Showing posts with label ds nizar. Show all posts
Showing posts with label ds nizar. Show all posts

20 May 2014

PRK Teluk Intan : Celuparnya Shahrizat - Nizar




SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Perak menyifatkan Umno BN terkejut dengan keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud yang merupakan seorang wanita muda apatah lagi mempunyai kredibiliti untuk menjadi orang politik.

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik.

"Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok  sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen.

"Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," katanya kepada Harakahdaily.

06 December 2013

WWW 1 - YB Nizar menang lawan Utusan

WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.
Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.

05 February 2013

Pakatan sapu kerusi Parlimen PRU 13 - Nizar


KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat (Pakatan) dijangka memenangi 145 kerusi Parlimen berbanding hanya 77 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ramalan itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak yang dirampas jawatannya itu secara haram oleh BN.
Beliau menyenaraikan kebarangkalian kedudukan kerusi Parlimen selepas PRU 13 dalam twitternya kelmarin.
pilihan-raya1“InsyaAllah (keputusan ini) kerana kezaliman, keangkuhan dan ketuanan Melayu,” katanya.
“Apabila kemarahan rakyat terhadapnya memuncak, maka kejatuhannya tidak dapat dipertahankan lagi. Buatlah apa sekalipun,” katanya dipercayai merujuk kepada Umno BN.
Menurut Nizar, Pakatan Selangor bakal memenangi kerusi Parlimen paling banyak iaitu 20 kerusi diikuti Perak dengan 18 kerusi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu berkata, menerusi senarai berkenaan, hampir semua negeri di Semenanjung akan dimenangi Pakatan.

19 June 2012

Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor

KUALA LUMPUR 19 Jun: Dua pejabat pusat khidmat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin termasuk Ibu Pejabat PAS Perak digeledah polis Johor, semalam.

Salah seorang anggota polis berbaju biru sedang menyemak kandungan komputer di pejabat Pusat Khidmat Nizar di Bukit Gantang
Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam.
“Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, Ibu Pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. H/P (telefon bimbit) dan notebook diambil,” kata Nizar di twitternya pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada serbuan dilakukan berikutan ketiadaan beliau di rumah berkenaan.
Dimaklumkan, operasi yang bermula kira-kira jam 12.06 tengahari itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun (Dewan Undangan Negeri) Pasir Panjang, Lumut.
Menurut blog sisibukit, sepasukan polis dari kontijen Johor hadir bersama waran geledah menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.
“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi lima anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Inspektor Aridhasan Menandi.

16 June 2012

Terima Kasih Nizar Jamaluddin


Share
Rupanya beginilah wajah sebenar orang umno, apa saja isu yang boleh mereka lakukan untuk menagih simpati rakyat, akan mereka putar dan belit sehingga jadi isu besar, terbaru isu panas di selatan tanah air, isu tentang nombor plat kereta.

"tukanglawan" malas nak ulas isu itu, suka hati la jika ada duit banyak, nak buat apa, al-maklumlah, duit bukan boleh bawak sampai dalam kubur, jadi atas dunia inilah agaknya duit itu perlu dihabiskan.

14 June 2012

Sultan Johor murka terhadap DS NIzar

Sultan Johor
Sultan Johor
NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
  
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
  
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan
cetek akalnya

04 June 2012

pulak dah ... Haramkan DS Nizar ke bumi Johor

Memo usul haramkan Nizar ke bumi Johor
WARTAWAN SINAR HARIAN
4 Jun 2012


JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 penduduk menyertai perarakan aman sejauh dua kilometer bermula dari Jalan Ngee Heng, di sini menuju ke Balai Polis Sentral bagi membantah kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam.


Perarakan itu yang diketuai Gabungan Bertindak Rakyat Johor bagi mewakili 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri ini mula berkumpul di hadapan Menara Landmark dari jam 1.45 petang dan berarak melalui Jalan Wong Ah Fok dan Jalan Siu Nam sebelum tiba ke Balai Polis Sentral pada jam 3 petang.



Perarakan berkenaan diadakan dalam keadaan terkawal sambil melaungkan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dan mengibarkan bendera Negeri Johor selain ada yang membawa sepanduk mengutuk kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

03 June 2012

DS Nizar - WWW 1 : Ni la kerja orang yang tak dak kerja

Pelbagai pihak di Johor terus mengecam tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Hari ini lebih 500 anggota 26 badan bukan kerajaan mengadakan perarakan kira-kira tiga kilometer dari Menara Landmark ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan bagi mengecam tindakan Mohammad Nizar itu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Khaled Mohamad berkata perarakan secara aman itu bertujuan menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa agar mempercepatkan siasatan mengenai isu berkenaan.

06 February 2010

Lagi rampasan kuasa di Perak : DS Nizar

Oleh Clara Chooi

IPOH, Feb 6 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang pagi ini memulakan “ekspedisi demokrasi” di Perak untuk mengingatkan rakyat tentang rampasan kuasa yang genap setahun hari ini, mendakwa Barisan Nasional (BN) merancang satu lagi usaha untuk “merampas kuasa”.

Kali ini, menurut beliau, rancangan BN kemungkinan melibatkan usaha bersubahat yang lebih ketara berbanding sebelum ini, membabitkan anggota tentera termasuk polis dan komando.

“Apabila keputusan (mahkamah) keluar 9 Feb ini, Umno akan melancarkan satu lagi rampasan kuasa yang lebih teruk.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Pakatan (Rakyat) tidak memegang kerajaan,” kata beliau pada ucapan majlis sarapan pagi dengan penduduk di Chemor dekat sini.

Kemudian di Sungai Siput, Nizar menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau “menjangkakan” tindakan susulan Umno dengan meramalkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan memutuskan kepada kes MB melawan MB Selasa ini.

“Jika keputusan memihak kepada saya, mereka akan meminta (timbalan speaker) Hee Yit Foong agar memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri agar mereka boleh mengemukakan undi tidak percaya ke atas saya sebagai menteri besar,” kata Nizar.

Undi tidak percaya bermakna Nizar akan kehilangan jawatannya sebagai menteri besar memandangkan PR hanya mempunyai 28 kerusi.

BN juga mempunyai 28 kerusi tetapi mereka mempunyai sokongan wakil rakyat Bebas, yang merupakan bekas Adun PKR dan DAP.

Selain Hee, dua wakil rakyat PKR yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas ialah Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu masing-masing dari Behrang dan Changkat Jering.

Meskipun Hee, dengan mempengerusikan sidang dewan, tidak boleh mengundi, tetapi BN mempunyai kelebihan dengan sokongan Adun Behrang dan Changkat Jering.

Nizar juga bertekad tidak akan membenarkan BN mengadakan satu lagi rampasan kuasa di negeri itu.

“Mereka akan menggunakan orang-orang mereka untuk menahan Speaker yang sah, V. Sivakumar daripada memasuki dewan,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan sekiranya Nizar menang dalam kesnya Selasa ini, Sivakumar secara automatik akan dikembalikan sebagai speaker yang sah.

Ini kerana kesemua acara termasuk majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar dan pelantikan Speaker BN Datuk R. Ganesan, yang berlaku selepas Nizar digulingkan akan dianggap tidak sah.

Dalam ceramahnya di Ayer Tawar, Seri Manjung malam tadi, Nizar memberitahu kira-kira 3,000 hadirin bahawa beliau memberi amaran kepada BN agar tidak melakukan perkara-perkara tidak betul.

Beliau mengingatkan tentang pendekatan “keganasan” yang digunakan oleh BN ketika sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei dan juga pada 28 Okt lalu.

“Mereka berupaya untuk melakukan apa sahaja. Pada 10 Feb atau 11 Feb ini, selepas keputusan mahkamah, BN sekali lagi akan merampas kuasa daripada kami,” katanya. - The Malaysian Insider

12 November 2009

DS Nizar akan menang, melainkan .... : Hanipa Maidin

NOV 12 — “Show us any provision in the Perak Constitution empowering the Sultan of Perak to sack Nizar”. That was fundamentally the gist of the submission made by Datuk Seri Nizar Jamaluddin’s legal team in the recently concluded appeal at the Federal Court.

Datuk Zambry Kadir’s lawyers as well as the Attorney-General, in asking the apex court to affirm the decision of the Court of Appeal, submitted that Zambry is the lawful mentri besar (MB) as he was appointed by the Sultan under Article 16 (2) of the Perak Constitution.

Not so soon, replied Nizar’s lawyers. Before Zambry may claim that he is the lawful MB he has to discharge the burden of proving that the office of the MB rightfully held by Nizar was indeed vacant. Alternatively, Zambry has to prove that Nizar was validly or constitutionally sacked by the Sultan.

As rightly pointed out by Harley CJ (Borneo) in Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, there are two situations where the Governor (or the Sultan as the case may be) may exercise his absolute discretion namely (a) on the issue of the appointment of MB or (b) withholding consent to dissolve the State Assembly. [more]

10 November 2009

Sultan tiada kuasa pecat Nizar - Peguam



OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”.

Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak.

Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai budibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) ... [seterusnya]

05 November 2009

DS Nizar masuk pusingan akhir hari ini

foto : the Malaysian Insider

IPOH, Nov 5 — It is judgment day today for Perak as former Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin enters the final leg of his legal battle that could well turn the state's entire political imbroglio upside down.

His fate now lies in the hands of the few who would man the Federal Court Bench when his appeal over the Mentri Besar's post is brought before the court.

But Nizar wants a hand in determining his own fate too and has appealed to the apex court, by way of motion, for a full 11-man panel for his hearing.

In his application, Nizar has made one prayer — that justice is upheld and that the full Bench would be empanelled to at least give an impression of impartiality.

The motion will be heard in court at 9.30am today before the appeal proper and will likely be argued by former Bar Council president Datuk S. Ambiga.

Counsel have expressed suspicion that the “usual suspects” would likely preside over the case and they claim that as evident in most matters involving the Perak crisis, if such a thing were to happen Nizar's appeal would be struck out.

Such a decision would put a dead end to Nizar's hope of regaining control of the state he had helmed for 10 months and subsequently seeking for a dissolution of the state assembly to pave the way for fresh elections. [more]

15 June 2009

Speaker minta DS Nizar tinggalkan Dewan

By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, June 15 — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin was sworn in today as Bukit Gantang MP amid tight security around Parliament House.

Several opposition MPs were heard shouting "Hidup Rakyat" as soon as the swearing-in ceremony ended, with some of them seen wearing headbands with the words "Bubar Dun".

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, who was annoyed by the actions of the Perak lawmakers, asked Nizar, M. Kulasegaran and Nga Kar Ming to leave the House, after they refused to remove the headband.

Several Perak Pakatan Rakyat (PR) Perak lawmakers were also present to show support to the ousted Perak mentri besar who was asked to step down by the Perak Sultan last February.

Nizar won the Bukit Gantang seat in April in a by-election seen as a referendum on the takeover of the state government by Barisan Nasional (BN) through defections.

A relatively unknown politician until his appointment as mentri besar last year, Nizar early this month was voted into the PAS central working committee and obtained the highest. - TMI

11 May 2009

DS Ir NiZAR DIPERKENAN MENGADAP RAJA MUDA PAGI ESOK

Raja Muda Perak DYMM Raja Nazrin Shah telah memperkenankan Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin mengadap jam 8.30 pagi esok.

Nizar akan disertai beberapa orang Adun dari Pakatan Rakyat.Sultan Perak DYMM Sultan Azlan Shah ketika ini berada di Amerika Syarikat.

Marilah kita semua rakyat Malaysia berdoa agar krisis politik di Perak dapat diselesaikan secara baik dengan perkenan daripada Raja Nazrin untuk membubarkan Dun Perak untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan yang terbaik.

06 April 2009

Amanat dari DS Ir Nizar

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Setelah selamat hari penamaan calun , maka petugas telah membantu untuk saya menjelajah keseluruh pelusuk dan kawasan parlimen P059 Bukit Gantang.Saya dapat melihat sendiri keadaan serta suasana kehidupan rakyat. Walaupun terpaksa berhadapan berbagai rintangan dan tohmahan serta tekanan, namun semuanya dapat dihadapi dengan tenang dan penuh kesabaran.
Selaku calun, saya mahu mengambil kesempatan melalui blog ini bagi memohon keampunan dan kemaafan dari seluruh pengundi, warga bkt gantang, petugas parti termasuk sahabat dan kenalan serta petugas dari umno-bn yang datang dari seluruh pelusuk tanah air, jika sekiranya ada dan wujud disepanjang kempen dan kehadiran saya dimana -mana majlis ceramah, kematian, tahlil, perkahwinan dan apa jua, saya menyentuh perasaan atau mengguris hati , maka saya merayu dan memohon untuk dimaafkan serta diampunkan kesemua kesilapan dan kesalahan saya.
Jauh dilubuk hati saya tidak berniat negatif dan jahat, namun di sebaliknya hanya sekadar mengenengahkan haq dan kebenaran dan mengembalikan kestabilan politik di Perak dan Malaysia.Kepada pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat terima kasih atas kepercayaan mencalunkan saya bagi mewakili Pakatan Rakyat dari PAS.
Kepada semua pengundi di Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai, selamat mengundi dan undilah Pakatan Rakyat. UNDILAH PAS UNTUK SEMUA. VOTE FOR PAS.
Kepada semua petugas parti PAS, DAP dan PKR, terima kasih tidak terhingga. Kepada Bloggers dan media, NGO tempatan dan luar negara, anggota keselamatan Pois dan perisik, terima kasih banyak-banyak! kepada semua penyumbang derma dan tenaga serta masa, selamat berjuang.
Kepada warga Bukit Gantang , selamat mengundi PAS. Hidup Rakyat dan Wasalam.
Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaludin
Calon Pas P059 Bukit Gantang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive