20 May 2014

MH370: “Kapten Zaharie Bukan Bunuh Diri”


Kapten Zaharie merupakan seorang yang periang, jujur dan baik yang meluangkan masa di rumah sebelum tragedi itu.Kapten Zaharie merupakan seorang yang periang, jujur dan baik yang meluangkan masa di rumah sebelum tragedi itu.KUALA LUMPUR: Kehilangan kapten bersama pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad bukan disebabkan bunuh diri, kata abang iparnya, Asuad Khan.
Australia News Network ABC melaporkan, Asuad yang mewakili isteri Zaharie, Faizah Khan akan ditemubual dalam satu program stesen televisyen berkenaan.
Menurut laporan ABC, Asuad menafikan semua tuduhan terhadap Zaharie mengenai aktiviti peribadi serta tuduhan bahawa Zaharie adalah juruterbang yang sedang dalam misi membunuh diri.
“Ini apa yang saya janjikan, jika mereka meletakkan kesalahan ke atas Zaharie saya akan pertahankan. Saya tidak akan berdiam diri. Jika benar dia dalam misi membunuh diri di Lautan Hindi sebagaimana yang didakwa, sila buktikan tuduhan itu.
“Jika benar dia ingin membunuh diri, takkan dia mahu libatkan 238 orang lain bersamanya? Adakah dia sebodoh itu? Tidak mungkin,” katanya kepada ABC.
Dia turut menafikan spekulasi mengenai dakwaan tindakan Zaharie membunuh diri hanya kerana mahu mendapatkan pampasan insurans dan berkata, hasil pemeriksaannya mendapati Zaharie tidak memiliki insurans dan mempunyai banyak sebab untuk terus hidup.
“Kehidupannya sangat baik, Dia memiliki banyak wang dan amat menyayangi anak perempuannya,” kata Asuad.
Asuad turut menggambarkan abang iparnya merupakan seorang yang periang, jujur dan baik yang meluangkan masa di rumah sebelum tragedi itu.
“Dia suka melakukan kerja-kerja membaiki barangan di rumah. Dia suka membaiki sendiri peralatan yang rosak di rumahnya.
“Pada hari itu, kakak saya memberitahu dia sedang membaiki pintu bilik air di rumahnya yang rosak, kalau tak silap saya,” kata Asuad.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Luampur (KLIA) dalam penerbangan menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor The Rakyat Post.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive