Showing posts with label jakim. Show all posts
Showing posts with label jakim. Show all posts

20 October 2014

JAKIM siasat program 'I Want To Touch a Dog'



KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

01 September 2014

MH17: Pengalaman di Amsterdam Sukar Dilupakan - Pegawai Jakim


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha bersama petugas JAKIM yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah mangsa beragama Islam nahas pesawat MH17 mengaminkan doa yang dibaca oleh ketua pasukan petugas itu, Manaf Mat (dua, kanan) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Amsterdam, Belanda di Sepang pada Isnin. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah JAKIM, Mohamad Nordin Ibrahim (dua, kiri).




SEPANG: Petugas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pulang ke tanah air pada Isnin menyifatkan pengalaman 44 hari menguruskan jenazah mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines di Belanda adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Imam Besar Masjid Putra Putrajaya, Abdul Manaf Mat berkata dalam tempoh waktu itu petugas berhadapan dengan peralihan cuaca panas ke sejuk serta berpuasa selama 19 sehingga 20 jam.
"Semasa menguruskan jenazah apa yang saya fikirkan hanya untuk menyempurnakan kewajipan fardu kifayah," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Amsterdam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pagi Isnin.

09 July 2014

Bufet Ramadan: Jakim Beri Amaran Kepada Restoran Ingkar





Laman web restoran yang diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu masih lagi menawarkan promosi bufet Ramadan.

Restoran yang menggunakan nama dan elemen kemelayuan itu dikesan masih menerima tempahan daripada pelanggan bagi hidangan berbuka puasa menerusi panggilan telefon.
Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal, Muhammad Khalid Osman berkata, pihaknya menghantar emel kepada pihak pengurus restoran berkenaan pada pukul 11 pagi bagi mengarahkan sebarang promosi bufet Ramadan ditarik balik.

15 June 2014

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan

Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam

KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusanstatus halalyang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

14 June 2014

Kilang mi sanggul di Bukit Mertajam guna logo halal tidak diiktiraf - KPDNKK

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang mi sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Md. Nasir Mohamad berkata, perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada pukul lima petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.
"Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas dan pihak kami turut menyita 400 bungkus mi teow dan 352 bungkus mi suah menggunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.

10 June 2014

JAKIM Jawab Isu Kilang Bihun Jijik

alt
KUALA LUMPUR 10 Jun - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya mengesahkan menerima maklum berhubung isu kilang pemprosesan bihun yang jijik serta menggunakan logo halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, siasatan lanjut juga akan dijalankan berikutan produk terbabit menggunakan logo halal sendiri.

09 June 2014

Polis Syariah - PDRM sedia tempatkan annggota di Jakim - Zahid

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri bersedia menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai polis syariah, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, PDRM mempunyai pegawai dan anggota yang bersesuaian untuk penempatan itu dan hanya menunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan itu di Jakim.
"Ramai anggota polis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan ada yang memiliki ijazah daripada universiti tempatan atau luar negara dalam bidang agama dan kami bersiap siaga untuk menempatkan pegawai kami ke Jakim,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Apa Seterusnya Yang Akan Haram?


Halal:Dimanakah silapnya?/Pic:jakimHalal:Dimanakah silapnya?/Pic:jakimTERBAHARU Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan bahawa produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi sebagai bebas daripada unsur haram itu susulan analisis terhadap kandungannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya berkata, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.
Semestinya laporan yang dikeluarkan Jakim sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penggemar produk tenusu tersebut, khususnya umat Islam.
Namun masih ramai pengguna ragu atau was-was.

07 June 2014

Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan – Yusof Al-Qardhawi



Yusof Al-Qardhawi

Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

04 June 2014

DNA babi: Nak selamatkan syarikat atau umat Islam?


BASHIR ISHAK | .


ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan penjelasan tentang kekeliruan yang timbul ekoran pengumuman terbaru berkaitan dua produk coklat susu Cadbury Roast Almond dan Hazelnut disahkan tiada DNA babi.


Menurut Mahfuz, walaupun Jakim membuat mengesahan tersebut, sampel yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini adalah daripada pasaran, manakala yang diambil oleh Jakim pula adalah terus dari kilang seperti yang diumumkan oleh Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



"Kita mahukan penjelasan dari Jakim memandangkan terdapat kekliruan di sini. Kita mahukan kepastian bilakah trikh sampel itu diambil dari kilang, adakah selepas isu ini timbul bila Kementerian Kesihatan meembuat pengumuman terdapat DNA babi atau sebelum daripada itu lagi.



"Kalau sebelum terbit isu pendedahan dari Kementerian Kesihatan, ada kemungkinan kita boleh terima. Kita bimbang sekiranya sampel ini diambil terus dari kilang selepas isu ini timbul, sudah tentu kilang buat pembesersihan dan bila Jakim datang ambil sampel mereka akan berikan sampel yang bersih atau yang baru dan tiada DNA babi, perkara ini yang Jakim kena jelaskan," ujarnya pada sidang media di Markas PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.

03 June 2014

Perkasa: Masyarakat antarabangsa ketawakan kita tangani isu Cadbury

June 3, 2014
Perkasa kesal dengan cara pihak berwajib tangani isu pengesanan DNA babi dalam produk coklat.
ibrahim ali perkasa deepavaliPETALING JAYA: Kumpulan pendesak hak Melayu, Perkasa, mengkritik cara pihak berwajib menangani isu penemuan DNA babi dalam produk coklat Cadbury baru-baru ini.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan siapa yang memulakan insiden ini yang menimbulkan keraguan di hati pengguna terhadap produk coklat terkenal tersebut.
“Isu mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kata tak ada DNA babi dalam produk coklat Cadbury. Sebelum ini siapa punya angkara. Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan Cadbury ada DNA babi?” soal Ibrahim melalui kenyataannya.

25 May 2014

Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

  • CadburyCadbury
 1 / 1 
Cadbury tarik balik dua produk positif DNA babi

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

08 December 2013

Zahid mahu Jakim tahan Mat Sabu

  • mat sabuTimbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggemparkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 apabila meminta Jakim mengambil tindakan ke atas orang nombor dua Pas kerana didakwa mengamalkan ajaran Syiah.

Menteri Dalam Negeri itu ketika sesi penggulungan PAU hari ini memberikan 'lampu hijau' kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang portfolio agama menjalankan tugasnya.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam Pas. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya.

01 September 2013

Jamil Khir Sokong Jakim Mahu Konsert 'Lamb of God' Dibatalkan


YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal 'Lamb of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini.
Katanya beliau menyokong keputusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan kenyataan mendesak pihak berkenaan membatalkan konsert tersebut.
"Saya harap pihak berwajib putuskan segera isu ini kerana masyarakat menentangnya...bukan sahaja Jakim, NGO (badan bukan kerajaan) Muslim juga sepakat konsert ini (perlu) diharamkan dan tidak dibawa ke Malaysia," kata Jamil Khir yang ditemui pemberita dalam program santai bersama penduduk di Sungai Limau Dalam, dekat sini, Ahad.
Katanya beliau tidak pasti sama ada konsert tersebut sudah mendapat kelulusan tetapi sekiranya sudah dikeluarkan ia hendaklah ditarik balik.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha Jakim dalam kenyataan dua hari lepas berkata bantahan itu dibuat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Beliau berkata bantahan itu juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.
Sementara itu, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata program santai di kawasannya itu bertujuan mendekati pemimpin dan masyarakat setempat bagi menyelami masalah mereka untuk diatasi bersama.
Katanya pertemuan tidak rasmi seumpama itu memberikan kelebihan untuk mendapat maklumat dan keperluan rakyat dengan lebih jelas. -BERNAMA

31 December 2012

Kalimah ALLAH hanya untuk Islam - JAKIM


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu sudah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.

02 June 2012

Jakim minta adakan solat sunat 'khusuf' gerhana bulan

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat "khusuf" berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
  
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata, fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
  
"Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat "khusuf" berjemaah disertai dengan khutbah gerhana," katanya dalam kenyataan.

Dipetik Bernama, beliau berkata, Jakim akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
  
Menurutnya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
  
"Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu," katanya

02 September 2010

AWAS : Banyak gerai makan di Pavilion KL tiada Sijil Halal JAKIM

KUALA LUMPUR, Sept 1 – Realising that officers from the Malaysian Islamic Development Department (Jakim) were conducting a surprise check on a food outlet at the Pavilion shopping centre, here, several other operators of food outlets quickly removed the “halal” logos and certificates that were not recognised by the department from the wall of their premises.

The director of the Monitoring and Enforcement Branch of the Jakim Halal Hub Division, Amri Abdullah, said it was believed they had removed the logos and certificates that were not issued by Jakim to avoid action from being taken against them.

He said there was a commotion briefly when the Jakim officers accompanied by officers from the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism, and the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) inspected premises selling grilled chicken and ducks as they had doubted the way the chicken and ducks were slaughtered.

The inspection, conducted by three officials from Jakim, three officials from the ministry and five members of PPIM, was carried out following complaints from members of the public on the abuse of the halal certificate at the food outlets.

During the inspection, the food outlet operators said they obtained their halal logos and certificates through the management of the shopping complex without dealing directly with the issuing authority. – Bernama

21 August 2010

Senarai Hotel yang disahkan HALAL oleh Jakim

Bagi korang semua yang rajin berbuka puasa di hotel, tak kiralah pergi dengan famili ker, atas jemputan ker, bawa awek ker, jamuan syarikat ker apa ker ...Jom tengok dulu hotel-hotel yang telah mendapat Sijil HALAL dari Jakim.

Aku pun sesekali ke hotel juga berbuka dengan famili, atau jemputan ker ... tapi sekarang kena la tengok dulu hotel mana yang nak pi tu ...

Jom kita tengok dulu hotel-hotel yang telah disahkan Halal oleh Jakim DI SINI

28 January 2010

Isu kalimah Allah : Jakim beri penerangan

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Jabatan Kemajuan Islam Malaysian (Jakim) mempertingkatkan usaha memberi penjelasan menerusi forum terbuka mengenai penggunaan kalimah “Allah”, yang berubah menjadi isu kontroversi sejak kebelakangan ini termasuk selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada akhbar mingguan Herald, 31 Dis lalu.

Penerangan pagi ini dijangka dihadiri hampir 800 orang, program yang dikenali sebagai Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah anjuran Jakim.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan usaha sedemikian jabatan itu untuk memberi penjelasan berhubung peruntukan fatwa yang telah digubal dua tahun lalu.

“Ini kali pertama Jakim mengadakan program terbuka untuk menerangkan mengenai fatwa yang berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, fatwa yang telah diluluskan pada 2008.

“Ini pertemuan ketiga, tetapi kali pertama diadakan secara terbuka,” kata beliau.

Wacana ini dihadiri oleh wakil jabatan-jabatan agama negeri dan mufti serta ahli-ahli akademik untuk memberi penerangan peruntukan larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam. - [seterusnya]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive