19 June 2012

Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor

KUALA LUMPUR 19 Jun: Dua pejabat pusat khidmat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin termasuk Ibu Pejabat PAS Perak digeledah polis Johor, semalam.

Salah seorang anggota polis berbaju biru sedang menyemak kandungan komputer di pejabat Pusat Khidmat Nizar di Bukit Gantang
Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam.
“Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, Ibu Pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. H/P (telefon bimbit) dan notebook diambil,” kata Nizar di twitternya pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada serbuan dilakukan berikutan ketiadaan beliau di rumah berkenaan.
Dimaklumkan, operasi yang bermula kira-kira jam 12.06 tengahari itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun (Dewan Undangan Negeri) Pasir Panjang, Lumut.
Menurut blog sisibukit, sepasukan polis dari kontijen Johor hadir bersama waran geledah menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.
“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi lima anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Inspektor Aridhasan Menandi.
“Kesemua komputer di pejabat diambil untuk siasatan kes,” sumber dipetik.
Menurut sumber, pihaknya tidak menolak kemungkinan penyiasatan yang dilakukan berkaitan dengan isu mesej twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.
“Serbuan ini adalah disebab satu laporan yang dibuat oleh Umno Bahagian Pulai mengenai isu nombor plat kereta WWW 1,” katanya.
Ketika serbuan, Mohammad Nizar masih berada di Parlimen dan hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31770

1 comment:

Anonymous said...

Polis Raja Malaysia kepunyaan UMNO mengambil kesempatan atas isu twitter WWW untuk nak korek lagi banyak maklumat dari komputer Hj.Nijar. Yang paling mereka minat agaknya mesti lah cari maklumat pemberi maklumat dalam kes perjumpaan ketua askar dengan PM tempoh hari. Polis nak cari 'informer' Hj.Nijar.
Poleh memang membantu UMNO untuk berkubur cepat. TQ POLis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive