Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

14 June 2014

Sembilan hotel, resort di Kuantan tak halal - JAIP


KUANTAN - Menjelang dua minggu lagi sambutan Ramadan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan sebanyak sembilan hotel dan resort di daerah ini gagal memperbaharui sijil halal.
Kesemua hotel dan resort berkenaan membabitkan 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran yang gagal mendapatkan Sijil Halal Malaysia selepas pelaksanaan Sistem e-halal bermula Januari tahun lalu.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kegagalan memperbaharui sijil halal itu disebabkan pihak pengurusan terbabit tidak komited dengan kerja-kerja berkaitan pensijilan halal.

05 June 2014

Anda terpaksa bayar RM3 lebih bila menginap di hotel-hotel Pulau Pinang mulai Jun


Berkuatkuasa 01 Jun 2014, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewajibkan setiap pengunjung hotel di Pulau Pinang untuk membayar 'ufti' sebanyak RM3 untuk satu bilik, satu malam sekiranya pengunjung berhasrat untuk menginap di hotel.

05 November 2011

Reggae Mansion : Jangan nak bising2 la wei ... Pokoknya kenapa ianya dibenar beroperasi di Malaysia?

Reggae Mansion Tetap Pertahan Tindakan Haramkan Pengunjung Dari Tiga Negara
Oleh REGINA LEE

STONE : Memang pelik sangat-sangat .. beroperasi di Malaysia tetapi tetamu Malaysia diharamkan. Apa kejadah nya dibenarkan ianya beroperasi di sini. Untuk apa?
Memang buta hati dan buta perut agensi-agensi yang terlibat memberi kelulusan pada awalnya.

KUALA LUMPUR: Penginapan berkonsepkan hostel, Reggae Mansion tetap mempertahankan pendiriannya yang mengharamkan tetamu dari Malaysia, India dan Timur Tengah mengunjungi tempat tersebut kerana menyediakan hidangan Barat yang tidak sesuai untuk umat Islam.

"Reggae Mansion adalah hostel untuk pelancong antarabangsa dari Barat. Kami menghormati kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam mereka," kata pengendali hostel tersebut di laman webnya.

Hostel itu yang turut beroperasi di ibu negara dan Pulau Pinang turut tidak menerima tempahan daripada tetamu berkerusi roda dan berumur lebih 60 tahun.

21 August 2010

Senarai Hotel yang disahkan HALAL oleh Jakim

Bagi korang semua yang rajin berbuka puasa di hotel, tak kiralah pergi dengan famili ker, atas jemputan ker, bawa awek ker, jamuan syarikat ker apa ker ...Jom tengok dulu hotel-hotel yang telah mendapat Sijil HALAL dari Jakim.

Aku pun sesekali ke hotel juga berbuka dengan famili, atau jemputan ker ... tapi sekarang kena la tengok dulu hotel mana yang nak pi tu ...

Jom kita tengok dulu hotel-hotel yang telah disahkan Halal oleh Jakim DI SINI

20 August 2010

Bufet Ramadan : 15 hotel terkemuka di KL dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian Halal

Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.

"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.

"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa ... seterusnya

08 July 2009

Hati-hati makan di Hotel : 1830 Hotel Tiada Sijil HALAL

Dapur tiada sijil halal - Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC

Oleh SHAWKATH AZDEshawkath.azde@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Hanya 170 dapur hotel daripada lebih 2,000 hotel di negara ini mempunyai sijil halal yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, hotel yang mempunyai sijil halal itu meliputi 15 buah hotel lima bintang, hotel empat bintang (23), hotel tiga bintang (101), hotel dua bintang (14) dan selebihnya hotel tanpa bintang.

Katanya, antara faktor yang menyebabkan pengusaha hotel terbabit gagal mendapatkan sijil tersebut ialah kelewatan mereka menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kepada HDC.

“Masalah utama sijil halal lewat diproses ialah kerana pihak kami terpaksa menunggu penyerahan dokumen berkaitan daripada pengusaha-pengusaha hotel itu seperti sijil halal bahan kandungan dan rempah.

“Maklum balas terhadap permintaan kami amat lembab. Dalam mengeluarkan sijil halal dapur, kami perlu tahu semua bahan yang digunakan di dapur, di mana mereka membeli bahan kandungan dan sama ada pembekal mereka itu mempunyai sijil halal atau tidak,’’ katanya pada sidang media di sini semalam. - Kosmo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive