Showing posts with label poligami. Show all posts
Showing posts with label poligami. Show all posts

18 November 2014

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 9:00 AM

Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah.

13 February 2014

EDISI MLM JUMAAT - Untuk suami-suami yang teringin nak menikah 2 di Thailand . . . ini caranya

Mudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniMudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniBERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.
Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.
Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.
Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.

17 October 2012

Lelaki P. Pinang Kini Boleh Kahwin Dua Tanpa Izin Isteri Pertama ..... syok la hampa ...

Wednesday, 17 October 2012 11:20
poligamiKUALA LUMPUR: Orang lelaki di negeri ini tidak lagi perlu mendapat keizinan isteri pertama untuk berkahwin lain, sekaligus mampu mengatasi masalah wanita lanjut umur yang masih membujang. 
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Sazali Hussein berkata, mereka hanya perlu mendapatkan kebenaran mahkamah syariah untuk berbuat demikian tetapi perlu mempunyai alasan kukuh sebelum dipertimbangkan. 
“Bagi mereka yang mahu berpoligami, mereka boleh mendapatkan kebenaran mahkamah syariah untuk tidak melampirkan kebenaran isteri pertama dan seterusnya bergantung kepada pertimbangan hakim.

28 August 2012

Kalau ya pun, hampa jangan la buat macam ni na ....

Minum racun kerana tak dapat restu isteri pertama untuk kahwin lain

GEORGE TOWN: Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.

Beliau berkata tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.

"Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- Bernama

09 November 2010

Selepas Bung Mokhtar kini JAIS sedang siasat satu lagi kes orang politik berpoligami tanpa kebenaran

Telah berkahwin pada tarikh istimewa - 10-10-2010 - di Gombak

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Selepas pasangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan pelakon, Zizie Izette A. Samad, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini menyiasat kes pasangan berprofil tinggi yang berpoligami tanpa kebenaran.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Jasi berkata pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila dipercayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di Daerah Gombak.

“Pasangan berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mahu mengambil jalan mudah untuk bernikah segera pada tarikh yang menjadi idaman ramai iaitu 10 Oktober tahun ini,” kata Jais.

Kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik, berusia 32 tahun dan sudah beristeri.

“Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun,” jelas kenyataan tersebut dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Selain menggunakan khidmat sindiket jurunikah tidak bertauliah, pernikahan pasangan tersebut juga didapati tidak sah kerana wartawan wanita berkenaan tidak memaklum atau mendapatkan izin wali yang sah.

Selain itu katanya, sijil nikah yang dikeluarkan oleh sindiket tersebut kepada pasangan itu juga cuma merupakan sekeping kertas kajang bertulisan jawi.

“Menurut sumber Jais, wartawan wanita berkenaan telah membuat laporan pernikahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur baru-baru ini tetapi pasangannya belum berbuat demikian.

“Pasangan tersebut dan jurunikah tidak bertauliah yang telah menikahkan mereka, boleh didakwa di mahkamah syariah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

“Kes tersebut dijangka mendapat perhatian umum kerana pasangan lelaki adalah pegawai dari sebuah parti politik, yang pernah terlibat dalam urusan membawa pulang semula wanita Malaysia yang dilarikan lelaki Lombok,” jelas kenyataan itu.

Difahamkan, wartawan wanita tersebut adalah seorang anak yatim piatu mualaf (saudara baru) yang tidak begitu arif tentang hukum-hakam Islam, termasuk dalam soal rukun nikah dan Undang-Undang Keluarga Islam.

Pada Ogos lalu, Bung Moktar berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menerima rayuannya.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan ahli politik dari Sabah itu tetapi memerintahkan Bung Moktar membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember lalu.

Bung Moktar memfailkan rayuan itu di sini pada 25 Mei lepas dan memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda - The Malaysian Insider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive