Showing posts with label kuantan. Show all posts
Showing posts with label kuantan. Show all posts

12 July 2014

Selamat Berbuka di padang MPK1 Kuantan




SETIAP kali Ramadan menjelma, suasana petang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang, tidak lagi seperti hari-hari biasa.
Apabila selesai azan solat Asar di masjid tersebut, orang ramai bersama keluarga masing-masing mula membanjiri Padang MPK1 membawa tikar dan bakul berisi pelbagai juadah berbuka puasa yang dimasak di rumah. Malah, ada juga pengunjung yang membeli juadah di bazar Ramadan yang berhampiran sebelum mengambil ruang di padang itu untuk sama-sama menunggu waktu berbuka puasa.
Sekitar pukul 6.30 petang sehingga menjelang solat Maghrib, orang ramai yang berada di sekitar padang tersebut diperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran oleh beberapa qari jemputan dari Jabatan Agama Islam Pahang.

14 June 2014

Sembilan hotel, resort di Kuantan tak halal - JAIP


KUANTAN - Menjelang dua minggu lagi sambutan Ramadan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan sebanyak sembilan hotel dan resort di daerah ini gagal memperbaharui sijil halal.
Kesemua hotel dan resort berkenaan membabitkan 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran yang gagal mendapatkan Sijil Halal Malaysia selepas pelaksanaan Sistem e-halal bermula Januari tahun lalu.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kegagalan memperbaharui sijil halal itu disebabkan pihak pengurusan terbabit tidak komited dengan kerja-kerja berkaitan pensijilan halal.

10 December 2013

Tengku Puan Pahang menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa banjir

  • Bantu banjir: Tiada istilah keluarga dirajaTunku Azizah bersama dua anakandanya melihat bahan yang ada di pusat pemindahan banjir untuk menyediakan makanan.
 1 / 1 
KUANTAN - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sanggup menahan kesejukan merintangi air bersama mangsa banjir lain ke pusat pemindahan selain menyingsing lengan menyediakan hidangan untuk mangsa terlibat.

Baginda menghabiskan masa lebih tiga jam bergotong-royong memasak kepada ribuan mangsa banjir di Stadium Sukpa, Wisma Belia Indera Mahkota, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin, SMK Sungai Isap Murni dan Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar.

Bagaimanapun, baginda sedih kerana ada yang tidak bersyukur dengan penerimaan rezeki yang diberikan selain kurangnya disiplin walaupun dari golongan dewasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive