Showing posts with label Jais.. Show all posts
Showing posts with label Jais.. Show all posts

15 October 2014

JAIS, PDRM disaman RM 1juta dakwa dikasari ketika tangkapan khalwat

Jais, polis disaman RM1 juta dakwa dikasari ketika tangkapan khalwat
Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan.
Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.
Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.
"Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya," katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.

04 July 2014

Jais buat hal lagi, kali ini silap ‘tangkap basah’

Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014.Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014 
Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

16 June 2014

Pengurusan Pensijilan Halal Jais Kurang Memuaskan - Ketua Audit Negara



Diterbitkan: Isnin, 16 Jun 2014 7:30 PM

SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mendapati pengurusan pensijilan halal oleh Seksyen Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah kurang memuaskan dari segi pemprosesan baru Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan pemantauan terhadap pemegang SPH.

Menurut laporan itu, antara kelemahan yang ditemui adalah pemprosesan SPH mengambil masa yang panjang di mana ia boleh menjejaskan reputasi serta keyakinan industri terhadap kecekapan Jais.

Ketua Audit Negara turut mendapati pemantauan terhadap pemegang SPH kurang memuaskan dan aduan terhadap produk atau premis yang diragui halal tidak diurus dengan cekap.

05 June 2014

Jais bersikap seperti ‘Taliban’, kata bekas mufti Perlis

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi". 

Mohd Asri mempertikaikan tindakan Jais itu yang dikatakan akan menyebabkan imej Islam tercemar.
"Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini.
"Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

02 February 2014

MAIS dan JAIS halang kempen Anwar

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
FEBRUARY 02, 2014
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Februari, 2014.Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.
Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.
Mais mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.
Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.
"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar.
Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.
Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.
Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.
Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.
"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.
Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.
Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.
Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.
"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya. – 2 Februari, 2014. - TMI

06 January 2014

Serbuan JAIS ikut undang-undang

SHAH ALAM – Serbuan Jabatan Agama Islam  Selangor (Jais) ke atas Pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Damansara Kim, Khamis lalu adalah mengikut undang-undang, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Menurutnya, serbuan tersebut menunjukkan pihak berkuasa agama di negeri Selangor bertanggungjawab mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada dalam menjalankan tugas menguatkuasakan perundangan Islam di negeri ini.

“Apakah tujuan (gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya) mereka itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kemungkinan untuk kelirukan orang Islam dengan kalimah ALLAH, yang kita bertuhankan ALLAH yang satu sedangkan mereka (Kristian) bertuhankan tiga (triniti) .

“Apakah tujuan mereka menggunakan kalimah ALLAH bukannya God dalam bible itu,” katanya sewaktu berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Amal dan Penutupan Promosi Jualan Akhir Tahun di ruang legar Kompleks PKNS, semalam.

06 September 2011

Tazkirah : JAIS dakwa Khalid Samad, batal tauliah Dr Rani

KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sementara isu membabitkan serbuan ke atas gereja belum lagi reda, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.

Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu.

Khalid dipanggil di pejabat Jais hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

15 August 2011

HADIR DI GEREJA :12 Individu Islam Hadir Beri Keterangan di JAIS

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Dua belas individu beragama Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) beberapa minggu lalu hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pada pukul 10 pagi Isnin di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Ketika ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: 'Ya.'

Difahamkan kenyataan mereka direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan JAIS.

08 August 2011

45 NGO hantar memorandum kepada Sultan Selangor sokong tindakan JAIS

2011/08/08
SHAH ALAM: Sejumlah 45 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan pemeriksaan di sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Wakil kumpulan NGO itu, Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Dzulkhaini Husain, berkata memorandum itu dihantar kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini. Beliau berkata, tujuan memorandum lima muka surat itu dihantar adalah bagi mempertahankan kedaulatan Islam berhubung tindakan anggota penguatkuasa JAIS ketika melakukan pemeriksaan di gereja terbabit. "Kami sudah berjumpa dengan wakil daripada JAIS dan selepas mendapat semua maklumat serta penjelasan, kami dengan sepenuh hati menyokong tindakan yang dibuat oleh JAIS dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam," katanya kepada pemberita di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

07 August 2011

Serbu Gereja : Enakmen 1988 beri Jais ruang tindak ke atas bukan Islam

Oleh Clara Chooi dan Debra Chong

PETALING  JAYA, 7 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai telah bertindak mengikut lunas perundangan ketika menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di sini kerana enakmen diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1988 membolehkan tindakan ke atas bukan Islam.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, peruntukan itu bermakna pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut undang-undang syariah.

Justeru kata Lim, tindakan berkaitan dakwaan bahawa majlis makan malam anjuran gereja menggunakan kalimah “al-Quran” dan “doa” untuk memurtadkan orang Islam tidak tertakluk dalam konteks penguatkuasaan agama.

“Sementara Jais kemungkinan ada kuasa perundangan untuk memasuki premis, ia harus dilakukan menggunakan asas perundangan yang betul, di mana satu kesalahan didapati telah dilakukan.

06 August 2011

Ni yang depa kata Hasan Ali/JAIS buat tak kena tu .... ha mai tengok


Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

05 August 2011

Serbu Gereja : JAIS pertahan tindakan

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

Serbuan ke Gereja : Kenyataan penuh Dato' Dr Hasan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

31 December 2010

Dah 2 kali MAIS melalak pasal Amoi ni - Tapi kenapa MAIS terus diam bila kena pada BINI NAJIB?


Ini juga ROSMAH dalam masjid tanpa menutup aurat - MAIS harap siasat lah ya
Cerita YB Teo masuk masjid tanpa tutup aurat dah heboh dulu sekali, kini timbul lagi.
Macamana kes BINI NAJIB yang juga masuk masjid juga tanpa menutup aurat?

INI KENYATAAN JAIS

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di pekarangan masjid baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu yang tidak menghormati adab ketika memasuki kawasan masjid tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati baginda. - seterusnya di TMI

MAIS, korang kalut sangat bila YB Teo masuk masjid dengan tak menutup aurat. TAPI MACAMANA DENGAN GAMBAR DI ATAS. APAKAH ROSMAH JUGA MENUTUP AURAT? Bagi aku yang bukan ulama, bukan ustaz ni, aku rasa maksud menutup aurat adalah menutup keseluruhan rambunya,BUKAN MACAM GAMBAR DI ATAS, JAMBUL ROSMAH SAH-SAH BOLEH DI LIHAT LAGI,

Dey MAIS bertindaklah dengan saksama, jangan pilih bulu. Gambar ini telah tersiar baru-baru ni. Apakah Rosmah juga telah dipanggil? Mungkin aku terlepas pandang, tapi rasanya korang buat bodoh saja sehingga kini. Apakah kerana dia ni bini najib boleh buat apa saja, manakala di pihak pembangkang ada saja salah yang hangpa nak cari ... Atau Khusrin takut akan ditendang Najib kalau hangpa ambil tindakan pada bini kesayangan nya yang Gedebab tu.

Cuba hangpa habaq mai sat, bila nak pi tahan Rosmah ... hahahaha

Ini lah sebenarnya bentuk pemerintahan Najib umnoapco ...

09 November 2010

Selepas Bung Mokhtar kini JAIS sedang siasat satu lagi kes orang politik berpoligami tanpa kebenaran

Telah berkahwin pada tarikh istimewa - 10-10-2010 - di Gombak

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Selepas pasangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan pelakon, Zizie Izette A. Samad, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini menyiasat kes pasangan berprofil tinggi yang berpoligami tanpa kebenaran.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Jasi berkata pasangan tersebut turut melakukan kesalahan yang lebih besar apabila dipercayai menggunakan khidmat sindiket jurunikah yang tidak bertauliah di Daerah Gombak.

“Pasangan berkenaan berbuat demikian kerana dipercayai mahu mengambil jalan mudah untuk bernikah segera pada tarikh yang menjadi idaman ramai iaitu 10 Oktober tahun ini,” kata Jais.

Kes tersebut membabitkan seorang pegawai biro aduan komuniti bagi sayap pergerakan sebuah parti politik, berusia 32 tahun dan sudah beristeri.

“Pasangannya pula ialah seorang wartawan bahagian berita sebuah stesen televisyen swasta berusia 25 tahun,” jelas kenyataan tersebut dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Selain menggunakan khidmat sindiket jurunikah tidak bertauliah, pernikahan pasangan tersebut juga didapati tidak sah kerana wartawan wanita berkenaan tidak memaklum atau mendapatkan izin wali yang sah.

Selain itu katanya, sijil nikah yang dikeluarkan oleh sindiket tersebut kepada pasangan itu juga cuma merupakan sekeping kertas kajang bertulisan jawi.

“Menurut sumber Jais, wartawan wanita berkenaan telah membuat laporan pernikahan itu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur baru-baru ini tetapi pasangannya belum berbuat demikian.

“Pasangan tersebut dan jurunikah tidak bertauliah yang telah menikahkan mereka, boleh didakwa di mahkamah syariah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

“Kes tersebut dijangka mendapat perhatian umum kerana pasangan lelaki adalah pegawai dari sebuah parti politik, yang pernah terlibat dalam urusan membawa pulang semula wanita Malaysia yang dilarikan lelaki Lombok,” jelas kenyataan itu.

Difahamkan, wartawan wanita tersebut adalah seorang anak yatim piatu mualaf (saudara baru) yang tidak begitu arif tentang hukum-hakam Islam, termasuk dalam soal rukun nikah dan Undang-Undang Keluarga Islam.

Pada Ogos lalu, Bung Moktar berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya pada Mei lepas bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menerima rayuannya.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan ahli politik dari Sabah itu tetapi memerintahkan Bung Moktar membayar denda RM1,000, dan jika gagal berbuat demikian, akan dikenakan penjara enam bulan.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman penjara sebulan selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember lalu.

Bung Moktar memfailkan rayuan itu di sini pada 25 Mei lepas dan memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda - The Malaysian Insider

11 November 2009

Tangkapan Dr Asri adalah mengikut undang-undang : Hassan Ali

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, Nov 11 – Datuk Dr Hasan Ali defended the recent arrest of the ex-Perlis mufti and said today there was nothing sinister in Selangor’s requirement for Islamic clerics to get accreditation before they are allowed to preach here.

The Selangor executive councillor in charge of Religious Affairs was responding to calls by Ulu Kelang lawmaker Saari Sungib, who wanted the rule to be amended following the arrest of Dr Mohd Asri Zainul Abidin on Nov 1.

Hasan, who is also the state PAS Commissioner, said the law was in place to prevent deviant teachings.

“It’s better for anyone who wants to give religious talks to get accreditation, regardless of the background, so we will know who they are and what they are going to talk about.”

"We are not trying to stop anyone from preaching and are just trying to be careful," said Hasan.

Saari, who is also from PAS, had tabled an emergency motion today in the state assembly to debate the arrest of the former mufti, and to overturn the decision by the state religious authority Jais to arrest Asri.

Saari was at the scene at the time of the arrest and said Asri was treated like a dangerous criminal by officers from the Selangor Islamic Religious Department (Jais) and police, before being released on bail.

However the motion was rejected by Speaker Teng Chang Khim, who said although the issue was specific and of public importance, it was not urgent.

But this did not stop Bukit Antarabangsa lawmaker Azmin Ali from criticising Jais and the police for treating Asri like a “terrorist” and describing the arrest as “disgusting” while debating the budget.

Hasan said he respected Saari’s views, especially since he was at the scene, and also Azmin’s criticism, but said the reports he received indicated Asri was reluctant to go with Jais officials and the police had to be called in to aid in the arrest.

He said the public should be also be fair to Jais and the police, who were acting on complaints from local residents. - TMI

05 November 2009

Tauliah Khalid Samad juga ditarik Jais



KUALA LUMPUR, Nov 5 — After the arrest of former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin for conducting a religious class without authorisation, Shah Alam Member of Parliament Khalid Abdul Samad today claimed that he too had been stripped of such certification on grounds that he had a previous criminal record.

Khalid also alleged that the Selangor Islamic Religious Department (Jais), which made the arrest on Mohd Asri in Gombak near here on Sunday, when questioned why his authorisation was revoked, failed to give a proper answer.

“According to them (Jais), my authorisation to preach was revoked because the police say I have a criminal record.

“When I asked them what crime I committed, they said they are not at liberty to tell because it is confidential,” he said when debating the 2010 Budget at the Dewan Rakyat sitting here.

Khalid was detained under the Internal Security Act (ISA) between 1987 and 1988.

The parliament sitting continues tomorrow. — Bernama

Wajibkan tauliah syarat lapuk,- YB Zul

PETALING JAYA Nov 3 — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang lazimnya lantang dalam pandangan beliau berhubung isu-isu agama menegaskan, syarat keperluan “tauliah untuk menyampaikan ajaran Islam dan berdakwah hendaklah dimansuhkan”.

Dalam reaksi susulan berhubung penahanan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin malam kelmarin, pemimpin Pakatan Rakyat itu menambah, syarat mengenakan tauliah lebih memudaratkan Islam daripada membawa kebaikan.

“Pada saya, dakwah dan penyebaran serta pengembangan Islam dan ilmu perlu dibenarkan tanpa sekatan, sama ada di masjid dan surau, mahupun di mimbar Jumaat.

“Pada saya, hanya jika penyampaian dan ajaran yang dibawa adalah bercanggah dengan Islam ataupun sesat barulah kita ambil tindakan. Contohnya seperti tindak-tanduk kumpulan yang melabel diri mereka Sisters in Islam yang mempertikaikan hukum-hakam dan syariat Islam dalam ceramah, program dan risalah mereka,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Sambil menganggap tindakan terbaru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Asri sebagai ‘double standard’ dan menurut telunjuk pihak lain, Zulkifli menambah, apa yang penting sekarang selepas negara mencapai kemerdekaan lebih dekad adalah tidak terikat dengan tatacara penjajah.

“Sampai bila kita nak melolong dan berkokok laungan merdeka pada tiap tanggal 31 Ogos sedangkan agama Islam yang menjadi tunggak jatidiri dan survival bangsa Melayu masih terjajah.

“Sudah tiba masanya warisan-warisan penjajah seperti isu tauliah ini kita hapuskan, dan kita bina semula umat yang lemah dan lesu ini di atas dasar Islam yang menurut al-Quran dan sunnah yang sebenarnya,” katanya lagi.

Oleh itu ujar beliau, syarat untuk mendapatkan tauliah oleh mana-mana pendakwah Islam sebelum dibenarkan menyampaikan risalah Islam ini adalah satu cara penjajah menyekat kebangkitan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.

“Semasa penjajahan Barat, kebanyakan ulama, pendakwah dan pejuang Islam telah menggunakan medan dakwah di surau, masjid, dan lain-lain tempat untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang penjajah berdasarkan ilmu dan kekuatan jihad berpaksikan akidah,” katanya lagi.

Dengan nada sinis, Wakil rakyat itu berpendapat, pada zaman siber tanpa sempadan, “saya hairan JAIS dan yang sewaktu dengannya masih lagi terbelenggu dengan warisan penjajah ini.”

“Apakah JAIS akan bertindak terhadap ustaz dan ustazah yang mengajar al-Quran dan muqaddam di rumah-rumah? Bagaimana dengan pensyarah, guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran Islam.

“Bagaimana pula dengan program ehwal Perdana Islam di kaca TV, ramai panelisnya adalah golongan yang tidak diberikan tauliah.

“Bagaimana dengan mereka yang menyampaikan Islam di dada akhbar, majalah dan lain-lain. Bagaimana dengan blog, ruang siber dan lain-lain?” soal beliau. [the Malaysian Insider]

03 November 2009

Dakwaan Sijil Sarjana Palsu - Dr Asri akan saman JAKIM

Sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Asri
foto: mStar

PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.

Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.

Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.

"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

"Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?

"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Semalam, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

"Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.

"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri.

Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.

Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini.

"Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini.

"Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.

"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.

Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan.

Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman.

"Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis.. - mStar

02 November 2009

Dr Asri akan didakwa

JAIS akan dakwa Dr Asri selepas siap kertas siasatan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini berkata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas jabatan itu selesai menjalankan siasatan berhubung kesalahan mengajar agama tanpa tauliah.

"Kita telah beberapa kali cuba untuk mengambil tindakan (ke atas Dr Asri) cuma pada kali ini kita berjaya melaksanakan tindakan (menangkap Dr Asri) yang telah kita rancang sebelum ini.

"Siasatan sedang kita jalankan dan selepas kertas siasatan siap, kita akan dakwa beliau pada satu masa yang akan kita maklumkan kemudian," katanya dalam satu sidang media di Pejabat JAIS, di Bangunan Sultan Idris, di sini, hari ini.

Menurutnya, Dr Asri akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Sesiapa yang didapati gagal mendapatkan tauliah daripada JAIS jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Jelasnya, siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.

"Pagi tadi, kita bawa Dr Asri ke mahkamah bukan untuk mendakwa dia. Kita bawa kes ini pagi tadi untuk jaminan bon bagi melanjutkan tempoh siasatan," katanya.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan dalam enakmen berkenaan, jika siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, JAIS perlu melanjutkan bon jaminan untuk meneruskan siasatan.

Beliau turut mempertahankan tindakan jabatan itu menggunakan khidmat polis ketika menahan Dr Asri.

"Tangkapan dibuat dengan dibantu polis kerana berlaku masalah untuk dapatkan kerjasama (Dr Asri).

"Kami telah dihalang oleh jemaah dan wakil rakyat kawasan, sebab itu kami dapatkan bantuan polis. Kami tidak buat lebih daripada sepatutnya.

"Kami hanya bertindak atas aduan dan memorandum daripada penduduk Taman Sri Ukay sebelum kami bertindak menahan Dr Asri," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Mohammed Khusrin menegaskan bahawa JAIS tidak menerima tekanan daripada pertubuhan Islam atau mana-mana pihak dalam menjalankan tindakan ke atas bekas mufti itu.

"Apa yang kita buat (tangkapan ke atas Dr Asri) adalah kerana kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada jabatan (JAIS) berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Kita tidak membuat lebih daripada apa yang sepatutnya," katanya.

Tegasnya, undang-undang tersebut telah digubal sejak sekian lama, dan mana-mana individu yang ingin berceramah di Selangor perlu menghormati undang-undang sedia ada dan tiada sesiapun terkecuali dalam perkara tersebut.

"Tidak kira sama ada mereka yang ingin berceramah di rumah persendirian perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

"Kita minta mana-mana penceramah yang ingin berceramah di Selangor mendapatkan tauliah daripada kita. Kita bersikap terbuka dan akan menimbangkan mana-mana permohonan untuk mendapatkan tauliah daripada JAIS," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran ajaran Wahabi, Mohamed Khusrin berkata pertuduhan itu tidak sesuai dikenakan terhadap Dr Asri memandangkan siasatan masih dijalankan.

Jelasnya lagi, JAIS tidak boleh membuat tuduhan sembarangan ke atas Dr Asri walaupun bekas mufti itu menerima tuduhan mendukung ajaran Wahabi oleh beberapa pertubuhan Islam.

Semalam, Dr Asri ditahan pada pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika ketika Dr Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Sementara itu, Dr Asri yang ditahan oleh JAIS tengah malam tadi dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan. - mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive