06 December 2013

WWW 1 - YB Nizar menang lawan Utusan

WWW1: Mahkamah tolak rayuan Utusan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan yang dibuat oleh Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu pembidaan plat WWW1.
Utusan sebelum ini diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 beserta faedah 5 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh dan kos sebanyak RM30,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Hakim, Yang Arif Zaharah Ibrahim yang mempengerusikan tiga panel hakim memutuskan bahawa keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini adalah benar.
Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak responden adalah benar bahawa Utusan telah memutar belit kenyataan yang dibuat oleh Mohammad Nizar menerusi laman Twitter beliau bertarikh 28 Mei 2012.
Mahkamah juga memutuskan bahawa penulis berita akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Mei 2012 itu tahu akan kandungan sebenar Twitter Mohammad Nizar itu tetapi sengaja menulis lain daripada apa yang telah dinyatakan olehnya.
Penulis berita tersebut juga didakwa tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul dengan tidak bertindak cermat didalam melaporkan berita berhubung isu tersebut.
Mahkamah rayuan juga turut mengarahkan Utusan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM20,000.
Mohammad Nizar telah diwakili oleh dua peguamnya Mohd Fitri Asmuni dan Mohamad Zamri Ibrahim melaui tetuan Awi & Co manakala Utusan telah diwakili oleh Datuk Firuz Hussien dari firma tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. - Harakahdaily


Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=108622:www1-mahkamah-tolak-rayuan-utusan&Itemid=2#ixzz2mhHws68A
Follow us: @MsiaChronicle on TwitterW

1 comment:

Anonymous said...

Bayor, bayor jgn xbayor.... padan muka...kuak kah, kah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive