Showing posts with label tragedi MH370. Show all posts
Showing posts with label tragedi MH370. Show all posts

07 March 2015

MH370 & Raja Bomoh




Ibrahim (duduk,belakang) melakukan ritual bersama pengikutnya di KLIA tahun lalu.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia menjadi terkenal selepas melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tahun lalu.
Ketika insiden kehilangan pesawat MH370 Mac tahun lalu, tiba-tiba muncul seorang lelaki bergelar bomoh bersama seorang wanita dari Johor dan beberapa orang pengikutnya.
Kontroversi bomoh Ibrahim Mat Zin ini menjadi terkenal dan bualan utama selepas dia dan pengikutnya membuat ritual di KLIA menggunakan kelapa, teropong buluh, tongkat buluh, perangkap ikan dan permaidani.
"Saya lebih popular sekarang, dan beberapa orang tertanya-tanya jika saya hilang atau jatuh miskin," kata bomoh berusia 83 tahun dalam satu temu bual di pejabatnya di sini.
Premisnya itu dipenuhi dengan poster baharu perniagaan Kopi Mahaguru asli dari Perak, dan mendedah menggunakan 10 jenis kopi berdasarkan resipi 1917.

25 February 2015

National Geographic Akan Tayang Dokumentari MH370 Dengan Bukti Baru Ia Sedang Menuju Ke Antartika Ketika Itu



Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 4:35 PM

RANGKAIAN televisyen National Geographic akan menyiarkan satu dokumentari mengenai kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac iaitu hari ulang tahun pertama kehilangan pesawat tersebut dengan bukti terbaru ia sedang dalam perjalanan ke Antartika pada hari berkenaan.
Menurut portal Mirror Online,  National Geographic dilapor telah menemubual beberapa pakar penerbangan yang mendakwa MH370 secara dengan sengaja telah di bawa ke Antartika oleh seseorang yang berada di Kokpit.
Bagaimanapun identiti pakar-pakar penerbangan itu tidak didedahkan setakat ini dan akan hanya ditayangkan pada 8 Mac.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bejing.

26 November 2014

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?



Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 7:00 AM



PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.

25 November 2014

Madu Ghaib: Mentua Letak Dua Syarat Sebelum Restu Kahwin Lagi



Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:00 AM
PETALING JAYA: Suami penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terpaksa bernikah di negara jiran kerana ketiadaan sijil kematian isterinya hanya berbuat demikian selepas bersetuju dengan syarat yang dikemukakan bapa mentuanya.
Dua syarat yang perlu dipenuhi lelaki berkenaan jika mahu berpoligami adalah supaya tidak mengabaikan keempat-empat anaknya dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.

21 November 2014

Madu Ghaib: Menteri Akui Waris Penumpang MH370 Hadapi Pelbagai Kesulitan


Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 9:12 AM


PETALING JAYA: Kerajaan menerima pelbagai aduan daripada waris penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang berhadapan masalah berikutan status pesawat berkenaan yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini.
Walaupun memahami perasaan dan kesukaran yang dihadapi pihak terlibat, ironinya tiada apa yang dapat dilakukan selagi tiada ketetapkan segera dibuat mengenai status pesawat malang yang terbabit dalam tragedi pada 8 Mac lalu itu.

18 November 2014

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 9:00 AM

Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah.

17 November 2014

Madu Ghaib: Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara



Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 1:59 PM

Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.
Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.

14 October 2014

CEO Emirates Airline: MH370 mungkin tidak berada di Lautan Hindi

Terdapat banyak teori konspirasi mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia MH370 tetapi kini bagi tokoh penerbangan dan dianggap kapten industri, Tim Clark, beliau percaya pesawat itu tidak dikendalikan secara autopilot dan mungkin tidak berada di Lautan Hindi.
CEO Emirates Airline itu turut mempertikaikan ketelusan siasatan pesawat Malaysia, MH370 yang didakwa terjunam di Lautan HIndi.
Dalam wawancaranya kepada akhbar Der Spiegel yang berpangkalan di Jerman, Clark yang mengetuai satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia berkata, beliau tidak percaya pesawat MH370 beroperasi secara autopilot semasa ia hilang.

14 August 2014

Polis Siasat Kehilangan RM111,000 Dari Akaun Empat Mangsa MH370


MH370



KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat transaksi yang mencurigakan membabitkan akaun bank milik empat penumpang MH370.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, ACP Izany Abdul Ghany berkata, sejak kehilangan pesawat itu, sebuah bank tempatan melaporkan sejumlah RM111,000 dikeluarkan daripada akaun milik empat penumpang pesawat itu.
"Bank berkenaan menyedari sejumlah wang telah dikeluarkan daripada akaun terbabit pada 18 Julai lalu.
"Pihak bank menjalankan siasatan dalaman sebelum membuat laporan polis pada 2 Ogos lalu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan.

20 July 2014

MH17: Rusia Kantoi Ubah Maklumat Wikipedia

Rekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber TwitterRekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber TwitterKERAJAAN Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.
'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.
Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".
Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits
Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.
Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia.

01 July 2014

MH370: Siapa ganggu sistem kuasa pesawat?

SHAH ALAM 1 JULAI: Penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang sudah 115 hari lepas mengalami gangguan kuasa ‘misteri’ pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Stealth MH370Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
“Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa.
“Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika,” katanya.
Penyiasat nahas udara itu berkata mereka menemui bukti baru kehilangan pesawat MH370 mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

27 June 2014

MH370 : Rumusan terbaru ATSB

Sydney (Australia): Penumpang dan anak kapal MH370 yang masih dicari kemungkinan meninggal dunia sebelum pesawat yang terbang menggunakan autopilot berakhir di lautan, kata laporan terbaru daripada pihak berkuasa Australia.

Mengikut laporan 55 muka Lembaga Biro Keselamatan Australia (ATSB), penyiasat memperoleh keputusan berkenaan selepas melakukan perbandingan keadaan dalam pesawat dengan beberapa nahas sebelumnya, walaupun tiada bukti baru. 
Laporan itu menjuruskan tumpuan terhadap kemungkinan lokasi berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan yang berdasarkan beberapa kemungkinan, termasuk mengambil kira tiada komunikasi.

Laluan penerbangan yang dilihat kekal dan beberapa faktor luar biasa turut diambil kira dalam merumuskan penemuan berkenaan.

22 June 2014

MH370 : Kapten Zaharie kembali menjadi suspek utama

 

  • 'Ucapan terakhir' Kapten Zaharie
 1 / 1 
SHAH ALAM – Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Shah kini dianggap sebagai suspek utama dalam insiden kehilangan penerbangan itu pada 8 Mac lalu selepas semua penumpang dan anak kapal telah dibersihkan, lapor The Sunday Times, hari ini.

The Sunday Times menyebut, siasatan jenayah tidak menolak kemungkinan pesawat itu hilang akibat kegagalan mekanikal atau keganasan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpandangan jika ia melibatkan tindakan manusia, suspek utama ialah juruterbang.

08 June 2014

Keluarga Penumpang MH370 Lancar Kempen Kutip Dana


Diterbitkan: Ahad, 8 Jun 2014 3:14 PM


Sarah (kanan) berharap pemberi maklumat akan tampil bagi merungkai misteri kehilangan MH370.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Beberapa keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada Ahad melancarkan kempen untuk mengutip dana sebanyak AS$5 juta (RM16.1 juta) sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut tiga bulan lalu.
"Kempen 'Reward MH370' dilancarkan di laman web mengumpul dana, Indiegogo pada pukul 8 malam Ahad dan mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya AS$5 juta 'untuk menggalakkan pemberi maklumat tampil dengan maklumat," kata keluarga penumpang terbabit dalam satu kenyataan.
Pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang hilang dari radar pada 8 Mac lalu.

07 June 2014

MP Lumut percaya MH370 di Laut China Selatan

(Oleh: Lyn Nasir)
Imran Abd HamidKUALA LUMPUR 6 JUN : Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.
Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.
Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.
“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

04 June 2014

TRAGEDI M370 : 300 Hari Lagi Tamat Pencarian Dasar Laut Terbesar Dunia

alt


KUALA LUMPUR 4 Jun - Kontraktor persenderian yang dilantik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai baki 300 hari lagi untuk menamatkan pencarian dasar laut terbesar dalam sejarah dunia.

Menurut laporan The Wall Street Journal, kerajaan Australia juga telah mengeluarkan dokumen tender hari ini dengan menggariskan syarat sekiranya Malaysia ingin meneruskan misi pencarian tersebut.

Sementara itu, kerajaan Australia turut menegaskan ketidakperluan meneruskan operasi tersebut ekoran lokasi terakhir MH370 masih belum muktamad.

20 May 2014

MH370: “Kapten Zaharie Bukan Bunuh Diri”


Kapten Zaharie merupakan seorang yang periang, jujur dan baik yang meluangkan masa di rumah sebelum tragedi itu.Kapten Zaharie merupakan seorang yang periang, jujur dan baik yang meluangkan masa di rumah sebelum tragedi itu.KUALA LUMPUR: Kehilangan kapten bersama pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad bukan disebabkan bunuh diri, kata abang iparnya, Asuad Khan.
Australia News Network ABC melaporkan, Asuad yang mewakili isteri Zaharie, Faizah Khan akan ditemubual dalam satu program stesen televisyen berkenaan.
Menurut laporan ABC, Asuad menafikan semua tuduhan terhadap Zaharie mengenai aktiviti peribadi serta tuduhan bahawa Zaharie adalah juruterbang yang sedang dalam misi membunuh diri.
“Ini apa yang saya janjikan, jika mereka meletakkan kesalahan ke atas Zaharie saya akan pertahankan. Saya tidak akan berdiam diri. Jika benar dia dalam misi membunuh diri di Lautan Hindi sebagaimana yang didakwa, sila buktikan tuduhan itu.
“Jika benar dia ingin membunuh diri, takkan dia mahu libatkan 238 orang lain bersamanya? Adakah dia sebodoh itu? Tidak mungkin,” katanya kepada ABC.

18 May 2014

MH370: Waris dakwa MAS enggan kerjasama

  • MH370: Waris dakwa MAS enggan kerjasamaMaira Elizabeth Nari,Calvin Shim,Melanie Antonio,Jacquta Gonzales,Elaine Chew Oai Poh dan Lee Khim Fatt diantara ahli keluarga krew MH370 yang hadir membuat sidang media berkaitan isu MAS yang tidak menyalurkan perkembangan terkini terhadap nahas MH370. - Foro Sinar Harian AFIQ RAZALI
 1 / 1 
SUBANG - Keluarga krew pesawat MH370 mempersoalkan tindakan pihak MAS yang enggan memberikan kerjasama dalam  pengagihan maklumat serta perkembangan terbaru berkenaan dengan kehilangan pesawat terbabit.

Menurut suami kepada Christine Tan, Calvin Shim, hampir dua minggu lalu,  pihak MAS memaklumkan kepada  keluarga krew MH370 bahawa mereka harus berurusan dengan peguam syarikat MAS untuk sebarang pertanyaan termasuklah berita mengenai kehilangan pesawat tersebut.

Ianya menyebabkan mereka terpaksa mengupah seorang peguam mewakili  keluarga anak kapal MH370 untuk berurusan dengan peguam syarikat MAS.

"Kami kesal dengan layanan pihak MAS yang seolah-olah meminggirkan kami sebagai keluarga anak kapal MH370, kami ingin tahu maklumat dan perkembangan mengenai insiden ini, namun pihak langsung tidak memberi apa-apa maklumbalas kepada kami.

MH370 : Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS - Mahathir

Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial.

Katanya pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 merupakan salah satu daripada kapal terbang yang diambil alih.

"Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya.

"Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," katanya dalam tulisan terbaru di blognya.

Katanya, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.

Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem 'pendaratan automatik anti keganasan'.

16 May 2014

#dimana MH370 : Petronas, Sapura-Kenchana tawar aset cari MH370


Beberapa syarikat tempatan, termasuk Petronas, menawarkan aset bagi membantu operasi di laut dalam fasa berikutnya untuk mencari pesawat milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
  
Beliau berkata sebagai contoh, Petronas menawarkan satu penunda alat sonar laut dalam dan sebuah kenderaan kendalian jarak jauh manakala Sapura-Kenchana menawarkan penggunaan alat 'Multibeam Echosounder' miliknya.
  
"Bagaimanapun, keputusan belum lagi dibuat berhubung penggunaan semua aset ini," katanya dalam taklimat kepada media berkaitan perkembangan pencarian MH370 di sini hari ini, yang dipengerusikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive