Showing posts with label masjid negara. Show all posts
Showing posts with label masjid negara. Show all posts

27 March 2014

1000 hadiri bacaan Yasin,tahlil dan Solat Hajat di Masjid Negara

Teks dan foto oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Kira-kira 1,000 umat Islam menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat anjuran Jabatan Perdana Menteri di Masjid Negara di sini, sebentar tadi.
Majlis yang bermula selepas solat Maghrib itu diadakan bagi memohon petunjuk Allah agar penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk 12 kru menaiki pesawat Boeing 777-200ER segera ditemui. 
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Isnin lalu penerbangan itu disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi, selepas 17 hari kehilangan pesawat berkenaan. 

Jemaah dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Ismail Muhammad.
Foto
JEMAAH dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Ismail Muhammad.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.Teks dan foto oleh Rizanizam Abdul Hamid

02 May 2011

Jumaat 6 Mei - Masjid Negara - 'Hari Marah' - Diminta semua turun

Bertempat di Masid Negara tanggal 6 Mei ini bakal mengukir satu lagi sejarah negara Malaysia moden apabila menjadi medan himpunan rakyat menunjuk rasa pada Hari Amarah Rakyat Malaysia.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, 6 Mei ini yang jatuh pada Jumaat menyaksikan himpunan besar-besaran dari semua kalangan rakyat yang mempunyai perasaan marah dan tidak puas dalam banyak perkara.

"Paling kemuncak dalam isu fitnah video seks melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh salah seorang terlibat, Eskay Abdullah yang menyalahgunakan tindakan itu yang jelas bercanggah dengan syariat agama.
"Mewakili lebih 60 badan-badan Islam dalam negara ini, saya berharap himpunan aman itu berjaya menyatakan hasrat semua pihak yang mempunyai rasa marah dan tidak bersetuju dengan tindakan politik fitnah, keji dan kotor," tegasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive