekat, GUA telah cuba merisik-risik tentang tarikh pertunangannya itu. Memang tidak dinafikan Misha dan kakaknya, Mimi, enggan membuka mulut, tetapi mungkin sudah rezeki GUA, akhirnya persoalan terjawab. 

Sah! Misha akan melangsungkan pertunangan bersama Firos Ezzwan Rossly pada hari ini (21 Februari). Maklumat ini diperolehi selepas teman rapat GUA singgah di rumah keluarga Misha di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan malam kelmarin.

Menurut teman GUA itu, ketika berada di rumah keluarga Misha itu, dia sempat bertanya tentang majlis pertunangan itu. Menurut salah seorang ahli keluarga Misha, majlis pertunangan bakal berlangsung pada jam 12.00 tengahari ini. Misha menggunakan khidmat Syaiful Baharim untuk persalinan dan hantaran.

Bakal tunangan Misha merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mereka telah saling mengenali kira-kira lima tahun lamanya. Kisah percintaan mereka pernah mendapat liputan suatu ketika dahulu.

Maklumat lanjut berserta gambar pertunangan akan GUA berikan selepas majlis pertunangan ini selesai. Jadi, pastikan anda melayari GUA setiap masa! - GUA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive