Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

08 November 2014

Waspada Sindiket Kutip Derma Guna Nama Madrasah Di Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 3:00 PM


SONGKHLA: Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama madrasah di Thailand.

Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit, Abdul Rahman Ahmad berkata, taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

07 May 2014

Hatyai Diserang, Prasarana Awam Dibom




HATYAI: Lima cedera dalam empat insiden letupan bom berasingan di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, bom kelima yang diletakkan berhampiran pintu masuk ke pangsapuri dalam Hospital Prince of Songkhla berjaya ditemui tanpa sempat diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

13 February 2014

EDISI MLM JUMAAT - Untuk suami-suami yang teringin nak menikah 2 di Thailand . . . ini caranya

Mudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniMudah untuk mendapatkan khidmat untuk berkahwin di Songkhla./Astro AwaniBERITA baik buat para suami yang ingin berpoligami! Jika permohonan anda untuk berkahwin lagi ditolak bulat-bulat oleh si isteri anda tidak perlu risau.
Dengan kemajuan teknologi maklumat, para suami kini boleh membuat carian di Internet untuk mendapatkan khidmat syarikat tempatan dalam membantu mereka menguruskan perkahwinan di selatan Thailand.
Mungkin situasi sebegini bernada agak melucukan dan kurang enak didengar oleh isteri pertama. Namun hakikatnya, fenomena ini memang kerap berlaku di seantero pelusuk negara.
Fenomena berkahwin di Thailand amat sinonim di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Kita juga kerap diberitakan dengan perkahwinan artis-artis tempatan di Thailand.

19 September 2013

Lebih 1,000 nikah di Siam setiap bulan

  • Lebih 1,000 nikah di Siam setiap bulanProsedur nikah di Thailand amat mudah hingga boleh disempurnakan di dalam kenderaan - Gambar hiasan. - Foto AZMI ARYANTO
 1 / 2 
SONGKHLA - Setiap bulan lebih 1,000 rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand kerana keterbukaan negara Gajah Putih itu dalam hal perkahwinan.

Konsulat Jeneral Malaysia di sini, Mohd Faizal Razali berkata, jumlah tersebut tidak termasuk pernikahan yang dilakukan melalui sindiket haram, di sini.

“Kebanyakan mereka kahwin di selatan Thailand untuk mengelak perkahwinan mereka diketahui isteri pertama yang (dirasakan) tidak memberi persetujuan berpoligami atau keterlanjuran tetapi dihalang ibu bapa dan ahli keluarga.

“Di selatan Thailand prosedur dan proses pernikahan tidak rumit serta cepat dan rata-rata pasangan yang berkahwin terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Paling ramai adalah yang berumur dalam lingkungan 30-an,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan persatuan mewakili 12 sekolah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi KPTM, Mohd Azis Jamman, Pengarah KPTM, Dr Wan Sabri Wan Hussain, Pengarah Kampus KPTM Kota Bharu, Mohamed Saifuddin Hussin dan pengetua-pengetua 12 sekolah yang terlibat.

Menurutnya, kebanyakan pasangan terdiri daripada mereka yang tinggal di negeri bersempadan Malaysia-Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Mohd Faizal berkata, jumlah tersebut dijangka lebih ramai jika turut melibatkan pernikahan melalui sindiket haram yang mengenakan bayaran dari RM1,700 hingga RM3,000 bagi setiap akad nikah.\

Katanya, apa yang menyedihkan ialah sindiket haram mengenakan bayaran tinggi tetapi kebanyakan proses pernikahan yang mereka uruskan diadakan di tempat yang tidak sesuai seperti di kedai makanan, dalam kenderaan dan tidak kurang yang diadakan hanya di tepi jalan.

Beliau berkata, melalui konsulat, pernikahan dilakukan melalui proses yang sah mengikut garis panduan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan serta mendapat pengesahan Pejabat Konsul Malaysia, di sini.

“Melalui pihak konsul Malaysia, pasangan yang ingin bernikah hanya perlu mengeluarkan RM50 untuk pemprosesan dokumen dan ia juga tidak serumit yang dilakukan oleh pihak sindiket.

“Tugas utama kami adalah bagi memastikan bahawa perkahwinan yang berlangsung itu mengikut garis panduan dan mengelakkan pasangan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket,” katanya.

 Menurutnya, melihat kepada sikap rakyat Malaysia yang suka ambil jalan mudah untuk berkahwin, beliau menyeru orang ramai agar tidak bernikah melalui sindiket kerana prosedurnya tidak sah dan akan beri kesan kepada keturunan pasangan berkenaan, di masa akan datang.

Mohd Faizal berkata, pihaknya tidak mahu mereka ini menjadi mangsa penipuan pernikahan secara sindiket kerana ia dibuat melalui prosedur yang tidak sah, semata-mata ingin kaut keuntungan.

“Saya tegaskan perkara ini perlu diambil serius kerana  ianya melibatkan keturunan pasangan yang bernikah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pasangan bernikah secara tidak betul maka apabila anak dilahirkan nanti menjadi tidak sah dan ini sudah tentu boleh merosakkan institusi kekeluargaan Islam tersebut.

11 December 2011

Pesanan untuk rakyat Malaysia yang selalu ke Thailand

Rakyat Malaysia Masuk Ke Thailand Dinasihati Ambil Insurans Kesihatan


SONGKHLA: Rakyat Malaysia yang memasuki Thailand dinasihati mengambil insurans kesihatan bagi mengelakkan risiko dikenakan caj yang tinggi apabila menerima rawatan di negara gajah putih itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, selama ini ramai rakyat Malaysia mengambil risiko dengan memasuki Thailand tanpa mengambil insurans kesihatan. Bercakap kepada Bernama selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Sempadan Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini Ahad, beliau berharap rakyat Malaysia tidak bersikap ambil mudah terhadap soal kesihatan mereka apabila berada di Thailand.

Menurutnya, ada kes seorang rakyat Malaysia dikenakan caj rawatan perubatan sehingga lebih RM90,000 selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Thailand akibat kemalangan tidak lama dulu.

03 July 2011

COMING SOON TO MALAYSIA .... Tunggu

Abhisit mengaku kalah
2011/07/03

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengaku partinya kalah pilihan raya umum kepada pihak pembangkang yang diketuai adik perempuan bekas pemimpin yang digulingkan, Thaksin Shinawatra.

Keputusan itu akan menjurus Yingluck Shinawatra untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Thailand. Pilihan raya umum itu dilangsungkan lima tahun selepas Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa oleh pihak tentera. Beliau hidup dalam buangan selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah. Yingluck, bagaimanapun, enggan mengisytihar kemenangan sehingga keputusan rasmi diumumkan.

14 April 2011

Pelajar pintar UPSR nikah di Thailand


April 14, 2011KUALA LUMPUR, 14 April — Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu dilaporkan merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan Halimaton.
“Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi,” kata Normah dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Normah, yang ditemui di Baling berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya tiga hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.
Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.
Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama Umno Baling bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka

02 September 2008

Thai PM declares emergency rule in Bangkok (Updated)


BANGKOK (Thailand): Thailand’s prime minister says that imposing a state of emergency in Bangkok is the “softest” approach to restoring calm and vows that the measures will not last very long.


Prime Minister Samak Sundaravej gave no time frame for how long the emergency rule declared early Tuesday would last but said it would be “moderately quick.”


Samak made the remarks at a news conference after street fighting overnight between opponents and supporters of the government left one man dead and dozens of people injured.


The violence heightened a national crisis brought on when anti-government protesters occupied the prime minister’s office compound Aug 26 and vowed to hold it until Samak stepped down.
The emergency suspends many civil liberties and allows the military to police the city. ... more

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive