20 May 2014

PRK Teluk Intan : Celuparnya Shahrizat - Nizar




SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Perak menyifatkan Umno BN terkejut dengan keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud yang merupakan seorang wanita muda apatah lagi mempunyai kredibiliti untuk menjadi orang politik.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik.

"Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok  sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen.

"Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," katanya kepada Harakahdaily.


Pelbagai tohmahan yang dilemparkan Umno BN terhadap calon Pakatan Rakyat daripada DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya termasuklah kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengatakan gadis itu telah menjadi alat DAP.

Jelas Nizar, kenyataan Shahrizat itu telah mengguris hati wanita-wanita Umno di Teluk Intan menyebabkan ada dakwaan mengatakan mereka akan boikot untuk keluar mengundi dalam pilihan raya kecil nanti.

"Celuparnya Shahrizat yang menghina Dyana, ramai wanita Umno di Changkat Jong terasa hati seolah-olah telah menghina anak Melayunya sendiri.

"Ramai wanita Umno kenal dengan ibu Dyana,” ujarnya yang juga Adun Changkat Jering. - HARAKAHDAILY 19/5/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive