Showing posts with label www1. Show all posts
Showing posts with label www1. Show all posts

19 June 2012

Pejabat DS Nizar digeledah Polis Johor

KUALA LUMPUR 19 Jun: Dua pejabat pusat khidmat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin termasuk Ibu Pejabat PAS Perak digeledah polis Johor, semalam.

Salah seorang anggota polis berbaju biru sedang menyemak kandungan komputer di pejabat Pusat Khidmat Nizar di Bukit Gantang
Turut menerima situasi sama, kediaman Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di Sungai Rokam.
“Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, Ibu Pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. H/P (telefon bimbit) dan notebook diambil,” kata Nizar di twitternya pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada serbuan dilakukan berikutan ketiadaan beliau di rumah berkenaan.
Dimaklumkan, operasi yang bermula kira-kira jam 12.06 tengahari itu dibuat di Pejabat PAS Negeri, di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun (Dewan Undangan Negeri) Pasir Panjang, Lumut.
Menurut blog sisibukit, sepasukan polis dari kontijen Johor hadir bersama waran geledah menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti.
“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi lima anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Inspektor Aridhasan Menandi.

16 June 2012

Terima Kasih Nizar Jamaluddin


Share
Rupanya beginilah wajah sebenar orang umno, apa saja isu yang boleh mereka lakukan untuk menagih simpati rakyat, akan mereka putar dan belit sehingga jadi isu besar, terbaru isu panas di selatan tanah air, isu tentang nombor plat kereta.

"tukanglawan" malas nak ulas isu itu, suka hati la jika ada duit banyak, nak buat apa, al-maklumlah, duit bukan boleh bawak sampai dalam kubur, jadi atas dunia inilah agaknya duit itu perlu dihabiskan.

14 June 2012

Sultan Johor murka terhadap DS NIzar

Sultan Johor
Sultan Johor
NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
  
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
  
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan
cetek akalnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive